Category Archives: Bree’s Update

3 Years of Survivor Raisya – si Pramatang Yang Aktif

Sebenarnya post ni saya nak publish pada 14 Feb yang lepas tapi tak sempat (sibuk nak cari gambar Caca terbaru heheh ). Ok, sekarang dah boleh realease. Jemput baca :-) 

Diam-diam, hari ini sudah 14 Feb 2014. Mungkin ada di antara kita yang sambut valentine. Bagi kami, ya kami sambut juga tapi bukan Valentines, hari ini adalah hari ulangtahan kelahiran Raisya Sabreena, bayi pramatang yang dilahirkan pada usia kandungan 25 minggu pada 14 Feb 2011 lalu,  hari ini kini telah genap 3 tahun.

Syukur Alhamdulillah.. kami tidak menyangka dia boleh “survive” sekuat ini. Bukan mudah dugaan yang di laluinya, banyak komplikasi dan masalah lantaran dilahirkan pada usia yang terlalu muda. Tapi Allahlah yang Maha Berkuasa. Dia yang mengaturkan segal-galanya.

Raisya Sabreena kini membesar menjadi anak yang “cheeky”, sihat, lincah, aktif dan nakal juga. Terima kasih ya Allah. Owh hari ini kami akan pergi bercuti-cuti seketika, memandangkan esok juga, hari ulang tahun papanya pula :-)

Ok, doakan Caca (nama manja Raisya) menjadi anak yang sihat sejahtera dan solehah di dunia dan akhirat jua. Aminn..

Nak tahu apa yang terjadi pada Caca dulu ? Baca disini ya 

Caca 3 years - premature baby 25  minggu

Kami Sambut 14hb Februari !

Ada sebilangan kita yang menyambut 14hb sebagai hari Valentine kan, hari berkasih sayang untuk pasangan kekasih, hari keluar berdating dan berkongsi hadiah disamping meluah  rasa isi hati jiwa raga dan lain-lain lagi yang mushy-mushy.

Kami pun sambut juga, tapi bukan sebagai hari Valentine, tapi hari memperingati sejarah ulangtahun kelahiran puteri yang ke-2 tahun! Kelahiran yang penuh detik cemas, dramatik, dan air mata. Bayi ini yang dijangkakan hanya 50-50 peratus sahaja peluang untuk hidup kerana kelahirannya yang terlalu kecil dengan pelbagai komplikasi akibat pramatang yang ekstrem.

Kisahnya meruntun jiwa ramai yang membaca dan tak putus-putus doa dikirimkan untuknya. Semuanya kami rakamkan di sini dan di sini

Segala puji dan syukur kami kembalikan hanya padaNya, Alhamdulillah untuk segala-galanya !

Owh, kami sekalikan sambutan hari lahir Papanya juga yang kebetulan jatuh pada keesokan harinya 15hb Februari. It’s double joy! Semoga keduanya dirahmati selalu, panjang umur dan dikayakan dengan rezekinya yang halal. Aminnn…

Happy 2nd Birthday

Happy B’day ke-2 Tahun Caca !

Sayang Disayang Homeschool

sedang menikmati makanan, tak sempat posing !

Birthday Girl

Dah pandai suap sendiri (walaupun bersepah huhuh)

Homemade Lasagna

Happy Birthday Papa Sayang !

Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tajuk di atas nampak gempakkan, Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah. Selain itu, pernah tak anda dengar tentang berita yang keluar di tv atau suratkhabar tentang bayi berusia sekian-sekian bulan atau kanak-kanak kecil mampu untuk membaca, menyelesaikan masalah matematik atau yang seumpamanya dengannya. Apa yang kita terfikir ? Wah, geniusnya budak ni ! Kita pun berharap-harap yang anak kita sendiripun akan jadi genius macam tu tapi ….

Sebenarnya semua anak-anak kecil malah bayi yang baru saja dilahirkan sebenarnya sudah GENIUS. Betul ke? Bercakap pun belum pandai, poo-poo pun masih dalam lampin, genius macam mana pulak? Ok mari kita lihat fakta.

Mengikut kajian sains ke atas umur kanak-kanak 0-3 tahun  :-

  • semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak
  • otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.
  • otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa
  • mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.

Untuk lebih memahami mari lihat pula diagram dibawah :-

Synaps Dalam Otak Kanak-kanak 0-3 TahunDiagram di atas menunjukkan kepadatan synaps (jaringan atau hubungan) yang terhasil dalam otak kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding seorang dewasa.

