Category Archives: Trip and Leisure

7 Tips Anda Perlu Tahu Sebelum ke KidZania Kuala Lumpur| Pengalaman di KZKL

Pengalaman di Kidzania Kuala Lumpur | Untuk info ringkas,  Kidzania adalah sebuah pusat permainan yang berorientasikan pendidikan dan pembelajaran untuk kanak kanak dengan kerjasama syarikat syarikat korporat dan jabatan berkaitan. Ia menghimpunkan lebih 100 jenis kerjaya yang ada seperti bomba, polis, doktor, kehakiman dan lain lain bagi membolehkan kanak kanak seawal usia 4 hingga 12 tahun merasai sendiri pengalaman bekerja dalam bidang tertentu, dalam saiz mereka. Semua peralatan, tools, pakaian malah uniform juga turut di reka khas dengan saiz kanak kanak.

Di sini, mereka berpeluang untuk mengeksplorasi dunia sebenar pekerjaan orang dewasa. Kanak kanak juga turut dibekalkan dengan duit yang diberi nama KidZos untuk berbelanja. Malah, mereka akan menerima “gaji” jika menjadi pekerja atau memberikan servis dalam bidang pilihan. Sama seperti dunia sebenar pekerjaan orang dewasa. Menarikkan! Ok  jom kita cerita lanjut tentang pengalaman berada dalam Kidzania Kuala Lumpur ni. Nanti, saya akan share juga tip tip yang anda perlu tahu sebelum ke sini.

Sebelum terlupa, KidZania terletak di kawasan Mutiara Damansara, PJ. Banyak tempat menarik di sekitar kawasan ini, antaranya IKEA Damansara, Ikano Power Centre, The Curve, Tesco dan lain lain lagi. Tak susah nak cari jalan ke sini, kerana lokasi KidZania terletak di tengah tengah bandar. Kalau rasa tak pasti, boleh guna Google Map atau Waze je, sure boleh sampai ;-).

Kami di KidZania Kuala Lumpur

Jika anda datang dari luar Kuala Lumpur, bolehlah menginap di hotel hotel berdekatan contohnya seperti The Royale Bintang The Curve, The Royal Chulan Damansara, One World Hotel  dan Qliq Damansara yang bertaraf 4 bintang. Memang selesa lagi tip top. Tapi kalau nak jimat bolehlah cari hotel hotel biasa atau kalau nak lagi jimat boleh tumpang tidur rumah saudara mara :-D.

Idea nak ke KidZania ni sebenarnya dah lama ada, tapi apabila mengenangkan harga satu tiket kanak kanak pun sudah mencecah RM80, terpaksalah di pendam dulu hasrat hati. Walaupun tiket untuk dewasa hanyalah separuh harga biasa tapi apabila dicongak, boleh tahan  juga mahalnya untuk kami 6 beranak ni.

Dipendekkan cerita, baru baru ini ada seorang kawan yang baik hati telah menghadiahkan saya, 6 keping tiket ( complimentary) ke Kidzania. 2 tiket kanak kanak dengan sticker “FREE”, dan 4 lagi dengan potongan 50%. Alhamdulillah, rezeki kami. Ngam ngam dapat 6 tiket. Rasa macam nak lompat bintang! hahah Over eksaited namanya tu

Kami plan nak pergi pada hari bekerja, dengan harapan tak ramai orang. Kalau sabtu ahad, takut terlalu padat, tak banyak permainan yang boleh dimainkan. Jadi kami pergi pada Khamis, ( dalam kata lain,pontengkan mereka sehari :-p). Anak anak memang teruja habis. Maklumlah tak pernah sampai. Selama  Pada hari yang dijanjikan kami keluar pukul 11 pagi dan sampai pukul 12 tengahari. Sesampai disana, tiket semua dah sold out ! Aduhh… silap planning pulak

TIPS PERTAMA : DAPATKAN INFO TIKET

Menurut pegawai bertugas, kebetulan hari tersebut merupakan hari pelancaran hero kanak kanak Adi Wira, banyak sekolah yang telah membuat tempahan ke Kidzania. Jadi tiket awal awal lagi  dah habis. Menurut pegawai tu juga, adalah lebih baik jika datang seawal mungkin, kalau lambat takut rugi masa. Waktu operasi KidZania bermula pukul 10 pagi, tapi pukul 9.30 pelawat sudah boleh mula beratur untuk membeli tiket, katanya.

