Category Archives: Food

Cooking Time with Kids: Karipap Ayam

Salam Semua,

Dah lama tak tulis cerita pasal makankan. Maklumlah, masak yang biasa-biasa saja, jadi tak banyak yang dapat diceritakan.

Kebelakangan ini, banyak juga aktiviti ‘memasak bersama anak’. Memasak bersama mereka ni tersangatlah menuntut kesabaran yang tinggi tahap dewa. Semua benda nak dibuat, nak dipegang, nak dirasa. Silap-silap memang hancuslah resepi mak, nak. Sekali pandang, memanglah nampak rimas dan melambatkan kerja tapi di ruangan inilah juga mereka akan banyak belajar, mengutip pengalaman dan mengasah bakat terendam.

Disebabkan sudah agak lama tak makan karipap buatan sendiri, maka pada minggu lepas, bermulalah acara membuat karipap. Intinya saya siap-siap sediakan. Cuma tinggal proses membuat kulitnya saja. Masuk saja bab menggelek doh dengan roling pin, anak-anak dah mulalah excited.

Paling mereka suka ialah aktiviti menggelek dan kemudian menekap dengan acuan binatang kesukaan. Acuan tersebut memang saya beli untuk tujuan mereka membuat biskut mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Jom layan gambar-gambar mereka dibawah.

Menekap Acuan untuk Homeschool

Excited sangat dengan rolling pin tu

 

Menekap Acuan Pada Doh Karipap

Acuan biskut animal shape

Cooking Time : Menekap Acuan untuk Homeschool

Ilham sedang mencuba skillnya…

Cooking Time for Homeschool Sayang diSayang

Dah jadi pun!

Ini pula resepinya.

Karipap Ros Sedap
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 – 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit

garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.  Sementara itu boleh buat inti karipap.

Resepi Kredit to : http://sue-hasue.blogspot.com

Cooking Time for Homeschool Sayang diSayang

Hasil tangan anak-anak dan mak anak :)

Selamat mencuba bersama anak-anak tercinta ! Jangan lupa kongsikan hasilnya ya :)

 

A token of Appreciation

Salam ceria pagi Isnin,
Minggu lepas, selepas ROP checkup Bree, kami singgah ke NICU. “Rumah” Bree hampir 3 bulan disana.

Sebagai tanda penghargaan kami kepada staf-staf NICU Selayang yang bertungkus lumus menjaga budak tecit tu siang malam, maka saya buatkan sedikit buah tangan untuk mereka. Homemade Chocolate bertulisan “TQ 2 STAFF NICU SLYG” dengan filling Almond. Huruf “T” untuk staff tu terlebih pewarna tu yang nampak merah sikit hheheh..

Harapnya dengan hadiah yang tak seberapa ini, dapat membuatkan segala penat lelah mereka di hargai. Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang. Hanya Allah SWT yang dapat membalas budi baik mereka.

Moralnya : Orang berbudi kita berbahasa .. :)

Projek Hujung Minggu


Assalamualaikum semua,
Apa macam hari Isnin ni ? Ada yang kerja tapi ramai yang masih bercutikan sempena cuti ganti Hari Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agong.

Ha, hari sabtu, maka berjalanlah projek hujung minggu yang memang dah lama teringin nak buat. Dok usha usha gambar je sebelum ni, so hari sabtu tu saya teruskan niat membuat projek yang satu ini. Nak tau buat ape.. hehehe.. Cinnamon Roll.. yeah.. ok tak nak cakap banyak. Sila jamu mata dengan gambar-gambar kat bawah

sebelum di masukkan kedalam oven. susun atas dulang

dah siap dengan frosting cream cheese.

Buat sendiri puas hati. Rasa pun not bad (puji sendrik pulak hehe). Nasib suami suka, cuma anak-anak nampak pelik sikit benda ni sebab dorang tak pernah makan hahah.. Tak pe, mama buat roti yang lain pulak ye .. hehe

Resepi ni saya dapat daripada blog Kak NorMasri, otai bab masak memasak dalam forum cari. TQ kak Noor. Selamat mencuba. .. :)

Cinnamon Rolls

Bahan:

Doh

100 ml air
200 ml susu segar
55 g mentega
48 g tepung superfine
1 biji telur
10 g gula
3 g garam
550 g tepung high protein
7 g yis segera
1 sudu kecil esen vanilla

Inti

55 g mentega
125 g gula perang
9 g serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

Topping

112 g cream cheese – dibiar pada suhu bilik
55 g mentega
80 g gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan doh, uli sehingga licin.

Perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda

Tumbuk dan canai menjadi segiempat berukuran 17×10 in. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang dan cinnamon. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi 16 ketul berukuran 1 in setiap satunya.

Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda atau selama 45 min. Sementara itu buat topping dgn mencampurkan semua nya dan kacau sebati.

Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan topping atasnya.Sedia utk dimakan.



Homemade Chocolate – Projek terbaru

Salam semua,
Sekarang ni dah ramai kan orang yang buat homemade chocolate tu. Mula-mula tengok tu .. wahh memang kagum habis dengan hasil seni tangan-tangan yang membuatnya. Dengan warna yang indah-indah dan corak yang menawan. Di tambah pulak dengan perasa serta filling yang urmpppphh… tak tau nak cakap kesedapannya.. So, aku pun ambil kesempatan ni belajar jugak. maka terhasil lah chocolate-chocolate yang di bawah.

Jangan tak tahu, dah ada orang order tau hehe.. Alhamdulillah, dapat la duit poket sket. Disamping menambah ilmu. Pada sesiapa yang nak order tu jangan segan-segan ye.. sila-sila lah cuci mata dulu. Owh sebelum terlupa .. ada promosi untuk bulan ini..apa dia .. :-

This month is a birthday month for most of our family members. I hereby would like to announce Birthday Promotion! from today till 30th May 2011. 

With every purchase of 200 chocolate in casing/lollichoc/oreo choc, you will get 5 extra of the same chocolate design for FREE.

For customized chocolate in box,  price for ribbon will be waived (^_^)

*box price will be included
Hurry place your order while stock last ! 

Untuk harga dan tempahan boleh lawati :-
jangan lupa bagi sokongan yek.. tq (>_<)

Mee chinese style ?

Ha, balik je dekat2 area umah, aku pun decide nak makan kat satu restoran Cina Muslim ni. Ni 2nd time makan kat sini. Restoran ni baru je beroperasi. Food dia boleh tahan gak la dgn rege dia. Tak mahal tak murah. Sedang2.. dan ada rasa. Cuma kena pandai pilih. Masa 1st time dulu aku order ape ntah. Mcm makan mee yg halus tu dia taruk kicap jek .. huh tak best langsung. Tapi asben aku order nasik kam heong sedap pulak.
Ni gamba restoran tu. Ok jugak interiornya. Salah satu menu dia, nasik itik. Boleh pilih nak peha atau kepak. Rege lam area RM12- RM15 rasanya. ada bran ? 😀

 
Ni makanan aku. Nama dia .. err err.. aku lupa heheh sorii .. susah betul nak ingt sebb ada nama2 chinese sket. Basically makanan ni ada koey teow dgn mihun yg halus2 tu digoreng. Pastu campo kuah.Ada sampah sarap sket  mcm udang, fishcake, sayur2 (fresh). Best ! Rege pun tak mahal . Dlm RM6 semangkuk. Kenyang ! Alhamdulillah.

Sebelum balik tu sempat jugak amik gamba depan kedai ni. Dah nak tutup sebb to dorang switch off lampu depan tu ..