Category Archives: Lain-lain

Tarik Minat Anak Untuk Cinta Ramadhan

Hari ini dah masuk hari ke 4 Ramadhan 1435 H. Macam mana anak-anak yang dirumah tu ? Bolehkah berpuasa ?

Ilham dan Rania masih dalam tempoh training. Sebelum masuk bulan puasa lagi, dah berkobar-kobar nak puasa penuh. Rania tahun ini dia sudah masuk ke tadika. Ilham pula darjah 1.

Tahun sebelum ini, Rania memang tak bangun sangat waktu sahur, Ilham sahaja. Tapi tahun ini, kami galakkan dia. Mudah pula dia bangun, tak banyak cerita macam abangnya. Setakat ini, Rania belum puasa penuh sehari pun lagi, tapi dah boleh tahan sampai ke tengah hari. Balik je sekolah, mulalah buat muka kesian, kelaparan. Paling lama sampai pukul 1.30 petang. OK lah tu, esok boleh cuba lagi.

Ilham pun belum lagi seharian penuh. Balik sekolah agama pagi, dah melepek. Tadi nak mandi nak segarkan badan, tapi bila keluar bilik air lain macam je segarnya. Ermm memang dah “selamat” lah tu. Tak apa lah, mereka masih dalam tempoh membiasakan diri. Kita galakkan terus.

Selain daripada galakan berpuasa ni, saya nak kongsikan beberapa aktiviti yang saya buat dengan anak-anak untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini. 

Antaranya ialah BERCERITA. Ye bercerita tentang kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Saya gabungkan cerita-cerita dari sejarah Islam, dari Al-Quran dan juga tentang keluarga kami. Setiap hari saya akan bercerita, jadinya saya sediakan 30 cerita untuk sebulan ini.

Tujuan saya buat begini, supaya anak-anak rasa seronok dengan bulan puasa. Supaya mereka boleh ingat tentang istimewanya Ramadhan, banyak kisah rupanya yang berlaku dalam bulan yang dimuliakan Allah ini. Supaya mereka rasa teruja sekaligus mengenalkan mereka dengan sejarah Islam, tentang kehidupan  mereka yang dikaitan bersama dalam bulan Ramadhan. Contoh  peristiwa penting adalah seperti dibawah ini.

Peristiwa Penting Bulan Ramadhan

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Bercerita?

Terpulang pada kesesuaian masa. Biasanya saya bercerita sebelum tidur setiap malam, atau sambil duduk-duduk selepas isya dengan anak-anak. Masa ini mereka dan tenang dan selesa. Jadi apa yang kita cerita tu, mereka senang nak dengar dan fokus.

Untuk panduan ibu bapa sekalian , dibawah ini list yang saya dah siapkan untuk saya bercerita dengan anak-anak. Ayah bonda bolehlah guna tambah, adjust apa yang patut. Satukan dengan cerita berkaitan anak-anak yang berlaku, pasti mereka sangat seronok. 

1. Apakah Ramadhan, apa hikmahnya berpuasa, niat

2. Bestnya Sahur

 3. Terawih

4. Nuzul Al-Quran 

4. Malam Lailatul Qadar

5. Kisah Rania ( saya alah teruk semasa mengandungkan dia dalam bulan puasa 2008) 

6.  Pahala dalam bulan Ramadhan

7. Perang Badar

8. Pembukaan Kota Mekah

9. Perang Ain Jalut

10. Perang Khandak

Seterusnya adalah cerita berkaitan keluarga yang berlaku dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah , diharapkan anak-anak kita akan merasa seronoknya berpuasa. Ramadhan akan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu. Dan InsyaAllah roh Ramadhan tu akan terserap dalam jiwa sanubarii mereka.

Moga anak-anak kita menjadi anak-anak dapat membantu kita di sana, Amin.

Selamat Berpuasa

Ragam Masuk Sekolah – Entri Yang Tertangguh..

Sepatutnya entri ini saya masukkan pada awal bulan Januari lepas. Tapi macam biasa, tak sempat.

Jadi hari ini, mood saya rajin tahap maksima banyak benda yang saya nak update. Rugi pula kalau tak dokumentasikan momen penting anak-anak. Harapnya suatu hari ini ia menjadi jurnal indah buat mereka bila di baca semula. 

Ok tahun ini, yang sulung Ilham dah masuk sekolah rendah, darjah 1. Dan dalam masa yang sama masuk sekolah agama juga. Jadi waktu pagi ke sekolah agama 8-11 pagi dan sebelah petang sekolah kebangsaa 1-6.30 petang. Kalau entri ini ditulis awal-awal hari tu mungkin saya tak perasan tapi bila dan dekat 2bulan Ilham melalui jadual begini saya perlu penambahbaikan.