Apa pula synaps ni ?  Synaps adalah jaringan yang terbentuk apabila sel-sel otak yang dikenali sebagai neuron di hubungkan dengan neuron yang lain dalam otak. Synaps inilah yang berperanan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Jika neuron-neuron ini tidak dihubungkaitkan atau jarang digunakan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya,jaringan synaps yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal. Bagaimana untuk mencetuskan synaps dan menjadikannya kekal ? Jawapan adalah melalui stimulasi yang konsisten.

Jadi pada umur ini 0-3 tahun, lakukan apasaja aktiviti bersama mereka. Rangsangkan otak mereka untuk mencipta lebih banyak jaringan. Kerapkan bercakap-cakap dengan mereka, bermain, bercerita atau apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan sicomel. Ajarlah mereka apa saja yang anda inginkan, anda pasti surprise dengan kehebatan mereka. Percayalah anak kita pun boleh jadi genius macam mereka diluar sana.

Dan ini buktinya! Raisya@Bree sudah mengenal kebanyakan huruf hijaiyah seawal usia 9 bulan lagi. Bayi ini,mula diperkenalkan dengan huruf hijaiyah semasa berusia 7 bulan secara konsisten.

Jadi jangan terkejut jika Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah malah mereka sebenarnya mampu untuk  melakukan lebih dari itu.

Salam Sayang :)

Sumber : The Urban Child Institute

KFZFUGUNGH8T

Setahun sudah berlalu ..

Assalamualaikum Semua..
Apa kabar semua..Dah lebih 3 bulan saya tak update blog. Banyak yang nak di kongsi tapi untuk entry kali ini nak share sesuatu yang amat bermakna buat kami.

Masih ingat tak tarikh 14 Februari 2011 ? tarikh inilah tarikh keramat saya melahirkan bayi miracle saya yang saya tak duga sama sekali . Bayi yang hanya berusia 25 minggu dengan berat tak sampai 1kg di lahirkan di pagi yang hening di Hospital Selayang

Namun, berkat doa semua serta usaha yang tidak mengenal penat lelah oleh para doktor dan jururawat , bayi ini akhirnya dibenarkan keluar dengan berat 1.77kg. Dan ini lah dia Raisya Sabreena setelah setahun berlalu.

Beratnya kini sudah mencapai 7.3 kg ! berkat susu Alhamdulillah . Bree sudah pandai berdiri sendiri walaupun selalu benjol benjol akibat jatuh kerana belum lagi stabil kakinya (maknya tak sempat nak tengok sebab sibuk bertenet ) .. merangkak memang dah laju ke depan pantang tengok apa-apa pintu terbuka. Dia akan ketawa terkekek bila abang dan kakaknya mengagah tapi bila mama dan papa dia buat .. dia buat muka donno je heheh. Dah kenal orang.. Bree akan melalak sekuat hati bila orang yang tak dikenali cuba mendukungnya, persis orang yang mencuba bakat Malaysia Idol tapi akhirnya tak dapat masuk 😀 sebab pitching lari . Tak suka nasi bubur, tapi prefer makan apa yang kitorang makan, jadi terpaksa kunyah2 sebelum beri padanya. Suka nak join bila abang dan kakaknya main macam dah besar sgt. Suka terbalikkan building block yang abang dia buat, sampai abangnya pulak yang melalak ke”tension”nan lepas tu. Suka muncungkan mulut dan buat “puh” “puh” sebelum buat muka geram sambil tunjuk gusi kosong macam nenek tua.. dan macam-macam lagi keletahnya yang mencuit hati.

Sangat-sangat bersyukur kerana Bree dapat bertahan dengan kekuatan semangat yang ada padanya dengan izin Allah jua. Engkaulah yang Maha Besar .. Alhamdulillah Semoga jadi anak yang solehah. Selamat Hari Lahir yang pertama.

p/s:Kami tidak mengadakan sebarang sambutan seperti yang kebiasaannya tapi bawa Bree dan sekeluarga bercuti ke Langkawi menikmati keunikan dan kehebatan ciptaan Allah.

Bree dengan abang dan kakaknya

main pasir

Bree 1 year old sweet girl ~

Bree dah meniarap !

Ye betul, tak tipu, Bree dah pandai meniarap start semalam.. Alhamdulillah.. seronok sangat.