Tips KE-2 : Datang Awal

Oklah , kami plan untuk pergi semula pada Ahad, memandangkan tiket yang telah dijual secara online untuk hari tersebut tidak begitu banyak. Sekali lagi kami ke KidZania. Kali ini sampai awal. Pukul 10 kami sudah mula terpacak beratur. Masing masing tak sabar nak masuk ke Kidzania termasuklah mak dengan bapak anak sekali :-p.

Harga Tiket Masuk ke Kidzania Kuala Lumpur

Apabila tiba saja di kaunter, saya dah siap siap keluarkan duit untuk tiket. Ok sebelum tu tahu tak berapa total sebenar tiket untuk kami berenam ? Jumlah keseluruhan ialah RM360 beb !

“Setelah ditolak dengan tiket complimentary, jumlah yang cik kena bayar cuma RM98″ kata cashier di kaunter

“Eh betul ke ? Bukan RM84 ke ?” tanya saya

“Ye betul, itu kalau cik beli tiket online, ada potongan 10%, tapi sekarang cik beli di kaunter tak ada diskaun cik, harga biasa”, katanya. Oooo… baru saya tahu. Jadi kalau nak jimat, belilah tiket secara online.

Untuk panduan, dibawah ini adalah senarai harga tiket masuk ke Kidzania untuk pembelian secara dalam talian. 

Tips ke- 3: Beli Tiket Secara Online Jimat 10%

Ok dah tiba masa masuk ke Kidzania. Setiap seorang dari kami dilekatkan dengan alat seakan akan jam tangan dan di scan. Untuk tujuan pengesahan dan keselamatan. Manalah tahu kalau kalau ada anak yang hilang. Bukan dekat pasarya saja tau anak anak boleh hilang

Anak anak Homeschool ke KidZania

Permainan Dalam Kidzania Kuala Lumpur

Bila masuk sahaja didalamnya, perkataan pertama yang keluar ialah “Wahhh best  gile !”. Memang kagum sangat dengan segala bagai kelengkapan di dalamnya. Macam macam ada. Semua rasa nak main. Antara yang menarik perhatian ialah melihat anak anak kecil berpakaian seragam bomba menaiki trak untuk pergi memadam kebakaran siap sekali siren berbunyi. Boleh bayangkan tak kecomelan masing masing hihih ?

Ok sebelum bermula, kena pergi tunaikan dulu cek di CIMB Bank untuk dapatkan duit atau KidZos yang bakal digunakan untuk permainan nanti.  Mak ayah tak boleh masuk ye, anak anak yang kena masuk sendiri, beratur dan berurusan di kaunter. Jangan risau mereka akan di bantu oleh staf. Ini pun merupakan salah satu pembelajaran untuk mereka lebih berdikari dan yakin dengan diri sendiri di masa depan. OK, selepas dapat duit, masa untuk bermain, yeay!

Duit KidZania KidZos

Process Flow for Visitor to KidZania

Kalau yang ramai anak, bolehlah bahagi bahagikan mereka untuk main permainan yang berbeza,  boleh cuba pelbagai aktiviti. Tidaklah semuanya beratur pada satu tempat, jimat masa. Sekurang kurangnya boleh masuk ke tempat yang tak begitu ramai orang. Macam kami, anak lelaki ikut ayahnya ke segmen pekerjaan yang lebih mencabar seperti pilot. Ini di tingkat ke dua. Mereka akan di bawa ke pesawat Air Asia sebagai juruterbang . Saya pula bawa Caca dan Rania ke bahagian yang ala ala kewanitaan sikit.

