Apa Ada Pada Susun Kasut ? Aktiviti Home School

Susun kasut. Pada kita yang dewasa tua bangka ni, setakat susun kasut tu .. eleh tak de menda kan. Sebelah tangan pun bleh buat. Apalah ada pada susun kasut ni. Simple present tense punya keje !

Tapi, tahu tak yang sebenarnya aktiviti menyusun kasut ini adalah satu aktiviti yang dapat merangsang perkembangan minda dan fizikal anak ? Bagaimana ? Jom tengok apa manfaatnya aktiviti ini pada anak-anak kita

1. Disiplin – Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan pada diri anak-anak. Kalau kita biasakan mereka dengan menyusun kasut, lama-kelamaan mereka akan terbiasa untuk meletakkan sepatu masing-masing secara lebih tersusun semasa keluar dan masuk ke rumah. Tak adalah berselerak kan. Secara tidak langsung, kuranglah sikit beban mak ni ha. Bolehlah bermuka buku lama sket 😀

2. Koordinasi Tangan dan Mata– kasut yang disusun haruslah selari dan elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meingkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan masing-masing. Jika selalu melakukannya, maka akan lebh mahir.

3. Padanan– kasut harus disusun mengikut saiz, warna dan jeniskan. Dari sini, mereka belajar memadankan mengikut kesesuaiannya diatas. Ia juga berkaitan dengan koordinasi tangan dan mata tadi

4. Sabar – walaupun nampak ia perkara yang mudah, tapi kalau banyak kasut, geram juga jadinya kan. Jadi, pelajaran lain yang mereka dapat daripada aktiviti ini adalah SABAR.

5. Kerjasama– disebabkan aktiviti ini dilakukan oleh Rania dan Caca, maka mahu tak mahu mereka harus bekerjasama. Apa yang penting ? KERJASAMA !

Aktiviti Susun Kasut Home School

Dan akhirnya, SIAP ! Alhamdulillah. Mission accomplished ! So mak ayah sekalian boleh lah cuba aktiviti ini dirumah ya. Sebenarnya banyak benda yang boleh kita belajar dari alam sekitar.

The world is our classroom ! Selamat mencuba :-)

Ragam Masuk Sekolah – Entri Yang Tertangguh..

Sepatutnya entri ini saya masukkan pada awal bulan Januari lepas. Tapi macam biasa, tak sempat.

Jadi hari ini, mood saya rajin tahap maksima banyak benda yang saya nak update. Rugi pula kalau tak dokumentasikan momen penting anak-anak. Harapnya suatu hari ini ia menjadi jurnal indah buat mereka bila di baca semula. 

Ok tahun ini, yang sulung Ilham dah masuk sekolah rendah, darjah 1. Dan dalam masa yang sama masuk sekolah agama juga. Jadi waktu pagi ke sekolah agama 8-11 pagi dan sebelah petang sekolah kebangsaa 1-6.30 petang. Kalau entri ini ditulis awal-awal hari tu mungkin saya tak perasan tapi bila dan dekat 2bulan Ilham melalui jadual begini saya perlu penambahbaikan.

 Sekolah Agama- homeschool

Bersiap nak ke tadika. Hensem juga budak ni, siapa nak buat menantu ? eceh !! 😀

Sekolah agama1

Bayangkan anak-anak balik sekolah agama pukul 11 hingga 11.30. Lepas tu nak bergegas pula ke sekolah rendah. Bagi Ilham oklah sikit sebab saya yang hantarkan. Pukul 12.50 baru gerak. Tapi bagi yang naik bas, pukul 12 tghari bas dah duduk terpacak depan rumah sambil pon-pon, memanggil. Bila masanya budak-budak ni nak mandi, makan. Pastinya terkocoh-kocoh. Balik sekolah kebangsaan pun dah dekat pukul 7. 

Ilham

Ilham happy dapat jumpa kawannya baiknya semasa di sekolah tadika dulu !

Sekejap lepastu dah nak maghrib, nak solat maghrib. Nak makan pula, lepas makan badan pun letih dan nak tidur. Kalau dulu pukul 10, Ilham masih lagi aktif melompat sana-sini. Sekarang pukul 9 dah melepek dalam bilik nak tidur. Bila masa nak buat kerja sekolah ? Mungkin dia masih darjah 1 jadi tak ada sangat pun homework, but still. Keadaan ini akan berterusan sampai darjah 6. Takkan lah sampai dajah 6 tak ada homework kot ? Ini yang merunsingkan saya. Mungkin ini situasi baru bagi saya, tapi rasa kurang selesa. Ini yang nak buat fulltime home school nih 😀