Salam Ramadhan kawan-kawan,
Hari ni 24 Ogos, kiranya Bree meniarap pada usia 6 bulan seminggu. Kalau lihat pada usia memang lambat kan perkembangannya, sebab bagi kanak-kanak yang lahir cukup bulan, biasanya mereka dah pandai meniarap dalam usia 3 atau 4 bulan, malahan adajuga lepas pantang dah boleh dah.Tapi untuk Bree ni, tak kisah lah.. biarlah dia berkembang dalam “space”nya sendiri. Lain anak lain kemajuannya. Mereka unik, jadi tak payahlah nak rasa down jika mereka lambat. Yang penting merek sihat dan ceria, itu yang lebih utama.

Berbalik pada Bree, pantang je letak di bawah, kejap lagi pasti berpusing. Takat berpusing aje tak ape lah juga, ni siap terbalik. Mula-mulanya tu memang dia tak pandai nak pusing kepala ke kiri atau ke kanan. Pernah satu ketika, muka nya tersembam ke bawah. Cepat-cepat angkat, berderau darah di buatnya. Tapi lepas 2-3 kali dia dah pandai .. Cuma bila waktu solat tu, apitkan dia dengan bantal sebab takut juga dia “terlemas”. lepas tu dengar la suara dia bising “marah-marah” sebab tak dapat pusing hehhe.. Hu ha hu ha suara menjerit kekeke.. seronok lihat perkembangan anak kan.. penat tak payah cakap sebab kerja “round the clock”. Tapi itu semua nikmat.. bersyukurlah, kerana momen yang terindah ini tidak akan berulang lagi

Ramadhan dah tiba. Bree semakin ceria..

Assalamualaikum semua,
Hari ini 1 Ramadhan kan, semua orang penuh bersemangat berpuasa.Alhamdulillah. Pagi tadi sahur apa ? pasti kan makan makanan yang dapat memberi tenaga sepanjang hari berpuasa ni. Maklumlah hari pertama ni selera masih menebal dan perut pun akan cepat je lapar. Jadi makan makanan yang seimbang, dan minum air putih banyak-banyak kalau tak kang memang kehausan dan lesu. Panjang lagi masa ni hehhe..

Memang dah lama tak menulis di sini. Alasan cliche, sibuk hihih. Sibuk tu memang tak dapat elak lah kan. Dah mana nya WAHM memang jadual sentiasa padat. Tapi sebenarnya mencari bahan dan cerita yang kebih menarik untuk di kongsi bersama, bukan lah sekadar cerita2 biasa saja. Harapnya nanti dapat berkongsi ilmu dan cerita yang lebih bermanfaat. Biarlah ilmu tu kan nanti menjadi saham akhirat. Biarpun sikit tapi berguna. Uish panjang pulak ni..

OK la, ramai dah bertanya gambar Bree terbaru. Gadis kecil comel lote tu sekarang ni dah semakin bijak !Dah pandai memberi respon bila di agah. Tersengih-sengih dia. Semacam tidak percaya itu adalah anak yang dulu penuh wayar di hospital terlantar berbulan-bulan. Dia sekarang dah montel, berat terbaru 3.5 kg ! Umurnya sekarang sudah 5 1/2 bulan. Memang saiznya agak kecil berbanding dengan teman seusianya, yelah kan kalau nak ikutkan dia baru saja 2 1/2 bulan, memang la kecik.

susu
Bree masih menyusu badan, tapi kalau lambat sikit bagi, menjerit-jerit sekuat hati aduiyaii.. orang dengar macam dia kena dera, padahal dia yang ‘dera’ kita huhuh. Malam-malam pasti akan bangun, jadi maknya menyusu sambil duduk tersengguk-sengguk beralaskan bantal menyandar dinding.

tv
yes, kalau siang-siang letak di ruang tamu, dia dah pandai tengok tv, nak-nak pulak abang dengan kakaknya bukak channel babytv.com macam tau-tau aja tu untuk dia. Ralit je mata concerntrate tak berkedip-kedip.

main
kalau dia dah kenyang, suka hari la kan. Lepas tu ajak main pula. Tak kira la pagi ka, petang ka, tengah malam ka. Kalau kita buat tak peduli, nanti dengar la suara dia, ooo, aaa, ooo, aaaa dok memanggil hehe.. Bila dan attend baru senyap. Hamboiii pandai nak bercakap dah makcik.


mengamuk nak susu nih..


masa kena agah..