Category Archives: Fine Motor

Apa Ada Pada Susun Kasut ? Aktiviti Home School

Susun kasut. Pada kita yang dewasa tua bangka ni, setakat susun kasut tu .. eleh tak de menda kan. Sebelah tangan pun bleh buat. Apalah ada pada susun kasut ni. Simple present tense punya keje !

Tapi, tahu tak yang sebenarnya aktiviti menyusun kasut ini adalah satu aktiviti yang dapat merangsang perkembangan minda dan fizikal anak ? Bagaimana ? Jom tengok apa manfaatnya aktiviti ini pada anak-anak kita

1. Disiplin – Inilah nilai utama yang dapat kita terapkan pada diri anak-anak. Kalau kita biasakan mereka dengan menyusun kasut, lama-kelamaan mereka akan terbiasa untuk meletakkan sepatu masing-masing secara lebih tersusun semasa keluar dan masuk ke rumah. Tak adalah berselerak kan. Secara tidak langsung, kuranglah sikit beban mak ni ha. Bolehlah bermuka buku lama sket ūüėÄ

2. Koordinasi Tangan dan Mata– kasut yang disusun haruslah selari dan elok susunannya. Disinilah mereka belajar untuk meingkatkan kemahiran koordinasi mata dan tangan masing-masing. Jika selalu melakukannya, maka akan lebh mahir.

3. Padanan– kasut harus disusun mengikut saiz, warna dan jeniskan. Dari sini, mereka belajar memadankan mengikut kesesuaiannya diatas. Ia juga berkaitan dengan koordinasi tangan dan mata tadi

4. Sabar – walaupun nampak ia perkara yang mudah, tapi kalau banyak kasut, geram juga jadinya kan. Jadi, pelajaran lain yang mereka dapat daripada aktiviti ini adalah SABAR.

5. Kerjasama– disebabkan aktiviti ini dilakukan oleh Rania dan Caca, maka mahu tak mahu mereka harus bekerjasama. Apa yang penting ? KERJASAMA !

Aktiviti Susun Kasut Home School

Dan akhirnya, SIAP ! Alhamdulillah. Mission accomplished ! So mak ayah sekalian boleh lah cuba aktiviti ini dirumah ya. Sebenarnya banyak benda yang boleh kita belajar dari alam sekitar.

The world is our classroom ! Selamat mencuba :-)

Jom Buat Kraf Kincir Angin Tangan !

Minggu lepas, kami berpeluang pergi ke kedai buku dekat dengan rumah. Tujuannya untuk membeli beberapa peralatan untuk projek homeschool. Maklumlah budget kecil aje jadi kena beli sikit-sikit. Rancang dulu apa yang nak dibuat baru beli alat. :)

Sampai di kedai, Ilham pun apalagi, habis meronda satu kedai buku. Terus dia tangkap buku kartun kegemarannya, BoBoiBoy ! Aduhh.. mulanya tak nak beli pun sebab  rasa-rasa macam tak ada faedah. Tapi sebenarnya bila anak dah minat buku, itu satu petanda baik, dari situ kita boleh galakkan mereka belajar membaca. Mana yang dah pandai baca tu dapat tingkatkan lagi skill kan. Daripada layan kartun di televisyen, baik baca buku. Otak pun berkembang. So bolehlah !

Balik rumah, mak dia pun belek-belek , ok juga. Ada sudut kraf, buat kincir angin tangan. Jadinya beberapa hari lepas tu, kitorang sama-sama mulakan projeknya. Bahan-bahannya mudah.

Bahan-bahan :

1. 1 helai kertas tebal
2. Pensel yang ada pemadam di atasnya
3. Paku tekan (kalau yang berwarna warni lagi cantik)
4. Pembaris
5. Gunting

Cara-caranya macam dalam gambar di bawah. :-Kraf Kincir Angin Tangan Homeschool

Sayang Disayang Homeschool

1. Potong kertas tebal menjadi empat segi sama.

 

Sayang Disayang Homeschool

2. Lipat kertas secara perpenjuru. Ulang balik di penjuru yang lain

3. Tandakan pertengahan kertas. Tandakan gaisan lipat sehingga 1 inci dari titik tengah

4. Potong garisan yang telah ditandakan.

5. Lipatkan pepenjuru  ditengah secara berselang seli.  Setelah itu lekatkan kincir angin di pemadam pensel dengan paku tekan.

Kraf Kincir Angin Tangan

Dah siap !

Selamat Mencuba Kawan-kawan.

 

Bead Lacing

Assalamualaikum wbt,

Dua minggu yang lepas, kami cuba satu aktiviti baru. Bahasa Melayunya saya kurang pasti (bila diterjemah bunyinya agak pelik D ) tetapi Bahasa Inggerisnya dipanggil ‘bead lacing‘.

