Category Archives: Gross Motor

Apa Ada Pada Susun Kasut ? Aktiviti Home School

Susun kasut. Pada kita yang dewasa tua bangka ni, setakat susun kasut tu .. eleh tak de menda kan. Sebelah tangan pun bleh buat. Apalah ada pada susun kasut ni. Simple present tense punya keje !

Tapi, tahu tak yang sebenarnya aktiviti menyusun kasut ini adalah satu aktiviti yang dapat merangsang perkembangan minda dan fizikal anak ? Bagaimana ? Jom tengok apa manfaatnya aktiviti ini pada anak-anak kita

1. Disiplin – Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan pada diri anak-anak. Kalau kita biasakan mereka dengan menyusun kasut, lama-kelamaan mereka akan terbiasa untuk meletakkan sepatu masing-masing secara lebih tersusun semasa keluar dan masuk ke rumah. Tak adalah berselerak kan. Secara tidak langsung, kuranglah sikit beban mak ni ha. Bolehlah bermuka buku lama sket 😀

2. Koordinasi Tangan dan Mata– kasut yang disusun haruslah selari dan elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meingkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan masing-masing. Jika selalu melakukannya, maka akan lebh mahir.

3. Padanan– kasut harus disusun mengikut saiz, warna dan jeniskan. Dari sini, mereka belajar memadankan mengikut kesesuaiannya diatas. Ia juga berkaitan dengan koordinasi tangan dan mata tadi

4. Sabar – walaupun nampak ia perkara yang mudah, tapi kalau banyak kasut, geram juga jadinya kan. Jadi, pelajaran lain yang mereka dapat daripada aktiviti ini adalah SABAR.

5. Kerjasama– disebabkan aktiviti ini dilakukan oleh Rania dan Caca, maka mahu tak mahu mereka harus bekerjasama. Apa yang penting ? KERJASAMA !

Aktiviti Susun Kasut Home School

Dan akhirnya, SIAP ! Alhamdulillah. Mission accomplished ! So mak ayah sekalian boleh lah cuba aktiviti ini dirumah ya. Sebenarnya banyak benda yang boleh kita belajar dari alam sekitar.

The world is our classroom ! Selamat mencuba :-)

Trick Supaya Anak Makan Sayur dan Sokongan Tingkatkan Self-Esteem

Salam Keceriaan,

Ahad seminggu yang lepas, tadika Ilham menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Beberapa hari sebelum itu, Ilham memang excited sangat. Hari-hari tanya bila hari sukan tu.  Adiknya si Rania pun serupa. Maklumlah, kartun kegemaran mereka, Upin-Ipin pun ada episod tentang Sukaneka ni.

Ilham setiap kali waktu makan mesti akan bercerita apa yang dia akan buat waktu hari sukan nanti, nak lari laju-laju dan buat yang terbaik untuk dapat tempat pertama. Rania pun sama, becok mulutnya dengan itu dan ini. Dan semasa inilah juga kami masuk jarum. (^_-)

Ilham ni, susah sangat nak makan sayur, sampai kena paksa. Dia hanya suka makan sosej, nugget dan sosej dan sosej lagi. Makan pun kena paksa.  Jadi alang-alang dia dah ada impian nak jadi juara, maka bapa dia pun apalagi. Ikuti dialog mereka :-

Ilham: Papa, nanti Ham nak lari laju-laju , nanti boleh dapat no. 1

Papa: Kalau nak dapat no.1, kena la jadi kuat, kalau nak jadi kuat kenalah makan SAYUR. Kalau tak nanti lembik macam mana nak dapat no.1 ?

Ilham: Ye ke ?(sambil muka mencebik)

Papa: Yelah. Orang kuat-kuat semua makan sayur dengan buah baru sihat. Baru boleh jadi juara !

Ilham: Ok lah, Ham makan, tapi sikit je.

Papa: Ha macam tu la. Sikit-sikit nanti lama-lama banyak. Ham nak jadi hebatkan ?

Ilham: Ermmm (lemah je bunyinya sebb kena psiko makan sayur :D)

Umpan dah mengena! Ngeee.. Walaupun sikit tapi itu satu permulaan yang bagus. Nampak tak apa yang kami sedang buat. Dorong mereka buat benda yang mereka tidak suka dengan imbuhan yang mereka suka. Dalam hal ini, Ilham tak suka makan sayur tapi nak jadi kuat. Kami kata, nak jadi kena makan sayur, jadi nak tak nak, dia perlu makan juga.

Berbalik pada cerita sukan tadi, pada hari tersebut, kami bangun awal, bersiap-siap untuk pergi temasya sukan tersebut. Macam biasa sukan dimulakan dengan doa, bacaan ikrar dan lagu negaraku.

Tengok anak berbaris, teringat pula memori diri sendiri semasa hari sukan sekolah zaman dulu-dulu. Macam ini lah juga. Cepatkan masa berlalu, kini saya sendiri sudah mempunyai anak sebesar ini.

Ilham diletakkan dalam rumah Merah. Ada 3 pasukan yang bertanding, Rumah Merah, Kuning dan Hijau. Macam-maca acara ada, seperti biasa, Ilham sememangnya aktif menjuarai hampir kesemua acara. Tetapi disebabkan acara ini berkumpulan maka ianya sebenarnya hasil usaha bersama. Ibu-bapa yang hadir turut memberi sokongan. Terjerit-jerit si ibu menyuruh anaknya berlari laju :D. Dapat lihat, suasana amat meriah sekali,seolah-olah ibu-bapa yang bertanding 😀 .

Rania dan Caca pun turut teruja. Dengan warna-warni belon, lagu-lagu yang rancak dengan cuaca yang tidak begitu panas memeriahkan lagi keadaan. Akhir acara, ada pertandingan kaum Bapa, kaum Ibu dan Berpasangan (suami isteri/anak ibu/anak bapa).

Saya calonkan nama suami untuk pertandingan kaum Bapa. Saja si suami buat-buat kalah sebab dia dah penat :D. Untuk acara Berpasangan pula, saya calonkan  nama papanya dan Rania. Aktivitinya membanling bola pingpong masuk ke dalam cawan. Siapa yang boleh masukkan dulu, dia memang. Dan yeay, kami menang !.

Memang penat tapi menyeronokkan hari itu. Lainkali boleh join lagi..

Ini gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.

 

2013-03-10-066

Ilham bersedia untuk acara gelung.

2013-03-10-071

Berlepas !

2013-03-10-074

Hepi !

2013-03-10-089

Papa dan Rania dalam acara berpasangan.

2013-03-10-092

Ilham dengan medalnya. Seronok sangat dia!

2013-03-10-095

We are the champion !