Tag Archives: survival skiils

Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 2)

Assalam dan Selamat Pagi.

Amacam pagi ini ? Dah sarapan ? Kalau dah sudah, Alhamdulillah :)

Hari ini, kita sambung bahagian 2, post Menanam Sikap Tanggungjawab Anak. Tapi kali ini, saya nak buat dalam bentuk point supaya mata kita senang untuk membacanya. Terus shoot ke point dan terus masuk dalam kepala, senangkan.  Boleh terus applikasi. Tak payang pening-pening.

Apa yang saya nak kongsikan dalam bahagian ke-2 ni adalah teknik bagaimana untuk Menanam Sikap Tanggungjawab Anak. Apakah yang perlu kita ambil kira dan langkah yang perlu  dalam usaha menyemai rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Mari kita lihat satu persatu :-

1. Kesesuaian Mengikut Umur.
Pastikan tanggungjawab yang diberikan kepada anak-anak adalah bersesuaian dengan umur mereka. Ini adalah untuk mengelakkan mereka berasa terbeban dengan tugas yang berlebihan dan sekaligus mematikan keinginan mereka untuk terus membantu.
Contoh :
1.Usia  2 tahun – memasukkan baju kotor ke dalam bekas pakaian kotor
2.Usia 3-4 tahun- mengemas katil sendiri

2. Biarkan Mereka Memilih Tugas Mana Dahulu
Duduk bersama anak-anak dan senaraikan tugas yang perlukan dilakukan bersama-sama. Biarkan mereka memilih tugas mana yang ingin mereka selesaikan dahulu. Jangan paksa mereka untuk mengikut apa yang telah kita tetapkan. Tidak kira yang mana dahulu atau dikemudiankan yang apenting adalah mereka ingin turut sama membantu. Objective meet !

Menanam Sikap Tanggungjawab Anak

3. Gunakan Kelebihan/Kekuatan Anak
Seperti point di atas, jangan paksa mereka untuk melakukan tugas yang mungkin mereka kurang minat atau kurang arif tentangnya. Beri tanggungjawab akan sesuatu kerja itu berdasarkan kekuatan mereka. Lebih mudah untuk kita Menanam Sikap Tanggungjawab Anak apabila mereka berkeyakinan
Contoh :
Seorang anak yang sukakan aktiviti di luar rumah boleh membantu untuk menyapu daun-daun kering, manakala anak yang sukakan aktiviti di dalam rumah boleh menolong kerja-kerja seperti melipat dan menyusun kain.

4. Reward
Reward atau dalam Bahasa Melayunya ganjaran. Berikan ganjaran pada anak-anak apabila mereka selesai melakukan tugas yang diberikan. Tidak perlu ganjaran yang mewah. Mungkin sekadar sebatang ais krim. Atau boleh juga  ganjaran itu dikumpulkan sebagai token dan apabila jumlah token mencapai bilangan tertentu, mereka boleh tukarkannya dengan membelikan buku yang mereka suka atau barang mainan yang mereka idamkan. Secara tak langsung kita mengajar mereka untuk “bekerja” bagi mendapatkan sesuatu.

5. Make it fun !
Yes, make it fun. Jadikan aktiviti ini sesuatu yang menyeronokkkan. Jangan terkejut jika anda lihat anak-anak anda melakukan kerja dengan super pantas bila televisyen terpasang. Atau menari-nari mengikut rentak lagu sambil menyidai kain, menyeronokkan bukan ?

Macam mana pula caranya dengan ibu-ibu diluar sana Menanam Sikap Tanggungjawab Anak ? Kongsikan dengan saya ya.

Post untuk Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 2)


Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 1)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Semoga sihat belaka dengan mood yang ceria gembira hendaknya.  Oklah,  entry hari ini adalah berkaitan dengan Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 1).

Ada orang pernah bertanya, sejak dari umur berapakah kita patut menanamkan sikap tanggungjawab pada anak-anak. Dari umur bilakah kita sudah boleh menyuruh mereka melakukan kerja-kerja rumah ? Jawapannya adalah semenjak kecil lagi.

Menurut kajian, kanak-kanak seawal usia 2 tahun sudah berminat untuk melakukan kerja rumah tanpa disuruh. Dan disebabkan pada ketika ini juga kebanyakan kanak-kanak sudah mobile atau sudah mampu menggunakan keseluruhan anggota badan secara sepenuhnya, mereka mudah dan ingin meniru apa sahaja kerja yang kita lakukan dipersekitaran. Tetapi seringkali juga, kita melarang mereka dengan alasan “takut terjatuh”. “lambat”, “takut itu”, “takut ini” dan entah apa benda lagi yang ditakutkannya. Habis tu bilanya, kita nak Menanam Sikap Tanggungjawab Anak ?

