Category Archives: Kami

Petua dan Cara Nak Sembuhkan Sakit Mata Merah

Baru-baru ini, masa minggu kedua cuti sekolah pertengahan tahun untuk 2014, tak semena mena si kecil tu, Azeem kena sakit mata. Mulanya ada anak saudara yang datang bercuti, almaklumlah cuti sekolah. Jadi masa nilah nak berjalan-jalan. Duduk dallm 2-3 hari mata kiri mula merah dan gatal-gatal. Ingatkan kena batu, masuk habuk atau digigit serangga, tapi makin lama makin merah. Bawa dia pergi klinik dan ambil ubat. Tapi tak berapa nak surut. 

Selepas beberapa hari, Azeem pula kena. Tapi saya tak perasan sangat sebab matanya tak merah pun. Putih bersih je, cuma yang saya nampak banyak tahi mata. Sangkaan saya, panas je kut. Terfikir juga mungkin sebab menyusu sebab dia masih menyusu badan, tapi tiada apa yang berubah dalam diet seharian. Tapi memang nampak banyak tahi mata. Ada pernah sampai bangun pagi tak boleh  buka mata. Kesian sangat. Azeem pun start merengek. Sah ! Ini sakit mata !

Azeem Sakit Mata

Minggu terakhir kami pula balik ke kampung. Saja pulang bawa anak-anak untuk rasa pula suasana kampung. Dah lama juga tak balik.Boleh lah dorang tengok lembu, ayam, angsa di sana. Balik saja ke sini, mata Rania dan Caca dah start nampak sepet sebelah. Alamak ! Dah berjangkit pulak. Ilham , papa dan saya masih steady. Jumaat tu juga bawah mereka pergi klinik dan ambil ubat. Dapat antibiotik dan ubat saline untuk mata. Merah habis mata keduanya. 

Rania Sakit Mata

Minggu depannya dah start sekolah balik. Tapi Rania saya rehatkan. Dari sebelah jadi kedua-dua belah. Hari Selasa, Ilham pulak dah nampak tanda nak sakit mata. Last-last kedua-duanya saya cutikan selama seminggu. Kalau pergi pun cikgu suruh balik takut berjangkit pada yang lain.

Ilham Sakit Mata - Petua Nak Hilangkan

Jeng, jeng, jeng, kali ni turn saya pulak. saya kena lepas sehari Ilham kena, hari Rabu. Aduhhh panas, pedih, berair, sangat tak selesa. Dan saya rasa saya yang paling lama. Hinggakan saat entry ini ditulis pun saya masih sakit mata, tapi Alhamdulillah dalam proses penyembuhan. Suami pun kena tapi 3 hari dah ok. Cepat pula kuman sakit mata dia tu  lari huhuu. 

Sayalah yang paling lama, hampir 2 minggu. Bangun pagi, mata melekat je, nak bukak pun susah. Bengkak jangan cakaplah, warna purple je kelopak mata tu, macam pakai eyeshadow, mata pulak merah menyala. Memang saya kurangkan tengok skrin, mengadap laptop tu, tapi dah namanya duduk dalam era Internet ni, susah lah sikit nak “puasa” betul-betul. Blog vitamin saya pun paksa juga update walaupun pendek. Jemput baca entry terbaru saya tentang pengalaman dan tips menyusukan anak di bulan puasa. 

Petua dan Tips Cara nak Hilangkan Sakit Mata Merah

 Namun saya anggap sakit mata ni dugaan. Kali terakhir saya kena zaman sekolah rendah. Punya la lama. Takpe Alhamdulillah. Barulah kita rasa nikmatnya ada penglihatan yang baik sebelum ini. Itulah hikmah bila diberi sakit, supaya kita bersyukur. Kalau tak bersyukur lagi tak tahu lah.

Oh ya, bercakap pasal tips dan cara nak sembuhkan sakit mata yang merah, tu saya ada cuba petua orang tua-tua kita. Titiskan susu badan pada mata. Saya buat pada anak-anak, ALhamdulillah lepas beberapa hari nampak kurang dan akhirnya hilang. Buat juga untuk diri sendiri tapi nampaknya tak berapa menjadi. Mungkin sebab sendiri yang punya heheh, perlu cari susu ibu yang lain kut :-p. 

Pada sesiapa yang sakit mata tu, nak cuba petua ni boleh lah, disamping ubat titis yang doktor bekalkan. Sekarang ini, seisi keluarga dah sihat sepenuhnya, tinggal saya sajalah, biasalah hero memang lambat sikit nak menang. Lagi pun kasik can mak berehat lama sikit. Allah nak bagi pahala lebih, InsyaAllah. 

Doakan saya sembuh segera ya! Aminnn… 

Pedoman Untuk Ibu Bapa ~ Cerita Yang Menakutkan

Keluarga Islam - Blog Homeschooll

Ehsan Google

Kisah yang bakal saya ceritakan pada entry kali ini,  memang agak mengejutkan dan menakutkan tapi sangat bagus untuk dijadikan pengajaran buat kita sebagai ibu bapa dalam membentuk fikiran anak-anak dan generasi akan datang. 

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar beriadah ke satu kawasan air terjun berhampiran. Disebabkan saya masih dalam pantang, (orang dalam pantang pun nak ikut sebab dah 30 hari duduk dirumah, boring katanya ngee) , jadi saya hanya duduk berehat-rehat sahaja sambil melihatkan telatah anak-anak dan suami bermain air. Sesudah hampir 2 jam mereka bermandi manda, kami pun mula beransur untuk makan tengahari dan mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah restoran makanan segera memandangkan menu disitu ada disediakan nasi. 

