Mengajar Anak Berdisiplin | Reward and Award

Mengajar Anak Berdisiplin | Cuti Hari Raya Cina  yang lepas, kami sekeluarga balik kampung. Macam biasa Ilham dengan adik adiknya suka lah sangat. Boleh naik motor pusing pusing kampung, mandi sungai, main parit, tengok binatang yang jarang jumpa di sini ( ayam, lembu, kambing, biawak err.. ) dan pergi kenduri ( yang ni mak dia pun suka makan lauk kenduri 😀 ngeee… ). 

Tapi dalam banyak banyak tu, terselit pula aktiviti yang selalu Ilham main dengan kawan kawannya di sini, B-daman. Aduhaii.. bukan tak ada pun disini, tapi B-daman yang dia jumpa di kampung lagi advance ! itu yang buat dia terpikat (ha jangan ingat kampung ni korok sangat tau). Siap ada sayap bagai. Saya pun first time tengok. Ini semua sepupu dialah punya angkara grrrr. Kalau yang biasa biasa jumpa tu harga dalam lingkungan RM5 je, tapi yang terbaru ni RM10 ! Boleh tahan harganya.

Apalagi, mulalah  dia dia mengendeng ngendeng nak kan si B-daman berwajah baru. Sampai lah balik sini, pun ingat lagi. Ingatkan dah lupa. Tapi maaf! Mama tak akan sponsor. Ok saya pun bagi syarat. Kalau nak juga B-daman tu, kena simpan duit. Duit sekolah kena potong. Boleh ? “Boleh mama” Okeh ! Semangat dia.

Tujuan saya sebenarnya untuk disiplin kan anak. Saya mahu dia tahu apa saja yang kita nak, kita kena berusaha. Bukan semua boleh dapat dengan hanya meminta minta. Ini salah satu cara saya mengajar anak berdisplin.

Jadinya bermulah journey. Hari Isnin pergi sekolah tak bawa duit, hari Selasa pun tak bawa duit, hari Rabu pun tak minta duit! Aishh pelik ni. Ingatkan sehari dua je bertahan, rupa-rupanya sampai 2 minggu dia tak minta duit semata mata nak beli benda alah tu, hanya ada bekal ! Biar betul Ilham nih. Bila saya nak bagi, Ilham akan cakap,

“mama simpanlah duit tu, Ham kan nak beli B-daman”

Walaupun sebelum ini memang dia bawa bekal dan air, dan ada juga bagi duit, tapi memang tak pernah simpan pun. Kalau bagi RM1 pun habis, RM2 pun lebuh. Tapi kali ini lain macam. Ingatkan dia main main, tapi nampaknya tidak.  Nampak bersungguh sungguh! Kuat betul penangan B-daman ni.

 Akhirnya sampailah semalam, tamat sudah “misinya” itu. Dan sepatutnya tak sampai 2 minggu pun cukup RM10 tu, tapi saja saya nak tengok berapa jauh dia boleh pergi. Akhirnya berjaya juga dia melepasi “cabaran” yang mama dia bagi. Tak percaya pulak !

Apa yang saya nampak sebenarnya, anak anak ini kalau ada kemahuan yang kuat, dia sanggup buat apa saja. Bila ada dorongan, mereka boleh push dan disiplinkan diri sendiri. Terpulang kepada kita, berapa banyak semangat dan galakan kita nak bagi. Dan bila mereka berjaya, janganlah lokek beri ganjaran, kalau yang sudah berjanji, jangan lupa tunaikan. 

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalankan. Jadi hari ini, saya akan keluar dengan Ilham mencari B-daman impiannya itu, hari untuk saya lunaskan janji , hari reward dan award.

Macam mana korang ajar anak anak berdisiplin ? Jom kongsi idea !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*