Category Archives: Breastfeeding

Bertambah Lagi Ahli Keluarga Kami !

Alhamdulillah! Pada 3 Mei 2013 yang lalu, saya telah pun selamat melahirkan zuriat kami yang ke-4. Anakanda putera, yang menjenguk dunia tepat jam 7.13 pagi di Hospital Sg. Buloh itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.67kg. Bertambahlah lagi bilangan ahli keluarga kami, dari 5 ke 6 orang.  Bertambah riuhlah rumah kami selepas ini. Dan syukur sekali lagi, seperti 2 kelahiran sebelumnya, Rania dan Raisya(Bree) tiada prosedur episiotomi dilakukan. Jadi senanglah nak menjaga luka nanti :)

Saya catatkan kronologi detik-detik kemuncak sebelum kelahiran sebagai kenangan kami:-

5.00 pagi: Memang sejak di akhir-akhir fasa kehamilan, sering terjaga awal pagi kerana rasa kurang selesa. Terus bersiap-siap untuk solat Subuh

5.30 pagi: Tiba-tiba rasa sakit yang lain macam. Bila tengok jam, sah 5 minit sekali. Hati dah mula berdebar-debar. Takut pun ada. Terus kejutkan suami. Kuatkan diri untuk bertahan sehingga masuk waktu Subuh. Dalam pada itu, siap-siapkan barang untuk last minute preparation.

6.00 pagi : Selesai solat Subuh, kami terus bertolak ke hospital. Ambil masa hampir setengah jam juga untuk sampai disana. Kenderaan sudah mulai banyak di atas jalan. Owh ya, pagi itu, hujan turun dengan lebat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 30 minit, terpaksa drag hingga 40 minit. Dalam perjalanan, sakit kuat mula terasa, memang dah tak tertahan waktu ini, rasanya macam mahu terus terbang ke hospital.

6.40 pagi : Sampai dihospital, terus masuk ke bilik khas untuk diperiksa dahulu sementara menunggu suami untuk mendaftar. Bukaan sudah 6 cm. Terus ditolak masuk ke labor room. Sakitnya sudah memuncak namun ketuban masih belum pecah.

7.00 pagi : Bukaan kini sudah 8-9 cm, kelihatan suami masuk ke labor room. Setia dia menemani saya disisi dengan tangan digenggam kemas sambil mulutnya tak henti-henti memberi kata-kata semangat supaya terus bertahan. Memandangkan ketuban masih belum pecah, nurses decide untuk pecahkan secara manual.

7.13 Pagi : Setelah berhempas pulas menahan sakit dan meneran sekuatnya, akhirnya lahirlah putera kami melihat dunia. Dapat dengar dia menangis dengan kuat selepas ianya dikeluarkan. Fuhh..rasa lega sangat bila semuanya selesai.

Sejurus selesai memotong tali pusat, anak kecil itu, diletakkan diatas dada saya, untuk skin  to skin contact. Tujuannya adalah untuk initiate bonding dengan anak. Baby pun senyap je, diam tak bergerak macam tidur. Beberapa minit selepas itu, saya terus menyusukannya untuk stimulasi penyusuan pertama.

Alhamdulillah, segala-galanya telah dipermudahkan. Tiada koyakan, tiada episiotomy dan tiada jahitan, Kedua kami sihat dan dibenarkan pulang pada petang itu juga. Syukur kami sekeluarga padaNya dan terima kasih pada suami tercinta yang sangat setia menemani sehingga semuanya selesai.

Newborn- SayangDisayang Homeschool10 minit selepas kelahiran

 Breastfeeding- SayangDisayang HomeschoolPenyusuan Kali Pertama

Newborn - SayangDisayang HomeschoolA Gift From Heaven – Semoga jadi anak yang soleh ya :)

SayangDisayang HomeschoolPapa dengan Puteranya, Fateh Al-Azeem (Penakluk Yang Hebat)

Demam Anak 3 !

Salam Sejahtera semua..
Yeah, sesuai dengan tajuk entry kali ni, memang ‘demam’ jadinya bila semua anak sudah duduk serumah dan berkumpul sekaligus.

Sebelum ni abang dan kakak Bree tinggal di rumah atok dan tok ayahnya buat sementara semasa aku di hospital. Minggu lepas balik kampung dan ambil semula budak-budak ni. Kiranya hari ini hari ke-4 la kami bersama berlima. Mulanya memang la teruja sangat-sangat tetapi selepas mengharungi hari pertama.. fuh memang bukan mudah ..