Rania

Posing sebelum ke kindy. Caca pun tumpang posing dengan botol susunya 😀

 

Okey, Rania pula. Dia excited masa 3 hari pertama masuk sekolah. Kami hantar dia ke sekolah tadika jenis Cina. Supaya dia boleh bercampur dengan bangsa lain disamping menambahkan lagi cabang pengetahuan bahasanya. Masuk minggu depannya, dia demam. 4 hari tak pergi sekolah. Hari ke-3 dia dah sihat sebenarnya tapi disebabkan saya ambilnya lambat sebelum ni, dia pun buat perangai. Menangis-nangis tak nak ke sekolah. Tapi lepas kena ayat pujukan power papanya dan saya pun berjanji untuk ambil awal, dia pun kembali ceria. Dan sampai sekarang semuanya berjalan lancar macam biasa. Bila balik rumah dia pulak sibuk mengajar si Caca a,b,c lah, perkataan cina dia lah. Sampai mak dia pun kena belajar sekali. Hai pening..

Rania&Ilham

Terbaikk !!

3 Years of Survivor Raisya – si Pramatang Yang Aktif

Sebenarnya post ni saya nak publish pada 14 Feb yang lepas tapi tak sempat (sibuk nak cari gambar Caca terbaru heheh ). Ok, sekarang dah boleh realease. Jemput baca :-) 

Diam-diam, hari ini sudah 14 Feb 2014. Mungkin ada di antara kita yang sambut valentine. Bagi kami, ya kami sambut juga tapi bukan Valentines, hari ini adalah hari ulangtahan kelahiran Raisya Sabreena, bayi pramatang yang dilahirkan pada usia kandungan 25 minggu pada 14 Feb 2011 lalu,  hari ini kini telah genap 3 tahun.

Syukur Alhamdulillah.. kami tidak menyangka dia boleh “survive” sekuat ini. Bukan mudah dugaan yang di laluinya, banyak komplikasi dan masalah lantaran dilahirkan pada usia yang terlalu muda. Tapi Allahlah yang Maha Berkuasa. Dia yang mengaturkan segal-galanya.

Raisya Sabreena kini membesar menjadi anak yang “cheeky”, sihat, lincah, aktif dan nakal juga. Terima kasih ya Allah. Owh hari ini kami akan pergi bercuti-cuti seketika, memandangkan esok juga, hari ulang tahun papanya pula :-)

Ok, doakan Caca (nama manja Raisya) menjadi anak yang sihat sejahtera dan solehah di dunia dan akhirat jua. Aminn..

Nak tahu apa yang terjadi pada Caca dulu ? Baca disini ya 

Caca 3 years - premature baby 25  minggu

Nak Berkongsi Cerita Set Kesuburan Shaklee

Alang-alang dah menulis blog, saya nak berkongsi tentang cerita Set Kesuburan Shaklee. Rasanya ramai dah tahu. Tapi saya yaking ramai juga yang masih tidak tahu. 

Set Kesuburan Shaklee ini, adalah set lengkap yang boleh ataupun memang WAJIB digunakan oleh kedua suami isteri untuk membantu meningkatkan tahap kesuburan mereka. Nak dapat zuriat, tak bolehlah sebelah pihak sajakan, kenalah keduanya sihat dan subur. Lebih-lebih lagi, kalau suami seorang perokok, memang sangat menggangu kualiti sperma. Bagi wanita pula, GLA iaitu salah satu komponen dalam set ini dapat membantu mengecutkan cyst jika ada, disamping menstabilkan kitaran haid  selain fungsinya yang utama iaitu untuk menyediakan medium yang subur buat si isteri.

Secara ringkasnya, vitamin atau supplemen yang ada dalam set ini memang tahan lama. 4 bulan lamanya. Dan ia tiada pantang. Cuma ikut saja aturan makannya supaya dapat kesan yang maksimum. Bila kesannya maksimum maka peluang untuk hail pun tinggilah kan. 

Tiada yang lebih bermakna apabila mendapat perkhabaran dari pengguna set kesuburan ini yang telah pun berjaya walaupun pada usia 40-an dengan hanya sebelah ovari saja. Alhamdulillah !! kuasa Allah.. kita hanya berikhtiar. 

Testimoni Set Kesuburan Shaklee

So pada kawan-kawan yang sedang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat tu, boleh cuba. Silalah klik ke link ini ya . Nanti ada maklumat lengkap di sana. 

Dan jangan lupa berdoa. Mudah-mudahan ada rezekinya nanti.

Jaga diri ~

Ramadhan Datang Lagi – Tips Menggalakkan Anak Berpuasa

Dah lebih sebulan saya tidak mengupdate blog. Sedar tak sedar, hari ini sudah hari ke-11 kita umat Islam didalam bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadhan yang mulia.

