Tag Archives: kelahiran

Bertambah Lagi Ahli Keluarga Kami !

Alhamdulillah! Pada 3 Mei 2013 yang lalu, saya telah pun selamat melahirkan zuriat kami yang ke-4. Anakanda putera, yang menjenguk dunia tepat jam 7.13 pagi di Hospital Sg. Buloh itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.67kg. Bertambahlah lagi bilangan ahli keluarga kami, dari 5 ke 6 orang.  Bertambah riuhlah rumah kami selepas ini. Dan syukur sekali lagi, seperti 2 kelahiran sebelumnya, Rania dan Raisya(Bree) tiada prosedur episiotomi dilakukan. Jadi senanglah nak menjaga luka nanti :)

Saya catatkan kronologi detik-detik kemuncak sebelum kelahiran sebagai kenangan kami:-

5.00 pagi: Memang sejak di akhir-akhir fasa kehamilan, sering terjaga awal pagi kerana rasa kurang selesa. Terus bersiap-siap untuk solat Subuh

5.30 pagi: Tiba-tiba rasa sakit yang lain macam. Bila tengok jam, sah 5 minit sekali. Hati dah mula berdebar-debar. Takut pun ada. Terus kejutkan suami. Kuatkan diri untuk bertahan sehingga masuk waktu Subuh. Dalam pada itu, siap-siapkan barang untuk last minute preparation.

6.00 pagi : Selesai solat Subuh, kami terus bertolak ke hospital. Ambil masa hampir setengah jam juga untuk sampai disana. Kenderaan sudah mulai banyak di atas jalan. Owh ya, pagi itu, hujan turun dengan lebat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 30 minit, terpaksa drag hingga 40 minit. Dalam perjalanan, sakit kuat mula terasa, memang dah tak tertahan waktu ini, rasanya macam mahu terus terbang ke hospital.

6.40 pagi : Sampai dihospital, terus masuk ke bilik khas untuk diperiksa dahulu sementara menunggu suami untuk mendaftar. Bukaan sudah 6 cm. Terus ditolak masuk ke labor room. Sakitnya sudah memuncak namun ketuban masih belum pecah.

7.00 pagi : Bukaan kini sudah 8-9 cm, kelihatan suami masuk ke labor room. Setia dia menemani saya disisi dengan tangan digenggam kemas sambil mulutnya tak henti-henti memberi kata-kata semangat supaya terus bertahan. Memandangkan ketuban masih belum pecah, nurses decide untuk pecahkan secara manual.

7.13 Pagi : Setelah berhempas pulas menahan sakit dan meneran sekuatnya, akhirnya lahirlah putera kami melihat dunia. Dapat dengar dia menangis dengan kuat selepas ianya dikeluarkan. Fuhh..rasa lega sangat bila semuanya selesai.

Sejurus selesai memotong tali pusat, anak kecil itu, diletakkan diatas dada saya, untuk skin  to skin contact. Tujuannya adalah untuk initiate bonding dengan anak. Baby pun senyap je, diam tak bergerak macam tidur. Beberapa minit selepas itu, saya terus menyusukannya untuk stimulasi penyusuan pertama.

Alhamdulillah, segala-galanya telah dipermudahkan. Tiada koyakan, tiada episiotomy dan tiada jahitan, Kedua kami sihat dan dibenarkan pulang pada petang itu juga. Syukur kami sekeluarga padaNya dan terima kasih pada suami tercinta yang sangat setia menemani sehingga semuanya selesai.

Newborn- SayangDisayang Homeschool10 minit selepas kelahiran

 Breastfeeding- SayangDisayang HomeschoolPenyusuan Kali Pertama

Newborn - SayangDisayang HomeschoolA Gift From Heaven – Semoga jadi anak yang soleh ya :)

SayangDisayang HomeschoolPapa dengan Puteranya, Fateh Al-Azeem (Penakluk Yang Hebat)

Genap 5 Tahun !

Assalamualaikum wbt,

Apa kabar semuanya ? Diharapkan sihat sejahtera dan gembira hendaknya disamping menjalani ibadah puasa bersama keluarga tercinta.

2 hari sebelum kita berpuasa, pada 19 Julai 2012 genaplah usia anak sulung saya, Ilham 5 tahun. Tidak ada majlis formal pun untuk meraikannya memandangkan papanya kerja pada hari tersebut. Tapi kami buat majlis impromptu sahaja sebelum ketempat kerja.

Papa beli sedikit kuih dan sarapan untuk kami dan decorate cantik. Ilham tak tahu pun untuk apa sampai la papanya keluar dengan donut yang bentuk dengan nombor “5” :D. Bergambar sikit dan masanya untuk hadiah.

Homeschooler Birthday

Sejujurnya kami memang jarang membelikan hadiah yang mahal-mahal untuk anak-anak. Hanya beri hadiah yang biasa-biasa sahaja, sengaja  tidak mahu memanjakan mereka kemewahan sangat. Biarlah mereka tahu menghargai wang ringgit semenjak awal. Biar diguna secara berhemah.

Tapi kali ini, papa beli hadiah yang satu ini untuk Ilham. Memang dah lama pun si hero ni berkenan cumanya tunggulah dulu. Tak nak la dapat secara instantkan, nanti tak best. Dan akhirnya, tadaa.. papa belikan basikal baru untuk Ilham, memang dia seronok sangat-sangat. Dan bila dah beli untuk abang, adiknya Rania pun pasti nak sekali, jadi kami beli dua. Ya, warna basikal Rania, pink sama seperti warna kegemarannya. Ilham Genap 5 Tahun Saya sebagai ibu, sentiasa mengharap dan berdoa agar dia membesar menjadi anak yang soleh, seorang mukmin sejati, hebat pegangan agama, ilmu akhirat dan ilmu dunianya, serta dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya. Amin Ya Robbil’alamin ~