TIPS KE-4 : BAHAGIKAN ANAK ANAK MENGIKUT PERMAINAN KESUKAAN

Aktiviti pertama mereka ialah masuk ke salun kecantikan atau KURLZ Beauty Salon. Di sini boleh pilih sama ada nak warnakan kuku atau nak di solekkan . Rania macam biasa pilih bersolek. Caca pilih mewarnakan kuku. Maklumlah masing masing dah pandai bergaya, ikutkan saja la. Muka masing masing ceria dapat disolekkan. Harga untuk servis ini ialah 4 KidZos seorang.  Anggaran jangkamasa 20 minit.

Beauty Salon di KidZania                                                    Rania disolek

Manicure di Beauty Salon KidZania  Caca suka sangat kena warnakan kuku

Seterusnya kami ke bahagian PLUS Expressway. Dalam ni ada 4 role yang boleh dipilih. Sama ada nak jadi pemandu, jurutol, mekanik atau pembantu stesen minyak. Untuk jadi pemandu, ketinggian mesti melebihi 120 cm kalau tak salah dan perlu ada lesen memandu. Lesen memandu perlu di ambil di bahagian Sekolah Memandu terlebih dahulu. Apabila sudah lulus barulah dibenarkan untuk memandu. Disebabkan Rania dan Caca tak cukup ketinggian, jadi mereka pilih untuk jadi jurutol. Seronoknya juga tengok mereka mengendalikan booth tol tu. Buka tutup palang untuk kenderaan yang lalu. Ngeeee.. Ok di sini mereka dibayar kerana memberikan servis atau perkhidmatan. Kiranya dapat gajilah. Dapatlah seorang 8 KidZos! Boleh disimpan untuk permainan berikutnya

Satu lagi aktiviti yang best ialah aktiviti wall climbing. Di sini pun ada had ketinggian juga. Caca tak lepas, tapi Rania boleh. Merasalah si kakak panjat dinding. Ia seolah olah sebuah pertandingan. Ada 2 tali dan 2 peserta. Siapa yang sampai atas dulu dan dapat membunyikan loceng dikira sebagai pemenang. Tapi Rania sampai separuh saja, sebab faktor badannya yang ….. hehe.

Wall Climbing

Selepas itu, kami ke Poslaju pula. Di sini mereka di kehendaki menghantar barang ke lokasi lokasi tertentu dan perlu mendapatkan tandatangan penerima. Jangan terkejut kalau nampak mak ayah pun berlari lari ikut serta tolong carikan lokasi tersebut.

Apabila masuk ke tengahari masing masing pun dah lapar. Sebelumnya saya ada beli 4 ketul roti bun dan sebotol air mineral sebagai bekal. Konon tak nak membeli dalam Kidzania sebab diberitahu, harga makanan di sini agak mahal. Tapi belum sempat tunggu tengahari pun, habis selamat di makan dek anak anak. Di tambah pula dengan aktiviti yang bebas bergerak dan banyak menggunakan tenanga, lagi terasa lapar. Mana cukup seketul roti !

Jadi, nak tak nak terpaksa pejam mata beli juga makan tengahari.  Tengoklah total bilnya. Ini pun sudah sehabis jimat! Tapikan kena sorok sorok sikit kalau nak bawa makanan kerana disini tidak dibenarkan membawa makanan dari luar.

Bill Makan Tengahari di KidZania

Tips ke 5: Bawa makanan dan air sendiri (syhhh)

Lepas makan, semua dah bertenaga semula, kali ini kami ke set Bomba dan Penyelamat. Kalau nak tahu bomba ni antara permainan yang popular di sini. Jadi barisannya memang panjang. Hampir 40 minit juga beratur menunggu giliran tapi memang berbaloilah tengok anak anak gembira. Mereka dipakaikan seragam bomba siap dengan topi sekali. Lepas tu dapatlah naik trak dan kemudiannya memadam kebakaran di tempat ala ala hotel. Abang abang bomba pun  semuanya ceria melayan karenah anak anak. Selain bomba, AirAsia Flight Simulator (juruterbang) dan Police juga antara tempat yang digemari kanak kanak.

Jabatan Bomba dan Penyelamat

Anak Anak Memadam Kebakaran diKidZania

Ilham dan Azeem depan Track Bomba KidZaniaAbang dan Azeem posing depan trak Bomba

Sebelum terlupa, surau turut disediakan di sini tapi di tingkat lain. Kena keluar dulu dari Kidzania dan turun dua tingkat kebawah. Kemudian boleh masuk semula.