(Peringatan: Permainan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun kerana mereka memang tersangatlah berminat dengan warna sampai akan memakannya.)

Benang Bermanik

Bahan-bahan yang diperlukan, ringkas sahaja:-
1. Benang sulaman/ tali yang potong mengikut panjang yang diperlukan
2. Manik yang berwarna-warni

Langkah-langkah:-
1. Buat beberapa simpulan mati pada hujung benang untuk mengelak daripada manik terkeluar
Tips: Celupkan hujung benang satu lagi ke dalam lilin yang dicairkan supaya ianya keras dan senang untuk memasukkan manik

2. Mulakan proses memasukkan manik satu persatu membentuk satu rantaian.

3. Panjangnya, biar anak yang tentukan. Bila sudah siap, bolehlah mengikat kemas hujungnya. Ia boleh dijadikan gelang tangan, rantai atau dibuat perhiasaan di bilik anak-anak.

Bead Lacing

Rania dengan tekunnya cuba memasukkan manik ke dalam benang

Nampak sempoi je kan, tapi sebenarnya banyak kebaikan yang boleh didapati daripada aktiviti sebegini . Antaranya adalah seperti dibawah:-

1.  Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Ini penting untuk menyediakan mereka dengan kemahiran seperti menulis, menggosok gigi dan membutang baju.

2. Menajamkan koordinasi mata dan tangan serentak.

3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka

4. Mengenal warna dan bentuk.

Bead Lacing

Tadaaa, Rania dan Ilham berjaya menyiapkannya !

Rantaian yang sudah siap tadi ada yang panjang dan ada yang pendek, ada yang diikat pada katil oleh Ilham dan ada yang dijadikan rantai oleh Rania. Tapi akhirnya berjaya juga ¬†ditarik dan “dimusnahkan” oleh Raisya. Arghhhh…. Tak apa, lepas ni kita cuba lagi ya. Rania .. ¬†ūüėČ

Bead Lacing

Eh, saya tak bersalahlah …

Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor

Salam Sejahtera semua.

Hampir seminggu bercuti dari menulis di blog. Ada masalah dengan connectivity internet. Alhamdulillah hari ini, semuanya sudah pulih, jadi mari teruskan misi menambah ilmu :)

Pasti semua tahu tentang playdoughkan. Saya percaya kita semua suka dengan plastisin ni.  Sememangnya bermain playdough atau bahasa biasanya plastisin, adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bukan kanak-kanak saja yang suka, kita yang dah terlebih usia ni pun teruja. Betul tak , betul tak ? hehehe.  Boleh buat bermacam-macam benda dengan playdough ni, tambahan pula dengan variasi warna yang pelbagai. Siapa yang tak tertawan  ;). Jadi tajuk entry kali ini ialah Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor

Salah satu aktiviti yang saya sediakan untuk anak-anak adalah dengan membuat bentuk huruf dengan menggunakan bahan ini. Saya biarkan mereka melakukan aktiviti ini dengan kreativiti mereka sendiri. Mahu dibengkokkan dengan cara bagaimana, warna apa yang ingin digunakan, serta susunan huruf itu sendiri mereka yang tentukan. Ternyata mereka memang suka! Selain daripada mengenal huruf, permainan ini sebenarnya meningkatkan kemahiran motor halus mereka atau fine motor. Sesuailah dengan tajuk kita,¬† Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor. Tanpa kita sedari, mereka sedang berusaha meningkatkan penguasaan dan pergerakan terhadap jari jemari mereka. Otak, mata dan tangan mereka berkoordinasi antara satu sama lain untuk membentuk “arca” yang diinginkan.

Jangan sesekali kita memaksa mereka mengikut idea kita, kerana apa yang mereka hasilkan adalah daripada daya kreativiti dan idea mereka tersendiri. Hormati, dan berikan galakan untuk mereka teruskan. Dengan cara ini juga akan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam membuat sebarang keputusan kelak.

Selain daripada membentuk huruf atau nombor, kita juga boleh sarankan mereka untuk membuat model binatang, pokok dan lain-lain lagi. Tapi awas, playdough ini tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah usia 2 tahun. Dikhuatiri dek kerana terlalu colorful, ditambah pula dengan teksturnya yang lembut, akhirnya playdough ini menjadi santapan lazat mereka. Pastikan ada pengawasan penjaga atau ibu bapa jika kanak-kanak dibawah usia ini bermain plastisin.

Playdough: Meningkat Fine Motor Skill

Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor Skill

Jadi itu saja untuk entry kali ini, Selamat Berkreatif dengan anak-anak tersayang :) !

 p/s: Playdough ini boleh didapati dalam warna yang pelbagai dengan harga yang murah dipasaraya besar. Cepat-cepat dapatkannya.

Post untuk entry Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor