Tag Archives: Teaching Tools

Kemampuan Otak Kanak-kanak Memang Luar Biasa!

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, dapat juga saya menulis kembali akhirnya.  Lebih daripada 4 bulan tidak menulis apa-apa. Keadaan kesihatan yang sangat-sangat tidak mengizinkan membataskan saya untuk “mengetuk-ngetuk” keyboard laptop berkongsi cerita tentang homeschool dan aktiviti anak-anak. Syukurlah, akhirnya dapat kembali.

Ingat lagi tak pada entry yang berkaitan dengan keupayaan otak anak-anak kecil yang sangat mengkagumkan ? Kalau tak pasti boleh rujuk disini. Dan salah satu video bukti yang membenarkan fakta di atas boleh di tonton disini.

Satu lagi clip yang sempat saya rakamkan setelah bereksperementasi dengan anak-anak boleh dilihat dibawah ini. Ini anak ke-2 saya, Rania yang mampu membaca seawal usianya 2 tahun bersama abang dan adiknya. Dia bukan sahaja boleh membaca, malah dapat meniru aksi dan bunyinya sekali! Kelakar sungguh. Ini juga menunjukkan bahawa otaknya bukan sahaja dapat mengenal perkataan tersebut tetapi faham dan kenal apa yang diperkatakannya.

 (Perhatian: ini bukanlah kanak-kanak ajaib ya, tetapi ia kebolehan yang memang sedia ada pada anak-anak kita, cuma menunggu kita sahaja untuk menggilapnya. )

Saya yakin, ramai ibu-bapa mahukan anak-anak mereka pandai seawal mungkin. Cepat pandai membaca, cepat pandai mengira, cepat menulis, pendek kata cepat segala-galanyalahkan. Kalau boleh, sebaik saja lahir, anak tu dah pandai pegang buku. Owh sangatlah magis! Sebab itulah banyak juga ibu bapa yang menghantar anak-anak ke prasekolah pada umur 4 malah mungkin ada yang lebih muda daripada itu. Ini menunjukkan satu perkembangan yang sangat sihat dan tahap kesedaran ibubapa kini semakin meningkat.

Namun begitu, tahukah kita bahawa kepandaian dan kebolehan permata hati kita boleh digilap seawal mereka masih bayi tanpa perlu menunggu mereka di usia prasekolah ? Ya, mereka sebenarnya memang boleh dan kebolehan mereka berkali ganda melebihi kita orang dewasa. Kerana apa ? kerana faktor otak mereka yang genius dan memang bersedia menerima informasi apa sahaja sebaik sahaja dilahirkan. Hebatkan, Subhanallah!

Namun begitu, ada juga yang tertanya, mengapa nak sibuk-sibuk bersusah payah mengajar anak membaca dikala mereka masih bayi. Bukankan masih banyak masa ? Apa yang nak dikejarkan ? Tidakkah ini akan memenatkan otak mereka yang masih kecil ini ? Dan pelbagai lagilah soalan yang timbul.

Kemampuan Otak Bayi dan Kanak-kanak Genius

Baik, saya kongsikan antara fakta dan kebaikan yang boleh kita tuai, jika anak-anak kita diajar membaca seawal bayi:-

  •  ia akan memupuk minat membaca dikalangan anak-anak diusia muda. Mereka akan jadikan membaca sebagai aktiviti masa lapang dan menjadikan buku kegemaran mereka sebagai teman. Bukankah ini lebih baik daripada mereka hanya dapat meng”admire” watak kartun kegemaran di halaman buku sahaja ? dan tidak mengejutkan, membaca akan menjadi habit yang kekal sehingga dewasa.
  •  kemampuan membaca di di awal usia dapat melancarkan proses pembelajaran apabila mereka masuk ke sekolah nanti. Kita tidak perlu risau yang anak-anak kita akan ketinggalan dalam pelajaran memandangkan mereka sudah mahir membaca sebelum mereka ke sekolah lagi. Ini sekaligus meningkatkan tahap keyakinan diri mereka.
  • lebih cepat mereka membaca, lebih banyak informasi yang mereka akan mereka terima. Lebih banyak informasi bermakna lebih luas pengetahuan. Lebih luas pengetahuan bermakna lebih bijakkan :)
  • menurut Glenn Doman, pengasas Institutes for the Achievement of Human Potential (IAHP), bayi adalah pakar bahasa. Doman juga menyatakan bahawa anak kecil belajar membaca dengan mudahnya ibarat span yang menyerap sama seperti mereka belajar bercakap tanpa membebankan otak mereka (jadi, tak perlu pun nak push sebenarnya dan  tidak “menyakitkan” otak mereka 😀 ).

Disini, terdapat beberapa faktor penggalak yang memainkan peranan penting dalam mengoptimumkan minda mereka dalam sessi pembelajaran

1. Merujuk kepada Glenn Doman lagi, pembelajaran bahasa haruslah menggunakan bahasa yang jelas, kuat, perkataannya yang besar dan ada pengulangan. Ini kerana untuk belajar bahasa, bayi tidak belajar daripada mata ke otak tetapi daripada telinga ke otak.

In order to understand language through your ear, there are three requirements: it has to be loud, clear and repeated. And instinctually, all mothers speak to their babies in a loud, clear, repeated voice… The reason babies haven’t learned their language through the eye to the brain as they have through their ear to the brain is because in order to read a language, it must be large, clear and repeated – and this we have failed to do with babies… Make the words large, clear and repeated – and children learn very easily.

2. Semakin banyak mereka terlibat sama dalam sessi pembelajaran, semakin mudah untuk mereka menangkap sesuatu perkataan. Maka seharusnya aktiviti pembelajaran ini patut melibatkan komunikasi 2 hala yang menarik dan interaktif. Bila kanak-kanak seronok, pasti mereka mahu lagi dan lagi. So do it in a fun way! :)

3. Penggunaan alat pembelajaran yang berkesan, pastinya akan banyak membantu kita melicinkan lagi proses ini memandangkan kebanyakan ibu bapa kini sibuk menjalankan rutin seharian mencari rezeki di luar. Little Reader merupakan salah satu tool pembelajaran yang sangat ampuh, efisyen dan yang paling penting melibatkan kesemua faktor penggalak yang dinyatakan diatas di dalam sistemnya hanya dalam satu klik. Ia terbukti sangat berkesan, mudah dan semakin banyak digunapakai oleh ibu bapa diluar sana.

Untuk entry seterusnya, saya akan bercerita lebih lanjut tentang tool ini. Sehingga itu, salam keceriaan untuk ibu bapa semua dan salam peluk cium buat anak-anak comel tercinta diluar sana . (>_<)

Pelbagaikan Teknik Flash Card ~ Bukan Sekadar Imbas.

As salam semua,

Post hari ini tentang Mempelbagaikan Teknik Flashcard atau kad imbas. Sekarang ini sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.

Namun begitu, sebenarnya semakin bertambah usia seseorang bayi atau kanak-kanak, semakin sukar untuk kita melakukan sesi flash card ini. Ini kerana mereka lebih mobile atau mereka sudah mula ingin bergerak ke sana ke mari. Tak kiralah, sama ada mereka ingin meniarap, merangkak atau berdiri tetapi apa yang pasti daya tumpuan mereka sudah semakin berkurangan disebabkan ada tarikan yang lain untuk mereka terokai. Dan seringkali juga kita akan berasa kecewa bila mana kita tidak dapat menghabiskan kad-kad imbas tersebut disebabkan oleh keadaan ini. Tetapi jangan give-up dulu. Saya akan kongsikan teknik dibawah untuk kita aplikasikan sama-sama dalam Pelbagaikan Teknik Flash Card.

Hanya ada 2 bahan saja yang diperlukan. Magnet dan kad imbas. Caranya, hanya lekatkan magnet tadi dibelakang kad imbas dan viola ! dah siap. Kad imbas ini kita boleh lekatkan dimana-mana di sekitar dalam rumah kita. Sebagai contoh, kita boleh lekatkan flash card pada peti ais. Pada bila-bila masa kita masak, ambil satu kad imbas yang kita lekatkan, dan tunjukkan mereka kad imbas tersebut dengan cara yang santai sambil menyebutnya. Ulang untuk kad-kad imbas yang seterusnya. Tapi ingat,  pastikan lakukannya dengan santai dan fun. Tak perlu tergopoh gapah nak menghabiskan ke semua flash card tadi. Masa yang diambil pun tak sampai seminit untuk satu-satu flash card jadi anak-anak kita boleh sambung melakukan aktivitinya sendiri tanpa merasa tertekan untuk menghabiskannya.

Jadi mulai hati ini, buang semua fridge magnet pada peti ais kat rumah tu (jangan ikut tapi kalau nak ikut magnetnya jangan dibuang 😀 ) dan gantikan dengan flashcard bermagnet kita. Lebih jimat dan lebih bermanfaat !

Flash card Bermagnet

Gambar di atas adalah flashcard bermagnet yang saya lekatkan di katil anak-anak. Sebelum tidur atau waktu nap di petang hari, saya akan bermain flash card ini bersama-sama mereka.

Kongsikan dengan saya jika anda ada cara kreatif yang lain  untuk tools pembelajaran di rumah anak anda… :)

Salam Sayang :)

Post untuk Pelbagaikan Teknik Flash Card.