Sengaja kami pilih tempat itu disebabkan adanya sudut taman permainan kecil untuk anak-anak, jadi dapatlah mereka ber”happy-happy”. Ilham dan Rania memang awal-awal lagi meluru ke sana sementara kami memilih meja yang berhampiran. Di sudut permainan itu juga ada seorang kanak-kanak perempuan yang dalam lingkungan 8-9 tahun sedang bermain. 

Saya perasan di tangan kanak-kanak perempuan tersebut ada sebuah Ipad. Okeylah itu sudah jadi pemandangan biasa. Dan saya nampak dia memasang suatu applikasi  video dan mengajak Ilham dan Rania menonton bersama. Pada hemat kami, ianya mungkin sekadar game budak-budak, jadi kami biarkan saja. 

Sedang kami berdua leka menjamah hidangan, tiba-tiba bahu suami dicuit seorang wanita berbangsa Cina.

” Eh yang rambut pendek tu anak you ka “? sambil menunjuk ke arah Rania

“Ya” kata suami

” Itu diaorang tengah tengok cerita orang make love ooo “

“Haaa… ” terkejut kami .

Suami lantas pergi memeriksa dan  kami benar-benar terkejut ! Astaghfirullahalazim, mengucap panjang suami..  memang cerita “tersebut” yang dipasang oleh kanak-kanak perempuan itu. Suami menarik Ilham dan Rania dan mengarahkan budak perempuan tersebut menutup applikasi itu. Kami cari-cari juga jika nampak ada pasangan melayu disitu tapi tidak ternampak pun kelibat yang seakan ibu bapanya. Kami cepat-cepat menghabiskan makanan dan beredar. 

Sepanjang perjalanan pulang, kami bersembang tentang hal yang baru berlaku tadi. Tak tercapai dek akal kami, bagaimana kanak-kanak yang sementah itu boleh menjadi “sangat bijak” memainkan video sedemikian. Pastinya Ipad tersebut kepunyaan ibu atau bapanya yang memuat turun applikasi tersebut dan menyimpannya disitu.

Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi pada kanak-kanak ini bila ia menjadi biasa pada pemandangannya ? Bagaimanakah perkembangan emosi dan mentalnya ? Lama-lama kelamaan bila sudah terlalu banyak didedahkan dengan anasir yang tidak bermoral seperti itu, tidak mustahil untuk dia pula mencuba. Nauzubillah, jauhikan kita dan anak-anak kita dari perkara tersebut.

Persoalannya, dimana pengawasan ibu bapa itu sendiri ? Dimana ibu bapanya ? Dan mengapa perlu menyimpan video yang sudah pastinya memberi kesan negatif kepada perkembangan minda dan sahsiah anak ?  Dan perlukah ibu bapa menonton cerita-cerita sebegini ?

Tolonglah para ibu bapa sekalian, kitalah sebenarnyalah yang mencorakkan masa depan anak-anak. Kita mempunyai kuasa dalam mendidik dan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilihat, dibuat. Berilah teladan yang baik supaya mereka bakal menjadi insan yang berkualiti pada diri sendiri, negara dan agama kita. Bukan menjadi remaja yang rendah moralnya. Semoga cerita ini menjadi pedoman buat kita semua. Sila ambil tahu tentang anak-anak kita, kerana mereka ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapanyalah yang mencorakkannya. 

Selamat Mendidik Anak-anak Syurga

p/s : Kasihan saya dengan budak perempuan tadi, sehingga balik kerumah pun saya asyik memikirkannya. Apa akan jadi padanya ? Kita doakan yang terbaik buatnya

Sakit Itu Rahmat

As Salam semua,

Apa kabar ? harapnya sihat sejahtera sekeluarga.

Sejak 2 minggu yang lepas, kami anak-beranak asyik sakit-sakit je. Mula-mula Bree kena cirit birit, muntah-muntah sampai masuk Hospital Sg.Buloh. Mamanya kena la temankan 3 hari 2 malam “bercuti” di hospital. Penatnya bukan main. Maklumlah, kejap-kejap kena jaga, nurse nak amik darah, pressure la dan segala macam benda lagi. Tido pun dlm sejam dua aje adehh…. Bree pulak jap-jap kena tukar diaper, ye la dah cirit kan.. hari ke-3 mamanya dah sangap habis, mintak juga discharge walaupun Bree kurang sihat lagi. Paling kurang ada suami yang boleh membantu. Sampai je rumah.. terus tido .. sampai 9 pagi esoknya! 12 jam marathn tido tanpan henti.  Memang blackout sungguh2… ya Allah kena la qada Subuh.

Sekarang Bree dah sihat, papanya pulak masuk wad sebab diarrhea yang teruk. Hari ini kena buat scope (untuk check dalam perut). Owh 3 hari lepas, anak ke 2 demam pulak. Panas sangat. Tapi 2 hari lepas tu dah ok.

Tak apa, yang penting mama dia sihat boleh jaga semuanya. Mom is always strong kan. Walau apa pun saya percaya sakit itu rahmat, kerana dengan sakit, kita lebih ingat akan Dia, dengan sakit terhapus sedikit dosa dan dengan sakit kita lebih menghargai waktu kita sihat. Make the most out of each day because tomorrow is not a promise.

Salam Sayang .