Selain pemainan di atas, antara lain yang dimainkan adalah seperti pegawai di Tourism Malaysia, doktor di wad kecemasan, pembantu butik dan penari. Banyak lagi sebenarya permainan yang lain tapi masa tak mencukupi. Memang tak terhabis pun semuanya dalam satu hari.

Belajar MemasakCaca Main Masak Masak

Buat Anting Anting di Karatz Jewellary Buat Anting Anting di Karatz Jewellary 

Doktor di GlenEangles Accident & EmergencyDoktor di GlenEangles Accident & Emergency

Percutian ke JohorPercutian ke Johor di Tourism Malaysia KidZania KL

TIPS KE-6 : SUSUN ATUR MASA SEBAIKNYA

Untuk mak ayah, sila bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengejar anak anak anda ke hulu dan ke hilir ya. Memang akan terasa penatnya. Sampai keesokannya pun sakit kaki lagi, penat tak habis. Kalau bawa anak anak berusia 3 tahun dan kebawah, bolehlah naik ke tingkat atas. Ada satu tempat khas untuk mereka bermain. Penuh dengan bola bola dan boleh main lompat lompat. Anak anak seusia ini memang tak boleh nak menunggu lama untuk satu satu permainan. Macam Azeem, dia akan cepat bosan, tak boleh duduk diam. Tak sesuai. Jadi biarkan mereka bermain di sana. Kita pun boleh rehatkan kaki sebentar :-)

Tempat Permainan Untuk 3 Tahun Kebawah

TIPS KE-7 : PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

Lepas penat bermain, yang terakhir sekali kami masuk ke cinema. Ada show Ejen Ali yang akan bermula. Yang menariknya para pelakon pun terdiri dari kanak kanak juga. Setiap watak akan di bantu oleh seseorang, jadi kanak kanak ini hanya perlu meniru gaya dan dialaog mereka sahaja. Rupa rupanya  boleh masuk ke Acting Academy dulu kalau nak jadi pelakon. Mereka akan di ajar 30 minit lebih awal. Ilham pada mulanya nak join tapi dah terlambat. Jadi penonton sajalah :-)

Habis saja show, jam telah pun menunjukkan hampir ke pukul 5 tanda waktu operasi Kidzania telah tamat untuk hari itu. Anda boleh tukarkan baki KidZos tadi dengan souvenir KidZania kalau jumlahnya 150 ke atas. Kalau kurang bolehlah simpan untuk diguna lain kali. KidZos yang kami ada total semuanya bernilai 160 ++, bolehlah nak tukarkan dengan satu barang sahaja tapi sengaja kami tak tukar sebab nanti berebut. jadi simpan sajalah bawa balik sebagai kenang kenangan

Itulah serba sedikit review, pengalaman, tips dan percutian seharian kami di KidZania Kuala Lumpur. Tempat yang fun dan menarik untuk anak anak menambah ilmu, belajar dan menerokai bidang kerjaya alam dewasa. Mereka juga akan lebih menghargai dan memahami bagaimana ibu dan bapa bekerja mencari pendapatan. Jikalau berkelapangan, bolehlah bawa sekeluarga terutamanya anak anak untuk merasai sendiri pengalaman di KidZania. Memang terbaik !

Setahun sudah berlalu ..

Assalamualaikum Semua..
Apa kabar semua..Dah lebih 3 bulan saya tak update blog. Banyak yang nak di kongsi tapi untuk entry kali ini nak share sesuatu yang amat bermakna buat kami.

Masih ingat tak tarikh 14 Februari 2011 ? tarikh inilah tarikh keramat saya melahirkan bayi miracle saya yang saya tak duga sama sekali . Bayi yang hanya berusia 25 minggu dengan berat tak sampai 1kg di lahirkan di pagi yang hening di Hospital Selayang

Namun, berkat doa semua serta usaha yang tidak mengenal penat lelah oleh para doktor dan jururawat , bayi ini akhirnya dibenarkan keluar dengan berat 1.77kg. Dan ini lah dia Raisya Sabreena setelah setahun berlalu.

