Category Archives: Motivation

Pedoman Untuk Ibu Bapa ~ Cerita Yang Menakutkan

Keluarga Islam - Blog Homeschooll

Ehsan Google

Kisah yang bakal saya ceritakan pada entry kali ini,  memang agak mengejutkan dan menakutkan tapi sangat bagus untuk dijadikan pengajaran buat kita sebagai ibu bapa dalam membentuk fikiran anak-anak dan generasi akan datang. 

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar beriadah ke satu kawasan air terjun berhampiran. Disebabkan saya masih dalam pantang, (orang dalam pantang pun nak ikut sebab dah 30 hari duduk dirumah, boring katanya ngee) , jadi saya hanya duduk berehat-rehat sahaja sambil melihatkan telatah anak-anak dan suami bermain air. Sesudah hampir 2 jam mereka bermandi manda, kami pun mula beransur untuk makan tengahari dan mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah restoran makanan segera memandangkan menu disitu ada disediakan nasi. 

Sengaja kami pilih tempat itu disebabkan adanya sudut taman permainan kecil untuk anak-anak, jadi dapatlah mereka ber”happy-happy”. Ilham dan Rania memang awal-awal lagi meluru ke sana sementara kami memilih meja yang berhampiran. Di sudut permainan itu juga ada seorang kanak-kanak perempuan yang dalam lingkungan 8-9 tahun sedang bermain. 

Saya perasan di tangan kanak-kanak perempuan tersebut ada sebuah Ipad. Okeylah itu sudah jadi pemandangan biasa. Dan saya nampak dia memasang suatu applikasi  video dan mengajak Ilham dan Rania menonton bersama. Pada hemat kami, ianya mungkin sekadar game budak-budak, jadi kami biarkan saja. 

Sedang kami berdua leka menjamah hidangan, tiba-tiba bahu suami dicuit seorang wanita berbangsa Cina.

” Eh yang rambut pendek tu anak you ka “? sambil menunjuk ke arah Rania

“Ya” kata suami

” Itu diaorang tengah tengok cerita orang make love ooo “

“Haaa… ” terkejut kami .

Suami lantas pergi memeriksa dan  kami benar-benar terkejut ! Astaghfirullahalazim, mengucap panjang suami..  memang cerita “tersebut” yang dipasang oleh kanak-kanak perempuan itu. Suami menarik Ilham dan Rania dan mengarahkan budak perempuan tersebut menutup applikasi itu. Kami cari-cari juga jika nampak ada pasangan melayu disitu tapi tidak ternampak pun kelibat yang seakan ibu bapanya. Kami cepat-cepat menghabiskan makanan dan beredar. 

Sepanjang perjalanan pulang, kami bersembang tentang hal yang baru berlaku tadi. Tak tercapai dek akal kami, bagaimana kanak-kanak yang sementah itu boleh menjadi “sangat bijak” memainkan video sedemikian. Pastinya Ipad tersebut kepunyaan ibu atau bapanya yang memuat turun applikasi tersebut dan menyimpannya disitu.

Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi pada kanak-kanak ini bila ia menjadi biasa pada pemandangannya ? Bagaimanakah perkembangan emosi dan mentalnya ? Lama-lama kelamaan bila sudah terlalu banyak didedahkan dengan anasir yang tidak bermoral seperti itu, tidak mustahil untuk dia pula mencuba. Nauzubillah, jauhikan kita dan anak-anak kita dari perkara tersebut.

Persoalannya, dimana pengawasan ibu bapa itu sendiri ? Dimana ibu bapanya ? Dan mengapa perlu menyimpan video yang sudah pastinya memberi kesan negatif kepada perkembangan minda dan sahsiah anak ?  Dan perlukah ibu bapa menonton cerita-cerita sebegini ?