Bila sebut bulan puasa, tentu macam-macam ragam anak-anak kita yang berpuasakan. Ada yang susah nak bangun sahur, ada yang tertidur di meja makan dan ada yang mengigau (bagaimana la rupa kita zaman kecil-kecil dulu ya :p)

2-3 hari sebelum puasa, saya kena selsema yang agak teruk. Hari pertama berpuasa, kepala memang berat habis. Ilham sudah nampak tanda-tandanya. Dan hari ke-2 puasa, nahhh memang dia pula yang kena. Tak sampai hati nak “paksa” dia berpuasa. Memang kami kejutkannya bersahur setiap pagi, tapi tidaklah terlalu menekan dia untuk berpuasa penuh sepanjang hari. Umurnya pun baru menceah 6 tahun. Masih dalam proses untuk belajar.

Hari 1-3 merupakan hari-hari terawal untuk dia membiasakan diri. Sebelah pagi semasa kesekolah tadika memang dia berpuasa, tapi tiba balik sekolah dia hanya dapat bertahan hingga ke pukul 2 petang sahaja. Lepas tu melepek dan minta izin berkali-kali untuk berbuka. Kasihan pula… Tambahan pula, adiknya Raisya makan didepannya. lagilah… 😀

Namun hari-4 dia sudah mula  berpuasa sepanjang hari sampailah hari ke -10 semalam. Alhamdulillah, walaupun memang nampak dia keletihan, namun kami beri dia semangat untuk teruskan …

Ada beberapa tips yang nak saya kongsikan bagaimana kita nak menarik minat atau memberi galakan pada anak-anak agar mereka rasa excited nak berpuasa. Ini cara saya dan suami yang mungkin lain sedikit berbanding ibu-bapa lain. Namun, jika rasa sesuai, silakan untuk digunapakai .. :)

1. Bercerita Mengapa Kita Disuruh Berpuasa
Bercerita dengan anak apa hikmahnya berpuasa dan mengapa kita disuruh berpuasa. Selitkan yang Allah suka pada orang yang berpuasa.

2. Keseronokan Menyambut Hari Raya
Setelah sebulan berpuasa, nyatakan yang kita akan menyambut Aidilfitri sebagai tanda kemenangan kita menahan diri dari lapar dahaga

3. Cerita Upin Ipin
Anak-anak saya memang gemar cerita upin ipin. Dari yang kecil sampailah yang besar, tak jemu-jemu mereka menonton. Boleh dikatakan banyak pengajaran yang baik yang boleh diambil dari siri-siri cerita animasi ini. Salah satunya episod “Puasa”. Dari situ, anak-anak saya mendapat sedikit pemahaman dan gambaran istilah puasa. Sampaikan dah pandai sebut nak puasa penuh :)

4. Masakkan Makanan Kegemaran
Seboleh-bolehnya saya cuba masakkan makanan kegemarannya waktu berbuka supaya dia rasa termotivasi untuk berpuasa lagi esoknya.

5. Beri Pujian
Beri pujian padanya kerana mampu bertahan walaupun beberapa jam sebagai tanda kita menghargai usaha mereka

6. Berikan Ganjaran
Ada sesekali dua kami berikan ganjaran berupa mainan yang sangat diigininya. Tidak salah untuk kita menarik minat mereka dengan cara ini, kerana anak-anak mudah terdorong jika ada ganjaran yang bakal diterima

7. Kejut Sahur Awal
Sepatutnya memang sahur dilewatkan. Awal disini bukan bermakna pukul 3-4 pagi. Tapi awal mungkin setengah jam. Ini kerana, anak-anak mungkin sukar untuk dikejutkan. Ataupun kalau duduk dimeja makan, mesti akan terlelap-lelap. Jadinya waktu makan akan jadi panjang. Jadi lebih baik di awalkan sedikit

8. Sediakan Carta Puasa khas untuk anak.
Saya belikan mereka “My Fasting Chart” yang eksklusif ini supaya mereka rasa seronok untuk berpuasa >> http://on.fb.me/17qIEPh

9. Bersahur Dengan Set Energy Puasa
Sesuai dengan namanya, saya beri Ilham minum Meal Shakes yang dicampur dengan milo, supaya memberi tenaga tambahan ketika berpuasa. Ia juga memberi rasa kenyang yang lebih lama. Set Energy Puasa boleh dilihat disini >> http://bit.ly/18p7Pmp

Begitulah serba sedikit perkongsian tips puasa keluarga saya.