  • dulu, aku tidur pukul 11 dengan aman sampai pukul 5 pagi baru bangun dan mulakan rutin harian biasa. Sekarang tidur pukul 11 juga tapi pukul 2 dah bangun kena bagi susu, pukul 5 kena jaga lagi, last-last pukul 8 pagi baru tersedar. Memang lari la jadual. Mamai tu jangan cakap la sebab tak tentu tidurnya..
  • dulu, bangun pagi lepas siapkan semua kerja, ajar anak, boleh la duduk rilek sambil tenet sejam dua sebelum sambung balik hal mereka. Sekarang ni, lepas siapkan kakak abang, kena siapkan adik, lepas tu keje umah, lepas tu adik balik, lepas tu kakak abang balik.. Fuh.. macam nak tercabut kain
  • dulu, kakaknya, Rania bila nak tidur malam atau petang je nak nenen. Sekarang, bila adiknya nak menyusu, dia pun nak. Pantang nampak.. nak bergayut aje.. kekadang sampai tak tau dah nak letak macammana. Ini namanya tandem nursing. Menyusu dua anak serentak. Memang ada buat position football tu tapi masih lagi mencari kedudukan selesa (macam ulasan bolasepak kat tv pulak hahah ). Rania tu sampai tertonggeng-tonggeng, sambil duduk pun jadik.. haiyakk
  • dulu lain, sekarang lagi lainnnn…

Wah memang demam macam ni, kelam kabut tak hingat punya ! Tapi apa yang aku belajar dari sini ?!

DISIPLIN

Ya, disiplin ! bila ada waktu terluang sikit, bereskan apa yang perlu. Jangan nak dok bertenet lama-lama merapu sana sini. Jangan leka. Ok stop ! nak pegi sambung kerja lain sementara anak-anak yang lain belum bangun…

MBfPC ~ Malaysian Breasfeeding Peer Counselor

Salam penuh keberkatan di pagi Rabu ini,
Cerita tentang MBfPC ni dah hampir 3 minggu lepas tapi tak apalah, nak update juga.

Setelah permohonan berjaya untuk menyertai kursus ini, maka kami beramai-ramai telah berangkat ke Rumah Jannatul Ilmu Firdaus yang bertempat di Bangi. Kursus ini mengambil masa selama empat hari 9, 10, 16 dan 17. Berpusing-pusing juga mencari lokasinya kerana saya tak biasa dengan area ini, Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga. Di sana, memang dapat kenal ramai kenalan baru dari pelbagai latar belakang dan sudah tentunya pengasas susuibu.com turut bersama, Pn Kamariah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kam. Mudah mesra orangnya.

Banyak yang kami belajar di situ dan satu perkara yang paling saya tak lupa, kebaikan hati Kak Lina@Rashliana yang membenarkan saya menumpang tidur di rumahnya disebabkan jarak rumah saya memang jauh. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Hanya Allah saja yang boleh membalas kebaikan akak. Sempat juga bertemu dengan mirah@Nor Sumirah yang pernah komen di blog ini, tak sangka kan mirah .. 😀 .. Peramah dan manis orangnya .. :) dan ramai lagi kawan-kawan yang tak tersebut di sini.

Tujuan MBfPC ini diadakan adalah untuk melatih ibu-ibu yang berpengalaman menyusui bayi mereka untuk mempromosi dan memberi galakan serta sokongan kepada ibu-ibu lain di komuniti mereka. Jadi sekiranya terdapat kemusykilan, sudi-sudilah berkongsi dengan saya, kalau boleh saya tolong, saya akan bantu semampu boleh dan jika ada persoalan yang tak terjawab, akan saya ajukan kepada yang lebih arif.

Akhir sekali, saya amat berharap semoga ilmu ini dapat sama-sama kita manfaatkan untuk kebaikan generasi kita. Martabatkan sus ibu !