Beratnya kini sudah mencapai 7.3 kg ! berkat susu Alhamdulillah . Bree sudah pandai berdiri sendiri walaupun selalu benjol benjol akibat jatuh kerana belum lagi stabil kakinya (maknya tak sempat nak tengok sebab sibuk bertenet ) .. merangkak memang dah laju ke depan pantang tengok apa-apa pintu terbuka. Dia akan ketawa terkekek bila abang dan kakaknya mengagah tapi bila mama dan papa dia buat .. dia buat muka donno je heheh. Dah kenal orang.. Bree akan melalak sekuat hati bila orang yang tak dikenali cuba mendukungnya, persis orang yang mencuba bakat Malaysia Idol tapi akhirnya tak dapat masuk 😀 sebab pitching lari . Tak suka nasi bubur, tapi prefer makan apa yang kitorang makan, jadi terpaksa kunyah2 sebelum beri padanya. Suka nak join bila abang dan kakaknya main macam dah besar sgt. Suka terbalikkan building block yang abang dia buat, sampai abangnya pulak yang melalak ke”tension”nan lepas tu. Suka muncungkan mulut dan buat “puh” “puh” sebelum buat muka geram sambil tunjuk gusi kosong macam nenek tua.. dan macam-macam lagi keletahnya yang mencuit hati.

Sangat-sangat bersyukur kerana Bree dapat bertahan dengan kekuatan semangat yang ada padanya dengan izin Allah jua. Engkaulah yang Maha Besar .. Alhamdulillah Semoga jadi anak yang solehah. Selamat Hari Lahir yang pertama.

p/s:Kami tidak mengadakan sebarang sambutan seperti yang kebiasaannya tapi bawa Bree dan sekeluarga bercuti ke Langkawi menikmati keunikan dan kehebatan ciptaan Allah.

Bree dengan abang dan kakaknya

main pasir

Bree 1 year old sweet girl ~

Rania ~ 2 years now!

Salam to all,
Pejam celik, pejam celik, puteri kami yang kedua, Rania, telah pun mencecah usianya yang ke-2 tahun. Kami sambut ala kadar sahaja kerana kali ini agak sibuk menguruskan rutin seharian dan hal-hal yang berkaitan. Tambahan pula 2 hari sebelumnya, saya ada kursus di Bangi dan pulang tepat pada tarikh  hari lahirnya. Jadi, kami sambut pada malam keesokkan hari nya.
Saya hanya buat kek coklat kesukaan anak-anak dan hiaskan dengan glitter dan lilin yang besar gedabak di sekeliling. Itu pun abangnya dah tak sabar-sabar nak  tiup lilin. Adiknya terkuis-kuis nak makan love glitter atas kek tu. Biarlah sederhana asalkan anak-anak gembira. Hadiah pun tak ada tahun (alahai sedihnya Rania).. tapi kami janji akan bawa Rania dan abangnya bergembira di acara SaraKids ahad ini.
Doa kami semoga Rania membesar menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan semoga apa yang di cita-citakan nya tercapai. Amin..

Selamat Ulang tahun Rania ~~~

p/s : papanya takde dalam gambar sebab jadik jurugambar .. heheh

Marathon Tour to the North

Orang katakan, jauh perjalanan luas pemandangan. So entry kali cite pasal jalan-jalan pulak hehe..

Bila morning sickness aku dah abis dlm mid of Dec 2010 yang lepas, hubby pun cadang nak bawak kitorang jalan2. Lagipun masa tu dah year end, so byk company yg closed down jap before masuk tahun baru.. Hubby pun dapat cuti seminggu. So kitorang plan nak pegi Penang je (padahal bukan la jauh benor dari kg. aku.. sejam lebih je dah sampai kekek ). Sebb cik somi malas nak drive jejauh  kunun. Saja bawak anak2 dan mak anak jugakberjalan.. Ari Isnin kami bertolak tghari.. sampai Butterworth naik feri.. Punya la suka budak2 tu hehe.. sempat lagi berposing..