Ingat ya, jangan terlalu memaksa anak-anak kecil untuk berpuasa, kerana ini masa mereka untuk belajar…

Jom hayati apa kata Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz

Tips Menggalakkan Anak Berpuasa

Selamat Berpuasa :)

Pedoman Untuk Ibu Bapa ~ Cerita Yang Menakutkan

Keluarga Islam - Blog Homeschooll

Ehsan Google

Kisah yang bakal saya ceritakan pada entry kali ini,  memang agak mengejutkan dan menakutkan tapi sangat bagus untuk dijadikan pengajaran buat kita sebagai ibu bapa dalam membentuk fikiran anak-anak dan generasi akan datang. 

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar beriadah ke satu kawasan air terjun berhampiran. Disebabkan saya masih dalam pantang, (orang dalam pantang pun nak ikut sebab dah 30 hari duduk dirumah, boring katanya ngee) , jadi saya hanya duduk berehat-rehat sahaja sambil melihatkan telatah anak-anak dan suami bermain air. Sesudah hampir 2 jam mereka bermandi manda, kami pun mula beransur untuk makan tengahari dan mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah restoran makanan segera memandangkan menu disitu ada disediakan nasi. 

Sengaja kami pilih tempat itu disebabkan adanya sudut taman permainan kecil untuk anak-anak, jadi dapatlah mereka ber”happy-happy”. Ilham dan Rania memang awal-awal lagi meluru ke sana sementara kami memilih meja yang berhampiran. Di sudut permainan itu juga ada seorang kanak-kanak perempuan yang dalam lingkungan 8-9 tahun sedang bermain. 

Saya perasan di tangan kanak-kanak perempuan tersebut ada sebuah Ipad. Okeylah itu sudah jadi pemandangan biasa. Dan saya nampak dia memasang suatu applikasi  video dan mengajak Ilham dan Rania menonton bersama. Pada hemat kami, ianya mungkin sekadar game budak-budak, jadi kami biarkan saja. 

Sedang kami berdua leka menjamah hidangan, tiba-tiba bahu suami dicuit seorang wanita berbangsa Cina.

” Eh yang rambut pendek tu anak you ka “? sambil menunjuk ke arah Rania

“Ya” kata suami

” Itu diaorang tengah tengok cerita orang make love ooo “

“Haaa… ” terkejut kami .

Suami lantas pergi memeriksa dan  kami benar-benar terkejut ! Astaghfirullahalazim, mengucap panjang suami..  memang cerita “tersebut” yang dipasang oleh kanak-kanak perempuan itu. Suami menarik Ilham dan Rania dan mengarahkan budak perempuan tersebut menutup applikasi itu. Kami cari-cari juga jika nampak ada pasangan melayu disitu tapi tidak ternampak pun kelibat yang seakan ibu bapanya. Kami cepat-cepat menghabiskan makanan dan beredar. 

Sepanjang perjalanan pulang, kami bersembang tentang hal yang baru berlaku tadi. Tak tercapai dek akal kami, bagaimana kanak-kanak yang sementah itu boleh menjadi “sangat bijak” memainkan video sedemikian. Pastinya Ipad tersebut kepunyaan ibu atau bapanya yang memuat turun applikasi tersebut dan menyimpannya disitu.

Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi pada kanak-kanak ini bila ia menjadi biasa pada pemandangannya ? Bagaimanakah perkembangan emosi dan mentalnya ? Lama-lama kelamaan bila sudah terlalu banyak didedahkan dengan anasir yang tidak bermoral seperti itu, tidak mustahil untuk dia pula mencuba. Nauzubillah, jauhikan kita dan anak-anak kita dari perkara tersebut.

Persoalannya, dimana pengawasan ibu bapa itu sendiri ? Dimana ibu bapanya ? Dan mengapa perlu menyimpan video yang sudah pastinya memberi kesan negatif kepada perkembangan minda dan sahsiah anak ?  Dan perlukah ibu bapa menonton cerita-cerita sebegini ?

Tolonglah para ibu bapa sekalian, kitalah sebenarnyalah yang mencorakkan masa depan anak-anak. Kita mempunyai kuasa dalam mendidik dan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilihat, dibuat. Berilah teladan yang baik supaya mereka bakal menjadi insan yang berkualiti pada diri sendiri, negara dan agama kita. Bukan menjadi remaja yang rendah moralnya. Semoga cerita ini menjadi pedoman buat kita semua. Sila ambil tahu tentang anak-anak kita, kerana mereka ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapanyalah yang mencorakkannya. 

Selamat Mendidik Anak-anak Syurga

p/s : Kasihan saya dengan budak perempuan tadi, sehingga balik kerumah pun saya asyik memikirkannya. Apa akan jadi padanya ? Kita doakan yang terbaik buatnya