Stok Susu dan Perkembangan Bree

Salam Keceriaan di pagi Ahad,
     Semalam suami ada ke hospital menghantar bekalan susu. Kali terakhir aku periksa stok susu (2 hari lepas) di hospital hanya tinggal 8 oz yang mingkin boleh tahan sehari aje. So untuk mengelakkan kekalutan di saat-saat akhir, aku minta suami tolong hantarkan. Sekarang, Bree sudah minum 15cc iaitu 0.5 oz. Banyak dah tu.. Maknanya dalam sehari dia perlukan 6 oz ( minum 2 jam sekali). Berat pun dah jadi 990 gram. Hampir 1 kg dah.. Memang dalam 2 minggu kebelakangan ni, pertambahan beratnya boleh di katakan naik dengan graf yang agak tinggi. Alhamdulillah dia sihat. Lain-lain perkembangannya, IVH masih ada di tahap II. Cyst pun masih kelihatan tapi doktor ada cakap yang kepalanya tiada abnormalities. Pembesaran kepala adalah normal. Sebab kalau ada ‘keluarbiasaan’ di bimbangi boleh menyebabkan hydrocephalus atau penyakit kepala besar yang kita pernah lihat sebelum ini. Ia disebabkan oleh air tulang belakang yang masuk ke urat saraf di kepala dan menjadikan kepala membesar.

     Aku pula kena la semakin kerap mengepam. Demand dah tinggi, tapi disebabkan tiada direct feeding, jadi agak perlahan juga peningkatan susu. Tapi pam tetap pam. Bimbang nanti stok tak cukup. Nasib la ada kakaknya, Rania yang masih juga menyusu on and off bila mana dia nak tidur. So ada juga stimulation. Harap-harap aku dapat bagi direct feeding tak lama lagi untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu.

Tido sambil bukak ekon heheh

Gambar terbaru di ambil pada 26 Mac 2011. 40 hari.

Stok susu di rumah. 2-3 oz sebekas. (lepas hantar 14 bekas ke hospital)

Hanya Susu Ibu Untukmu Sayang

     Pagi tu selepas aku ditolak ke wad bersalin, dek kerana ubat tahan sakit tu agak kuat aku jadik lalok. Dalam bahasa sopannya aku jadik dizzy dan nausea. Masa doctor datang buat round pun aku dengar tak dengar je ape doctor tanya. Last-last aku terlelap sampai kul 12 tengah hari. Memang dah fikir untuk pam susu tapi kepala goyang-goyang.
    Pukul 1 tgh hari, waktu melawat mak dengan kakak aku datang. Masa ni aku dah rasa ok sikit tapi hati asyik teringatkan anak dia minum susu apa dari pagi ? ish tak boleh jadi.. lepas dorang balik aku gagahkan diri untuk mula pam. Di sebabkan hari hari terawal berkemungkinan susu tak berapa keluar sangat jadi aku sudah bersedia dari segi mental dan emosi. Itu adalah proses biasa dan aku yakin makin lama aku pam makin banyak susu yang keluar. Aku tak akan patah semangat. Rasa bersalah tak dapat menyusui anak pertama sepenuhnya 4 tahun yang lepas masih bersarang. Dan aku tak mahu mengulanginya lagi. Tidak akan !
      Hospital Selayang ni menggunakan pam medela. Single pump. Tapi yang aku pelik sangat tu, takde pun orang yang pegi pam. Aku sorang je. Macam mana aku tinggalkan bilik tu macam tu la jugak waktu aku datang nanti. Haishh takkan semua kat wad ni lahir anak term kot. Eh sibuk pulak fikir hal orang aku ni hihiih. Tapi elok la jugak. Tak ade lah aku nak berebut pam. Ngeeee.. 😀
     Macam aku cakap tadi, awal-awal ni memang pengeluaran susu agak kurang. Jadi selain kena bersedia secara emosi kita juga kena stimulate kan payudara untuk menggalakkan pengeluaran. Di sebabkan bayi tak dapat memberikan stimulasi, jadi kita sendri kena buat.
     Dibawah ni aku rekod kan waktu aku pam, remarks dan kuantiti susu yang keluar. Tujuan aku buat ni adalah untuk tengok progress susu. Sesi pertama sampai sesi ke-4 mengambil masa yang lama untuk dapat result. Hampir-hampir sejam setengah. Berjanggut jugak nak tunggu tapi demi anak, aku teruskan juga. Janggut pun janggut la…hensem sket. Nnt boleh shave. Next session aku guna tangan or manual expression technique. Cara ni aku dah guna since anak ke-2 (Rania) berumur 6 bulan. Masa tu breastpump electrik aku kaput. Nak beli yang baru masa tu ekonomi teruk. So aku cuba pakai tangan. Dalam 2 minggu memang melecet breast. Yelah tak pernah kan. Sakitnya tak yah nak cerita. Tapi aku cuba lagi dan lagi. Kalau orang boleh buat asal aku tak boleh. Aku tanya pakcik Google.  Dengan bergurukan informasi kat Internet lama-lama aku boleh. Walau bagaimanapun perlu di ingatkan, yang ada hanya teori, kita yang perlu cari cara yang selesa berbekalkan teori tadi untuk buat manual expression ni. Dan sementara dapat position yang selesa tu bukan mudah. Tapi Alhamdulillah, lepas 2 minggu aku dapat teknik yang selesa dan production pun makin meningkat. Yes, azam dan tekad membuktikan kita mampu buat apa pun lebih-lebih dalam keadaan yang mendesak..
    Dan Alhamdulilah walaupun susu kurang pada awalnya tapi kuantiti semakin meningkat. Jadi ibu-ibu kita kena stay positif ok !
    Disebabkan aku dah discharge pada hari kedua, 15 Februari 2011. Maka pada 16 dan seterusnya bermulalah episod hidup aku menghantar bekalan susu ke hospital. Bekalan berharga untuk anak miracle yang istimewa ..