Tolonglah para ibu bapa sekalian, kitalah sebenarnyalah yang mencorakkan masa depan anak-anak. Kita mempunyai kuasa dalam mendidik dan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilihat, dibuat. Berilah teladan yang baik supaya mereka bakal menjadi insan yang berkualiti pada diri sendiri, negara dan agama kita. Bukan menjadi remaja yang rendah moralnya. Semoga cerita ini menjadi pedoman buat kita semua. Sila ambil tahu tentang anak-anak kita, kerana mereka ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapanyalah yang mencorakkannya. 

Selamat Mendidik Anak-anak Syurga

p/s : Kasihan saya dengan budak perempuan tadi, sehingga balik kerumah pun saya asyik memikirkannya. Apa akan jadi padanya ? Kita doakan yang terbaik buatnya

Seminar Asas Menghafaz Al-Quran Dari Bayi

Assalamualaikum wbt,

Sabtu baru-baru ini saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Asas Menghafaz Al-Quran Dari Bayi yang di anjurkan oleh Islamic Parenting Network di PPAS, Shah Alam.

Agak lama juga sebelum ini berkeinginan nak pergi, tapi baru Sabtu lepas berpeluang. Alhamdulillah di permudahkan, (walaupun sedang menunggu hari :) ). Penceramahnya adalah Puan Lina Karim, ibu kepada adik Darwisha dan Darwish yang semakin “popular” kerana kemampuan mereka menghafaz 30 Juzu’ Amma pada usia 3 tahun. Dan sekarang mereka sedang menghafaz surah-surah pilihan. Hebatkan ?

Hafaz 30 Juzu' Amma Darwisha-Islamic Parenting NetworkAdik Darwisha sedang membacakan surah Al Kahfi tanpa melihat mushaf.

Memang ramai ibu bapa yang hadir, ada yang hadir dengan anak-anak kecil seawal pagi. MasyaAllah, seronok tengok ibu bapa muda kini lebih terbuka dalam menerima Islam sebagai cara hidup. Apatah lagi untuk diserapkan kepada cahayamata mereka. Moga bertambahlah khalifah Allah yang berkualiti dimuka bumi ini, InsyaAllah.

Secara ringkasnya, seminar ini menerangkan kaedah yang sesuai digunapakai oleh ibu-bapa dalam proses untuk melatih anak-anak menghafaz Al-Quran sedari kecil. Ia sepatutnya dimulai seawal proses kehamilan iaitu pada 5 bulan dalam kandungan, apabila telinga dan pendengaran bayi telah mula terbentuk.

Seterusnya, Puan Lina juga menerangkan. bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang condusive untuk  anak-anak dalam mencerap ayat-ayat Al-Quran dengan mudah tanpa paksaan. Ini kerana kaedah penghafalan bagi dewasa dan kanak-kanak adalah berbeza.

Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu tentang jenis-jenis pelajar atau kecenderungan cara seseorang kanak-kanak itu belajar. Kanak-kanak yang berbeza kecenderungan memerlukan pendekatan yang berbeza juga untuk memastikan mereka mendapat impak yang maksimum. Antaranya :-

Visual : Cenderung belajar dengan cara melihat

Audio: Cenderung belajar dengan cara mendengar

Kinestetik: Cenderung belajar sambil bermain

Jadi ibu-bapa perlu mengenal pasti yang mana satukah ciri-ciri anak mereka sebelum memulakan pembelajaran.

Antara perkara lain yang dibincangkan adalah, toleransi haruslah wujud antara pasangan. Jangan terlalu berkira untuk saling membantu, seperti suami menolong isteri melakukan kerja-kerja rumah. Tetapkan juga siapa yang patut mengajar, menjadi “guru tetap” atau “guru sandaran”. Seelok-eloknya ambil satu waktu yang sama sebagai rutin pembelajaran setiap hari supaya anak-anak mudah mengikut dan bersedia.

Selain itu, turut dikongsi alat pembelajaran yang digunakan untuk mewujudkan “Quranic Environment” seperti flashcard, CD, VCD Juz Amma, VCD Surah Tabarrak dan cerita-cerita kartun berbentuk keIslaman.

