Gajet VS Kasih Sayang | Cari Masa Berkualiti Dengan Anak anak

 

Gajet VS Kasih Sayang | Zaman ini anak anak kecil sudah bijak bermain gajet. Saya tak nak pergi jauh, lihat anak sendiri sudah. Azeem baru 1 tahun 8 bulan tapi sudah pandai unlock handphone dan buka saluran utube kegemarannya, upin dan ipin, alif baa ta dan asmaul husna ! Hebat sungguh.

Anak anak sekarang memang suka meneroka. Tapi kita sebagai ibubapa kenalah main peranan. Pandu ke arah yang betul. Sebab mereka tak tahu lagi apa yang betul dan salah. Kadang kadang channel yang mereka buka tu sudah ok, tiba tiba pula ada pop-up yang tak semenggah. Anak anak yang tulus sebegini terus klik. Habis ! Berpeluh nak explain nanti.

Pada saya gajet itu boleh, sesuai dengan arus teknologi zaman sekarang tapi biarlah berpada pada. Jangan sampai leka dan tersalah guna. Atau membiarkan gajet itu menjadi mainan rutin seharian mereka.

Ada juga sesetengah ibu bapa yang bagi gajet canggih dengan harapan masa anak anak terisi. Ataupun beli mainan mahal mahal untuk mengisi ruang waktu kosong mereka. Tapi berapa lama boleh bertahan ? Waktu saya sibuk buat kerja menghadap komputer, saya lambakan permainan ( yang biasa biasa aje, tak mahal mana pun ngee) pada mereka.

“main ye , mama nak buat kerja sekejap”

Agak agak berapa lama mereka boleh main sendiri ? Saya tak pasti anak orang lain, tapi anak anak saya tak boleh lama. Sekejapan saya lepas itu mesti nak panjat naik duduk di riba, nak “tolong” mama buat kerja katanya. Arghhh !

Sebenarnyakan, anak anak memerlukan kita. Tidak kiralah semahal mana pun permainan yang mereka ada, anak anak perlukan penyertaan kita bersama. Bermain dan bertinteraksi bersama mereka. Mereka akan lebih seronok !

Banyak yang boleh kita terapkan, yang boleh kita kongsikan dalam waktu itu. Duduk, berbual, bermain, bergurau itu yang mereka perlukan. Pengisian rohani, makanan jiwa anak anak, atau lebih tepatnya tunjukkan rasa kasih sayang. Masa sebeginilah kita boleh kenal mereka dengan lebih mendalam. Boleh tahu bahagian mana yang boleh kita perbaiki. Aspek mana yang perlu diberi perhatian. Atau apakah minat mereka. Apa kelebihan mereka. Secara tidak langsung, bonding dengan anak akan semakin kuat. Bukankah itu yang kita mahu ?

Jadi, apa kata, sebelum mulakan kerja kita, luangkan masa emas kita beberapa ketika dengan mereka, selepas 15-20 minit ( ikut kesesuaian masa anda), bolehlah kita beritahu mereka yang kita ada kerja lain yang haruskan dibereskan sebentar. Dan berjanji akan bermain semula apabila sudah siap kerja anda!

Saya selalu berpesan pada diri sendiri, anak anak cepat membesar. Semalam mereka lahir, hari ini sudah pandai berlari, esok sudah masuk sekolah.  Jangan sampai kita terlepas peluang untuk menikmati momen indah waktu kecil mereka bersama. Carilah masa yang berkualiti dengan anak anak. Itulah yang akan menjadi kenangan berharga buat sepanjang hayat kita !

Salam sayang :-) 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*