Tag Archives: bree’s update

Kami Sambut 14hb Februari !

Ada sebilangan kita yang menyambut 14hb sebagai hari Valentine kan, hari berkasih sayang untuk pasangan kekasih, hari keluar berdating dan berkongsi hadiah disamping meluah  rasa isi hati jiwa raga dan lain-lain lagi yang mushy-mushy.

Kami pun sambut juga, tapi bukan sebagai hari Valentine, tapi hari memperingati sejarah ulangtahun kelahiran puteri yang ke-2 tahun! Kelahiran yang penuh detik cemas, dramatik, dan air mata. Bayi ini yang dijangkakan hanya 50-50 peratus sahaja peluang untuk hidup kerana kelahirannya yang terlalu kecil dengan pelbagai komplikasi akibat pramatang yang ekstrem.

Kisahnya meruntun jiwa ramai yang membaca dan tak putus-putus doa dikirimkan untuknya. Semuanya kami rakamkan di sini dan di sini

Segala puji dan syukur kami kembalikan hanya padaNya, Alhamdulillah untuk segala-galanya !

Owh, kami sekalikan sambutan hari lahir Papanya juga yang kebetulan jatuh pada keesokan harinya 15hb Februari. It’s double joy! Semoga keduanya dirahmati selalu, panjang umur dan dikayakan dengan rezekinya yang halal. Aminnn…

Happy 2nd Birthday

Happy B’day ke-2 Tahun Caca !

Sayang Disayang Homeschool

sedang menikmati makanan, tak sempat posing !

Birthday Girl

Dah pandai suap sendiri (walaupun bersepah huhuh)

Homemade Lasagna

Happy Birthday Papa Sayang !

Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tajuk di atas nampak gempakkan, Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah. Selain itu, pernah tak anda dengar tentang berita yang keluar di tv atau suratkhabar tentang bayi berusia sekian-sekian bulan atau kanak-kanak kecil mampu untuk membaca, menyelesaikan masalah matematik atau yang seumpamanya dengannya. Apa yang kita terfikir ? Wah, geniusnya budak ni ! Kita pun berharap-harap yang anak kita sendiripun akan jadi genius macam tu tapi ….

Sebenarnya semua anak-anak kecil malah bayi yang baru saja dilahirkan sebenarnya sudah GENIUS. Betul ke? Bercakap pun belum pandai, poo-poo pun masih dalam lampin, genius macam mana pulak? Ok mari kita lihat fakta.

Mengikut kajian sains ke atas umur kanak-kanak 0-3 tahun  :-

  • semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak
  • otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.
  • otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa
  • mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.

Untuk lebih memahami mari lihat pula diagram dibawah :-

Synaps Dalam Otak Kanak-kanak 0-3 TahunDiagram di atas menunjukkan kepadatan synaps (jaringan atau hubungan) yang terhasil dalam otak kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding seorang dewasa.

Apa pula synaps ni ?  Synaps adalah jaringan yang terbentuk apabila sel-sel otak yang dikenali sebagai neuron di hubungkan dengan neuron yang lain dalam otak. Synaps inilah yang berperanan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Jika neuron-neuron ini tidak dihubungkaitkan atau jarang digunakan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya,jaringan synaps yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal. Bagaimana untuk mencetuskan synaps dan menjadikannya kekal ? Jawapan adalah melalui stimulasi yang konsisten.

Jadi pada umur ini 0-3 tahun, lakukan apasaja aktiviti bersama mereka. Rangsangkan otak mereka untuk mencipta lebih banyak jaringan. Kerapkan bercakap-cakap dengan mereka, bermain, bercerita atau apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan sicomel. Ajarlah mereka apa saja yang anda inginkan, anda pasti surprise dengan kehebatan mereka. Percayalah anak kita pun boleh jadi genius macam mereka diluar sana.

Dan ini buktinya! Raisya@Bree sudah mengenal kebanyakan huruf hijaiyah seawal usia 9 bulan lagi. Bayi ini,mula diperkenalkan dengan huruf hijaiyah semasa berusia 7 bulan secara konsisten.

Jadi jangan terkejut jika Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah malah mereka sebenarnya mampu untuk  melakukan lebih dari itu.

Salam Sayang :)

Sumber : The Urban Child Institute

KFZFUGUNGH8T