Dah penat pusing2 town, petang tu pegi Batu Feringghi cari hotel murah.. disebbkan musim cuti sekolah, mmg susah la nak carik yg murah dan kalo ada pun dah full.. Last2 jumpa gak.. kira cam chalet la.. yang best betul2 tepi pantai.. bilik pun tinggal satu jek lagi kosong.. So dah malas nak pusing.. amik jek la.. dia charge RM150 huhuh.. tapi boleh jek lah.. sesekali .. anak2 aku pun ape lagi nampak je laut mcm kena histeria.. tak menyabo nak terjun.. masuk jek bilik.. cepat2 dorang tukau baju.. kitorang pun tak sempat nak berehat.. so layankan ajek la.. yang kelakarnya. abangnya tu takut nak pegi tempat dalam tapi nak main air jugak.. adiknya pulak tak padan dgn kecik.. pantang papa dia pegi ke tengah sket.. dia pun nak nyibuk.. walopun terkial2 sebb tertelan air masin kekeke..

Mlm tu pulak makan2 kat area situ je.. masing2 dah penat kan.. So pastu balik dan Zzzzz..

Hari ke-2, masuk town balik.. jalan2 kat Goergetown je.. Ingt nak pegi Bukit bendera tapi tutup pulak.. Sudahnya lepak kat tepi pantai Bayan Lepas.. Depan tu Pulau Jerjak.. best gak.. ramai je org dok amik angin situ.. couple pun ada.. Mlmnya dapat hotel kat Gurney Drive.. Waaa mmg lively la tempat ni.. Penuh dgn org.. yang paling best.. tempat makan dia.. kitorang pegi tempat yg juai pasembor byk2 tu.. Buntang mata aku nak pilih lauk.. mmg perghh.. marvelous la .. cucur udang dia sedap gile.. so kitorang pun makan sampai kenyang gila.

Hari ke-3 dah tak tau nak ronda kat mana.. so hubby ajak pegi Sungai Petani, pusing2. Bukan jauh sgt.. 30KM je lagi.. So aku ON je la.. pusing2 SP tgk takde ape pun.. mcm bosan. Bistu cemana ? cuti ada lagi.. takkan nak balik.. “kita pegi Alor Setar nak ? ” asben aku suggest.. “boleh pegi Pekan Rabu”.. asben aku provoke lagi kekeke.. “boleh aje ” hahahha.. so kami teruskan perjalanan ke Alor Setar. Dlm 50km dari SP tadi/ Akhirnya sampai la Pekan Rabu dia.. ala2 Pasar Payang kat KT.. kat sini ada jual kerepek, tikar mengkuang, dan barang2 kraf lain. Aku beli kerepek dgn ikan pekasam.. beli sket jek la sebb bukan bawak duit byk pun heheh.. tapi bila makan rasa nak lagi .. sedap siot.. ceit rasa rugi plak beli sket.. nnt bebila aku nak kirim kat member yg dok AL ni hehe. Dah abis pusing2 dlm kul 7 camtu.. pk lagi mana nak pegi.. haa.. idea, idea.. jom pegi Changlun dah dekat dgn Bkt Kayu Hitam ..maklumla aku ni tak pernah sampai.. so mcm jakun la nak pegi kan.. hahaha.. so kami teruskan perjalanan ke Changlun..Sampai sana dah mlm dah tak boleh masuk sebb complex tutup kul  7.. So kami pegi balik town dan dan tido kat hotel.