Akhirnya sekali, majlis ini di turut diserikan dengan kehadiran Tuan Rojali Edris, suami kepada Puan Lina yang sama-sama memberi motivasi dan kata-kata semangat buat para ibu-bapa semua yang anak-anak kecil boleh dibentuk untuk menghafaz Al-Quran. Beliau juga memberi perangsang kepada bapa-bapa yang hadir supaya terus memberi sokongan kepada isteri dalam menjalankan misi membentuk khalifah muda.

Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar sehingga ke penghujung. Banyak yang dikongsikan dan banyak yang dibincangkan bersama. Buat yang berminat untuk mengetahui lanjut, boleh lah lawati laman web Islamic Parenting Network.

Sama-sama kita mencari Mahkota Syurga !

Salam Sayang,

 

Checklist Amalan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua,
Hari ni puasa yang ke -4 dahkan… Sebelum kita terlepas Ramadhan tahun ini, mari kita “usha” amalan-amalan yang sunat/wajib kita buat untuk dapat lebih ganjaran. Kalau sebelum ini, yang wajib pun kadang-kadang kita tak sempat buat, apa lagi yang sunat, makan bulan ni la waktu untuk kita tampal mana2 yang lompong tu. Dengan pahala yang berganda, keberkatan juga berganda apatah lagi dengan rahmat dan kasih sayang Allah nak bagi pada bulan yang mulia ini, mari kita rebut , manalah tahu entah-entah tahun depan kita dah tak berjumpa lagi Ramadhan .. moga2 lebih berkat hidup kita bukan saja di sini tapi di sana yang lebih kekal abadi.. amin

4.00 pagi

1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
3.Mandi dan membersihkan diri.
4.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

 4.20 pagi

1.Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

2.Solat sunat Tahajjud.
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

3.Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

4.Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.

5.00 pagi

1.Makan sahur
2.Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.


5.30 pagi

1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.

2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.

7.00 pagi

1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik.

2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati.

3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.

10.00 pagi

1.Sembahyang sunat Dhuha, Ia adalah sumber rezeki yang berkat kalau istiqamah diamalkan.

2.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran. Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. 
Contoh dosa-dosa : Mengumpat mengutuk,menyindir yang menyakitkan orang,bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dengan kerja

12.45 tengah hari

1.Bersiap untuk solat Zohor.
2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah.
3.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.

4.15 petang

1.Bersedia untuk solat Asar.
2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA

5.30 petang

1.Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur tanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!

6.30 petang

1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga”, merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.

2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka :

“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.”


3.Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.

4.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.

8.00 malam

1.Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh
2.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar. Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan)

11.00 malam

1.Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.
2.Berniatlah untuk puasa esok hari.
3.Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
4.Bacalah doa tidur :

“Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Sedekahlah Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt.
4 tahun yang lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan kawan baik saya (suami suka usik dengan panggil “kawan sebuaian” saya sebab dah berkawan dengan kawan ni sejak dalam buaian lagi .. :)  ), saya, suami dan seorang makcik duduk makan semeja. Sambil borak-borak kosong tu, dia ada bertanya tentang anak memandangkan, masa tu, saya pun baru saja hamil anak sulung 3 bulan kalau tak silap.

Makcik tu very nice and humble person. Sempat dia bercerita pada saya satu perkara yang sampai kini saya ingat. Semasa anaknya bersekolah dulu, ada seorang murid yang tahap kecerdasannya biasa-biasa sahaja, tidaklah begitu genius atau lemah sangat, tetapi apa yang menarik tentang anak ini ialah, dia begitu menghormati orang tua, mendengar cakap dan sangat sopan. Bak kata usop wilcha, “well behaved” hhehe (english edukesyen gitu ) . Semua guru suka dan sayang pada budak ni. Apabila guru kelasnya menanyakan kepada ibunya bagaimanakah didikan di rumah ? Ibunya menjawab bahawa semasa dalam kandungan lagi dan sehingga sekarang, setiap hari pasti ibunya akan menyedekahkan surah Al-Fatihah pada anaknya.. MasyaAllah. Hebat kan ?