Sebenarnya, mereka sedang melatih anggota  deria mereka untuk menajamkan lagi kemahiran dan fungsinya. Mereka sedang belajar untuk menerima tugas dan tanggungjawab. Mereka juga sedang cuba membina keyakinan diri mereka. Tetapi  tanpa kita sedari, kita sendiri sebagai ibu-bapa atau penjaga sedang membantutkan tumbesaran mereka. Mengapa? Hanya kerana kita merasakan mereka lambat untuk melakukannya.

Menanam Sikap Tanggungjawab Anak

Contohnya:- mengelap lantai yang basah akibat air yang tertumpah.  Ya, memang betul, kalau nak diikutkan, kita dapat mengelap tumpahan air itu lebih cepat berbanding anak kita yang baru terkedek-terkedek pergi mengambil mop. Belum lagi dengan “upacara” mengelap lantai yang mungkin akan mengambil masa “bertahun” untuk siap.  Nak-nak pula, kalau yang jenis terlebih rajin, bukan sekali dua masuk keluar bilik air untuk salin air, tapi entah berapa banyak kali (sebab mereka memang suka main air :D). Jadi jalan singkatnya, biarlah kita saja mop. Ambil mop dan zass, settle !  Kita pun dapat teruskan kerja kita yang lain. Mudahkan ?!

Dari segi masa, yes memang betul. Jimat dan cepat. Tapi apa yang anak kita belajar ? tak ada apa, zero, kosong!. Dia TIDAK belajar apa-apa. Dia tidak tahu yang itu akan menjadi menjadi salah satu tanggungjawabnya apabila dia besar nanti, dia tidak tahu yang itu adalah satu urusan kerja rumah yang harus dibantu. Dia tidak dapat menajamkan kemahiran motor kasarnya. Dia tidak dapat membina keyakinan diri dan bermacam-macam tidak lagi. Ini adalah untuk mereka sendiri. Untuk masa depan mereka. Kenapa kita harus mementingkan diri sendiri untuk kesenangan kita sekarang?

Jadi, salah satu cara untuk Menanam Sikap Tanggungjawab Anak ialah biarkan mereka melakukan apa sahaja kerja rumah yang ingin mereka lakukan dengan syarat ianya bersesuaian dengan umur mereka. Contohnya seperti memasukkan kain dalam mesin basuh, menjemur kain, mengelap lantai, melipat kain, menyiram pokok bunga dan lain-lain lagi.  Jika ia melibatkan penggunaan benda-benda yang tajam dan berbahaya, lakukannya dengan pemantauan dan tunjuk ajar kita. Biarkan mereka rasa yang mereka mampu untuk membantu. Memberi sumbangan dalam komuniti keluarga.  Beri sokongan dan galakan. Seiringkan dengan kata-kata pujian. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri, mereka terasa akan lebih dihargai. Sekaligus menjadikan mereka lebih berdikari dan bertanggungjawab sedari muda lagi. Lama-kelamaan ia akan jadi sebati dengan mereka. Walaupun pada permulannya kurang sempurna (kita dulupun tak sempurna sangat kan), tapi practice make perfect. 

Dan apa yang paling best untuk kita sebagai ibu bapanya ? Kita akan dapat pembantu muda percuma di rumah :p . Kerja-kerja rumah akan menjadi ringan dan kita tidak akan rasa begitu terbeban. Tidaklah pada usia mereka 12 tahun, kita terjerit-jerit meminta tolong mereka itu dan ini. Tak perlulah kita berkeluh kesah bila mana, baju sekolah dan stokin busuk mereka dicampak merata-rata. Bila sudah terdidik dengan tanggungjawab, InsyaAllah mereka akan kekal bertanggungjawab. Dan kita sekaligus dapat melahirkan anak-anak lelaki yang lebih bertanggungjawab nanti untuk anak dan isterinya. Bak kata mat saleh, it’s in their blood.

Jadi, apa kita tunggu lagi, mari kita bermula dari sekarang. Tak perlu tunggu mereka mula sekolah. Fast action, fast result.

Mudah-mudahan Allah merahmati hidup kita semua sehingga ke akhirnya. Amin

Post untuk Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 1)