Hari ke-4. Kunun-kunun nak bangun awal nak serbu complex bebas cukai tu.. Disebabkan penat, masing2 bangun lambat hahaha.. takpela dah namanya berjalan.. so go with the flow je la.. Lepas makan dan siap2.. aku pun excited la nak masuk ke border .. asben aku pun sama.. 😀 .. Tapi bila masuk je tempat tu.. aduhh.. lemah semangat.. Korang tau, tempat dia mcm shopping complex biasa tu je.. rege pun takde la murah mana.. kalo cenggini.. baik je aku pegi The Store kat taiping tu.. takde bezanya .. ceittt… “takpela yang, sekurang2nya kita dah sampai dan dah tau.. so lenkali tak yah la datang sini ” kata asbenku.. lega la sket. Dan untuk mengubat kelukaan tu (chewah) asben propose kitorang teruskan journey ke Kuala Perlis.. yeahahaha.. jalan lagi hahaha.. korang jgn marah aa.. sampai sana dah nak malam.. so cepat2 cari hotel.. manusia mmg ramai sebb tempat ni merupakan jeti ke Langkawi.. ingt nak la pegi Langkawi dah alang2 sampai.. tapi nengokkakn manusia yg entah berapa ratus ribu orang tu.. so kansel jek la.. Mlm tu makan seafood kat jeti.. RM70 total.. lauknya, ketam bercili, siakap stim (kurang rasa sket), sayur, sotong goreng tepung. Air kitorang order laicikang 2 dgn fresh orang 1. Overall kira ok la makanan kat sini.. tapi still tak boleh lawan kedai seafood yang aku pegi kat Kuala Selangor tu.. marvelous !

Hari ke-5. Kat Kuala Perlis ni takde ape sangat, tapi yang aku perasan byk penduduk di sini yang mengusahakan perniagaan kat rumah. Benda yang dorang buat is belacan.. yes belacan you know, malay cheese.. hahahha boleh kata setiap rumah mesti ada signboard “Perusahaan Belacan Makcik Bedah” contohnya..sebb kat sini nampak orang tangkat geragau merata2.. tu sebb senang nak buat belacan kot. Ingt nak la beli satu.. jalan punya jalan sekali terlupa.. so takdapat la merasa belacan Makcik Bedah kekek. Petang tu dah penat tapi bersemangat lagi la nak berjalan.. So korang gues mana tempat kitorang nak redah pas ni.. Yes, mana lagi kalo tidak ke Padang Besar ..wohooo..Setelah hampir sejam lam keta.. maka sampaila kami ke Padang Besar..

Kat sini byk jual peralatan rumah mcm periuk, bunga2 hiasan, barang2 perkahwinan mcm cenderahati dan baju dan tudung. Tapi manusia punya la ramai.. Rege tu ada la kurang sket tapi aku ingt pesan kakak aku .. time2 gini dorang pun markup rege sebb time cuti sekolah.. Mcm biasalah kami tak beli ape pun sgt. Yang sempat aku rembat bunga hiasan utk mak dan mak mentua, baju satu dan seluar satu. Sebb niat tu nak berjalankan bukannak bershopping hehe..kira mcm percutian budget la.. Ni gambar dia..

So itu la saja cerita marathon tour to the North kami.. Owh ya.. balik tu kami singgah rehat2 kat satu resort.. Tasoh Resort. Cantik banget pemandangan dia.. saujana mana memandang.. sapa2 yang berhoneymoon kat sini mmg la boleh sgt.. tempat dia pun privacy.. Kami tak bermalam kat sini sebb plan nak balik dah.. Dan lagi pun boleh tahan gak rege resort dia semalam heheh.. Dlm kul 6  kami pun bertolak pulang semula ke Taiping dgn hati yang puas dapat menjelajah ke utara.. Bukan selalu dapat mcm ni.. “yang , ujung taun depan kita wat tour ke South pulak ye ” kata aku.. “erkkk ” asben balas dgn muka yang tensen .. kekek.. Sekian

Visit to Pay Less Warehouse Sale

Today I would like to share about this bookstore warehouse sale (ayat skema la pulak :p) . Actually, aku pun baru jugak berkenalan dgn Pay Less ni hehe.. Bookstore ni sesuai dgn nama dia yg menunjukkan buku-buku yang dijual mmg lebih murah dari kat kedai biasa. Semua buku di sini adalah used books but still in very good conditions. So pada ibu-bapa yang tak mampu nak beli buku mahal, boleh datang kat kedai ni. So far all are English books. Buku BM tak jumpa lagi.