Date & Time                  Kuantiti                                            Remarks

14 Februari 2011

– 2.00 – 3.30 pm              few ml                                very thick colostrom. expressed by breastpump
– 7.00 – 8.30 pm              few drops                                yellowish thick colostrom
– 10.30-12.00 pm            1/5 oz                                      moderate thick colostrom

15 Februari 2011

– 4.30 – 6.00 am               1/4 oz                                   liquid yellowish breastmilk
– 10.00-11.00 am             1/4 oz            liquid yellowish breastmilk. start with manual expression onwards
– 2.00 – 3.00 pm               1/3 oz                                   liquid yellowish breastmilk
– 5.00 -5.30 pm                1/2 oz            turn to white liquid breastmilk.faster result with manual expression
– 11.30 -12 pm                 1 oz (Alhamdulillah!)              whitish liquid breastmilk

16 Februari 2011 (start sending EBM to hospital)

– 8.00 – 8.30 am               1.5 oz                                         liquid ebm
– 10.15- 0.45 pm              3/4 oz                                         liquid ebm
– 12.30 -1.30 pm              3/4 oz                                         liquid ebm
– 6.00 -6.30 pm                 1 oz                                           liquid ebm
– 10.30-10.45 pm             4/5 oz                                         liquid ebm

17 Februari 2011

– 5.00 -5.30 am               2 oz (Alhamdulilah!)                     liquid ebm
– 8.00 – 8.20 am              1 oz (very good)                           liquid ebm
– 11.30-12.00 noon         1 oz (maintain)                              liquid ebm
– 3.00 – 3.30 pm              1 oz                                              liquid ebm
-6.00 – 6.20 pm               1 oz                                              liquid ebm
– 10.00-10.15 pm           1.2 0z (progressing!)                      liquid ebm

18 Februari 2011

– 1.00 -1.15 am              1.1 oz                 liquid ebm. only 15 minutes to collect ebm with manual expression
– 8.00 – 8.15 am              2 oz                                              liquid ebm
– 11.00-11.15am             1 oz                                              liquid ebm
– 2.30 – 2.45 pm              1 oz                                              liquid ebm
– 6.15 -6.30 pm             1.5 oz                                             liquid ebm
– 9.30 -9.40 pm              1 oz                                        liquid ebm in 10 minutes

19 Februari 2011

– 3.00 -3.15 am             1.5 oz                                               liquid ebm
– 7.00 7.10 am                1 oz                                                liquid ebm
– 11.00- 11.20am         1.5 oz                                                liquid ebm
– 10.00 – 10.15 pm       3.5 oz                        (need to discard due to long hours in room temperature :( )

20 Februari 2011

– 5.00 -5.15 am            2.5 oz                                                liquid ebm
– 9.00 – 9.30 am           1.5 oz                                                liquid ebm
– 2.00 – 2.30 pm           2 oz                                                  liquid  ebm
– 6.00 -6.00 pm           2.5 oz                                                 liquid ebm
– 9.00 –  9.30 pm          1 oz                                                   liquid ebm

21 Februari 2011

– 2.30 -3.00 am             2.5 oz                                                 liquid ebm
– 8.00 -8.30 am             2 oz                                                    liquid ebm
– 12.00 -12.30 noon     1.5 oz                                                 liquid ebm
– 3.30 -4.00 pm             1 oz                                                     liquid ebm
– 6.30 -7.00 pm            1.5 oz                                               liquid ebm
– 11.00-11.15 pm          1 oz                                                 liquid ebm