 Sekolah Agama- homeschool

Bersiap nak ke tadika. Hensem juga budak ni, siapa nak buat menantu ? eceh !! 😀

Sekolah agama1

Bayangkan anak-anak balik sekolah agama pukul 11 hingga 11.30. Lepas tu nak bergegas pula ke sekolah rendah. Bagi Ilham oklah sikit sebab saya yang hantarkan. Pukul 12.50 baru gerak. Tapi bagi yang naik bas, pukul 12 tghari bas dah duduk terpacak depan rumah sambil pon-pon, memanggil. Bila masanya budak-budak ni nak mandi, makan. Pastinya terkocoh-kocoh. Balik sekolah kebangsaan pun dah dekat pukul 7. 

Ilham

Ilham happy dapat jumpa kawannya baiknya semasa di sekolah tadika dulu !

Sekejap lepastu dah nak maghrib, nak solat maghrib. Nak makan pula, lepas makan badan pun letih dan nak tidur. Kalau dulu pukul 10, Ilham masih lagi aktif melompat sana-sini. Sekarang pukul 9 dah melepek dalam bilik nak tidur. Bila masa nak buat kerja sekolah ? Mungkin dia masih darjah 1 jadi tak ada sangat pun homework, but still. Keadaan ini akan berterusan sampai darjah 6. Takkan lah sampai dajah 6 tak ada homework kot ? Ini yang merunsingkan saya. Mungkin ini situasi baru bagi saya, tapi rasa kurang selesa. Ini yang nak buat fulltime home school nih 😀

Rania

Posing sebelum ke kindy. Caca pun tumpang posing dengan botol susunya 😀

 

Okey, Rania pula. Dia excited masa 3 hari pertama masuk sekolah. Kami hantar dia ke sekolah tadika jenis Cina. Supaya dia boleh bercampur dengan bangsa lain disamping menambahkan lagi cabang pengetahuan bahasanya. Masuk minggu depannya, dia demam. 4 hari tak pergi sekolah. Hari ke-3 dia dah sihat sebenarnya tapi disebabkan saya ambilnya lambat sebelum ni, dia pun buat perangai. Menangis-nangis tak nak ke sekolah. Tapi lepas kena ayat pujukan power papanya dan saya pun berjanji untuk ambil awal, dia pun kembali ceria. Dan sampai sekarang semuanya berjalan lancar macam biasa. Bila balik rumah dia pulak sibuk mengajar si Caca a,b,c lah, perkataan cina dia lah. Sampai mak dia pun kena belajar sekali. Hai pening..

Rania&Ilham

Terbaikk !!

Takziah untuk kakak

Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat,
Petang semalam kami mendapat khabar duka, yang mana abang ipar Shahid Amir bin Abu Hassan, telah meninggal dunia setelah koma beberapa jam di hospital Ipoh akibat kencing tikus. Beliau baru berusia 40 tahun, pergi meninggalkan balu, kakak saya serta 2 orang anak perempuan 8 dan 6 tahun.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al fatihah untuk almarhum dan berdoa semoga di ampunkan segala dosa dan diterima semua amal kebaikannya… Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Alfatihah…….

Murahnyer harga !

 

Assalmualaikum Mommies,
Online Shop saya http://mybabysbucket.com/ sekarang sedang mengadakan sale untuk mommies sekalian. Harga telah dipotong serendah-rendahnya. Istimewa untuk followers dan kawan-kawan blogger semua, kos penghantaran adalah percuma untuk pembelian melebihi RM50. Nanti dalam remark tulis “blogger” ye. Memang murah giler lah! tak percaya? cuba click link dibawah.

  
p/s : Jangan lupa bagi sokongan pada saya yek. Terima Kasih :)

Followers sudah kembali , yeay !

Alhamdulillah,
Rentetan daripada post pagi tadi, followers sekalian sudah pun kembali. Ingatkan menghilang diri kemana tadi :) .

Mungkin blogspot sedang mengemaskini apa-apa function yang menyebabkan pengikut-pengikut tadi ghaib sebentar. Ok la tu.. happy bila dapat melihat mereka muncul semula. Baru semangat sikit nak update entry..

Follower sudah hilang !

Terkejut pula pagi ni bila semua followers di tab sebelah sudah hilang. Apa sudah jadi.

Cuba google tengok kalau-kalau ada jawapan. Salah satu cadangan yang diberi, cuba clear kan cookies dan buat post baru..

Ok now nak cuba.. harap-harap dapat restored balik.. amin