Lalu, makcik tu pun berpesan pada saya, nanti lepas solat amalkan bacaan Al-Fatihah dan sedekahkan pada orang-orang yang kita kasihi. Berikan pada yang sudah tiada mahupun yang masih hidup. Ini supaya roh mereka sentiasa tenang dan mendapat keberkatan hidup dari Allah. Caranya :-

1. Pertama sekali hendaklah menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada langit dan bumi dan di ikuti bacaan surah.
2. Seterusnya bolehlah sedekahkan kepada sesiapa saja yang kita mahu dengan niat

“Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya (sebut nama dan bin/binti)”

cth : “Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya bapaku Abu Hassan bin Ali” dan teruskan dengan bacaan.

3. Dan jangan lupa sedekahkan untuk diri sendiri juga .. :)

Harapnya perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallahualam.

Owh kawan saya tadi tu dah pun ada anak 2, gegirl hehe.. comel-comel dan bijak belaka.. semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

A token of Appreciation

Salam ceria pagi Isnin,
Minggu lepas, selepas ROP checkup Bree, kami singgah ke NICU. “Rumah” Bree hampir 3 bulan disana.

Sebagai tanda penghargaan kami kepada staf-staf NICU Selayang yang bertungkus lumus menjaga budak tecit tu siang malam, maka saya buatkan sedikit buah tangan untuk mereka. Homemade Chocolate bertulisan “TQ 2 STAFF NICU SLYG” dengan filling Almond. Huruf “T” untuk staff tu terlebih pewarna tu yang nampak merah sikit hheheh..

Harapnya dengan hadiah yang tak seberapa ini, dapat membuatkan segala penat lelah mereka di hargai. Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi baik mereka.

Moralnya : Orang berbudi kita berbahasa .. :)

Baru saja bercerita tentang kematian, tiba-tiba..

Salam pagi Sabtu,
Sempat bangun solat Subuh tak tadi ? ke terlajak hehe.. Kalau tak sedar tak apa, bangun pukul berapa pun terus buat ye, jangan buat-buat tido bila dah dengar azan tu, no no no..

Baru je entry yang lepas saya cerita tentang apa yang kita akan buat bila kita tahu hari ini hari terakhir kitakan, tup tup, semalam saya mendapat perkhabaran sedih yang mana anak sahabat saya, bekas teman di office lama dulu, meninggal sebab demam. Ada virus pula dalam darahnya. Mengejut sangat sebab sakit tak lama. Mungkin dalam 2-3 hari saja. Aidan namanya, berumur lebih kurang 7 bulan.

Kawan saya ni, kitorang panggil Nolly je, orangnya ceria, putih dan kecil molek. Dulu-dulu saya suka dengar dia cakap kelate. Sajak benar dengan orangnya. Maklumla saya banyak juga kenalan dari Kelantan ni, dan suka dengar mereka dengan loghat kelate tu heheh..cumel.. Ok, fokus, fokus.. Saya pun tak kenal rapat dengan Nolly ni tapi kenal la sebab selalu terserempak kat surau dan lama-lama jadik mesra. Dia pun bertemu jodoh dengan rakan sepejabat juga. Sama cantik, sama padan.

Apa pun, mari lah kita ucapkan takziah dan doakan semoga Nolly dan suami serta kaum keluarga mereka, kuat semangat. Ini ujian Allah untuk hamba-hambaNya yang terpilih dan InsyaAllah nanti akan ada rezeki lagi. Buat arwah Aidan, si comel ini pasti menunggu mereka di pintu syurga dan jadi syafaat untuk kedua orang tuanya.

Bertabah ya Nolly n Izam..