Ok kita sambung cite.  Alkisahnya, jumaat lepas aku pun pegi la ke warehouse sale Pay Less ni yg bertempat di Milennium Square, PJ. Disebabkan aku tak berapa terer sgt kawasan ni, maka berbelit-belitlah aku carik jalan walaupun dah siap ada peta (tapi aku tak print dari website tu hehe pandai tak 😀 ). Akhirnya dgn bantuan cik somi tercinta sampaila jugak kat tempat yang di tuju. Aku ingt tempatnya beso la mcm ala2 grand ballroom kat hotel mahal-mahal tu tapi dia bukak kat kawasan kecik je ..berpinau jugak la mencarinya. Aku sampai pun dah dekat kul 12tgh hari..

Ape yang membuatkan aku nak tulis pasal warehouse bukan la sgt pasal buku-buku dia tu, tapi pasal diri dan mentaliti orang kita. Mostly yang aku nampak adalah sahabat-sahabat kita dari kaum bukan Melayu. Siap heret anak duduk kat bahagian kid’s section sambil gali-gali buku yang ada. Ada gak yang dok baca. Pastu nampak pulak mat saleh bawak anak dia. Melayu ? aku tak nampak.. pelik gak… orang kita ni tak suka membaca ke ? atau tak tahu adanya sale tu ? atau aku yang datang bukan pada masa mereka datang.. tak tau la kan.. hampir 4 jam aku dok situ sambil belek2 buku.. dah petang sket baru nampak sorang dua mommies yang bertudung tengok2 buku.. tu pun tak lama.. mungkin tak ada yang berkenan kot. . Anyway, it shows something.. orang kita ni may be kurang sket awareness nak bawak pada tempat2 ilmiah mcm ni. May be dorang lebih suka bawak anak pegi countdown mlm merdeka, tahun baru atau jalan2 kat uptown sampai awal2 pagi… tapi aku yakin bukan semua mcm tu.. segelintir saja. Cuma kalau boleh kita tingkatkan lagi minat sukakan buku pada anak2 kita. Bukan utk siapakan, utk mereka juga  :)

Berbalik pada cite sale ni, buku2 kat sini mmg murah sgt2.. kat bahagian kids, range buku dari RM3-RM15. Bahagian fiction and non-fiction pun lebih kurang sama. As for me, I managed to grab 8 books for the total price of RM44 ! Isn’t it a good deal 😀 .. penat jugakla bangun duduk belek2 buku hahaha.. Antara buku-buku tu adalah :-

1. Little Elmo’s Toy Box – RM5
2. Pinocchio- RM3
3. Maisy Cleans Up- RM8
4. Hello- RM5
5. The Toddler’s Busy Book- RM5
6. How to raise a great Kid- RM3
7. Rabbits and Raindrops- RM5
8. Men Are From Mars, Women Are From Venus – RM10

So sapa2 yang berminat nak pegi cepat2 sebelum terlambat. Dorang buat 3 hari je dari 28-30 Jan 2011. Map and other details korang leh click kat link Pay Less atas ye.. Selamat Membeli Buku :)

Mee chinese style ?

Ha, balik je dekat2 area umah, aku pun decide nak makan kat satu restoran Cina Muslim ni. Ni 2nd time makan kat sini. Restoran ni baru je beroperasi. Food dia boleh tahan gak la dgn rege dia. Tak mahal tak murah. Sedang2.. dan ada rasa. Cuma kena pandai pilih. Masa 1st time dulu aku order ape ntah. Mcm makan mee yg halus tu dia taruk kicap jek .. huh tak best langsung. Tapi asben aku order nasik kam heong sedap pulak.
Ni gamba restoran tu. Ok jugak interiornya. Salah satu menu dia, nasik itik. Boleh pilih nak peha atau kepak. Rege lam area RM12- RM15 rasanya. ada bran ? 😀

 
Ni makanan aku. Nama dia .. err err.. aku lupa heheh sorii .. susah betul nak ingt sebb ada nama2 chinese sket. Basically makanan ni ada koey teow dgn mihun yg halus2 tu digoreng. Pastu campo kuah.Ada sampah sarap sket  mcm udang, fishcake, sayur2 (fresh). Best ! Rege pun tak mahal . Dlm RM6 semangkuk. Kenyang ! Alhamdulillah.

Sebelum balik tu sempat jugak amik gamba depan kedai ni. Dah nak tutup sebb to dorang switch off lampu depan tu ..