Tips dan Cara Saya Didik Anak Hafal Al Quran

Tips dan Cara Saya Didik Anak Hafal Al Quran. Alhamdulillaah, semalam 23 Disember 2015, Ilham berjaya menamatkan sesi hafazan untuk surah Al Kahfi yang mengandungi 110 ayat. Allahuakbar. Subhanallah, Alhamdulillah tak terucap dengan kata kata rasa seronok dengan kejayaan anak ini

Bukanlah seronok atas sebab nak berbangga diri yang anak sendiri berjaya menghafaz surah dalam  Al Quran tapi rasa terharu, syukur dan gembira sangat sangat sebab atas usaha dan penat lelah, payah jerih saya selama membuahkan hasil akhirnya

Tips Didik Anak Hafaz Al Quran

Rambang Mata Cari Hadiah

Setelah Ilham berjaya menghafaz 30 Juzuk Amma bulan Mac haritu, saya terus bawa dia “melompat” terus ke Al Kahfi, bukan bermula dengan surah Al Baqarah seperti mana lazimnya. Sebabnya tak lain tak bukan ialah untuk “menanam” surah ini lebih awal dalam dirinya. Saya mahu surah ini sebati dalam dirinya, dalam darahnya. Surah yang akan menjadi pendinding dirinya daripada Dajjal laknatullah.

Lama sebenarnya perjalanan menghafaz surah ini. Maklum sajalah, ada juga hari hari yang terskip bila kerja sekolah banyak, anak yang terlalu letih siang harinya , hari hari “cuti” maknya  lagi dan adakalanya atas sebab sebab kecemasan yang tak dapat dielakkan. Hampir 9 bulan masa yang di ambil untuk menghadam surah ini. Ya bagi orang lain memang lama. Saya tahu ada yang lebih cepat dari ini. Biarlah sedikit sedikit tapi berjalan. Bagi saya, saya ikut juga keadaan si anak, tak boleh terlalu memaksa.Tak mahulah nanti aktiviti menghafaz Al Quran menjadi satu aktiviti yang dibenci. Anak jadi trauma

Sepanjang perjalanan ini juga, macam macam yang telah di lalui. Saya akui saya memang ibu yang garang. Tak percaya boleh tanya anak anak ;-), atau pun jiran sebelah 😀 . Kadang kadang boleh nampak mereka stress waktu hafazan. Adakalanya kita pun penat, maklumlah suri rumah, uruskan hal hal rumah, kena jadi driver anak anak ke sekolah, sambil sambil berbisnes online lagi, jadi  masa agak terhad. Banyak kali juga anak anak menangis sebab kena marah:-D . Bila difikirkan memang rasa sedih dan  menyesal. Kesian pun pada anak anak. Seelok eloknya ibu ibu jangan lah garang sangat ya, diri sendiri pun stress, senang nampak tua, kita rilek rilek sudah ngee ( pesanan untuk diri sendiri juga ni )

Disebabkan Ilham bersekolah pagi dan petang, biasanya hafazan dijalankan waktu malam. Lepas solat maghrib menunggu waktu Isya’. Masa hafazan pula  dalam 20 minit, diikuti oleh Rania kemudian Caca dan Azeem pulak. Ada ketikanya juga saya kejutkan mereka awal pagi sebelum ke sekolah. Waktu pagi otak lebih fresh, suasana pun tenang,  senang sikit nak menghafal kan . Adik adiknya pun tidur lagi. Kalau malam tu, pelbagai suara, jerita dan pekikan boleh dengar, fokus pun lari. Kita pun mudah fed up.

Kelebihan Ilham, dia lebih cepat menghafaz kalau under pressure. Kalau kita punmain main, gelak gelak, alamat ambil masa lama nak hafaz setengah muka surat pun. Sebab tu dengan Ilham saya agak tegas ( garang lebih). Berbanding Rania, kalau suara kita tinggi sikit mula lah, dia pun nak menangis, so dengan anak yang macam ini, kita kena cool sikit. Guna psikologi. Kalau nak marah pun, ketap ketap bibir je .. bolehhh ?

HomeSchool Sekolah Di rumah Hafal Al Quran

Pilih, jangan tak pilih bang !

Dan Alhamdulillah, akhirnya llham berjaya juga menghafaz Al Kahfi. Sebagai menghargai “penat lelahnya “, saya bagi reward sebagai motivasi. Bajet tak lebih RM30 ! Apalagi seronoklah  dia memilih lego di Mr. DIY siang tadi. 2 kotak lego menjadi pilihan, total RM25 sahaja. Itupun dia dah gembira habis. Tak sabar pula dia nak start dengan surah seterusnya, Al Mulk.Tak sabar nak reward lagi tu sebenarnya hehe.  Alhamdulillah, moga moga berterusanlah semangat mu duhai anak.

Oklah, di sini saya nak kongsikan beberapa tips yang ramai orang tanya,

Macam Mana Nak Didik Anak Hafaz Al Quran ?

Ada yang kata “macam susah je” , “saya bekerja tak ada masa nak ajar mengaji”, “saya tak pandai mengaji” dan seribu jawapan yang seumpanya.

Tips ini saya ambil dari pengalaman saya sendiri, pembacaan dan penelitian anak anak figura yang telah menghafaz Al Quran. Yang mana sesuai boleh lah diamalkan yang tidak,  bolehlah diabaikan saja.

Tips dan Cara Saya Macam Mana Nak Didik Anak Hafaz Al Quran ?

  • Sabar – paling penting, jangan cepat give up !
  • Luangkan  masa mengajar anak mengaji / menghafaz sekurang kurangnya 20 -30 minit sehari
  • Ulangan setiap hari supaya tak lupa
  • Pasang CD surah yang ingin di hafal di rumah, dalam kereta dan di mana mana saja. Biar ianya menjadi halwa telingan anak anak.
  • Selalu kaitkan isi, pengajaran Al Quran dalam kehidupan, contoh Al Kahfi untuk melindungi diri dari Dajjal
  • Konsisten, konsisten, konsisten

Jaga juga pemakanan mereka, elakkan dari memakan benda benda yang syubhah, yang tidak bermanfaat seperti junk food apalagi yang memudaratkan dan tidak halal. Jaga mata dan pandangan mereka. Sesungguhnya Al Quran ini hanya akan lekat pada  mereka yang bersih rohaninya.

Dan yang paling ampuh sekali ialah DOA. Lebih lebih lagi doa ibu. Selalu lah doakan  yang terbaik untuk anak anak kita, moga menjadi penyejuk mata dan jiwa ayah bonda.

 

HomeSchool Sekolah Di rumah Hafal Al Quran

Reward Hafal Surah Al Kahfi. Suka sangat !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*