Tarik Minat Anak Untuk Cinta Ramadhan

Hari ini dah masuk hari ke 4 Ramadhan 1435 H. Macam mana anak-anak yang dirumah tu ? Bolehkah berpuasa ?

Ilham dan Rania masih dalam tempoh training. Sebelum masuk bulan puasa lagi, dah berkobar-kobar nak puasa penuh. Rania tahun ini dia sudah masuk ke tadika. Ilham pula darjah 1.

Tahun sebelum ini, Rania memang tak bangun sangat waktu sahur, Ilham sahaja. Tapi tahun ini, kami galakkan dia. Mudah pula dia bangun, tak banyak cerita macam abangnya. Setakat ini, Rania belum puasa penuh sehari pun lagi, tapi dah boleh tahan sampai ke tengah hari. Balik je sekolah, mulalah buat muka kesian, kelaparan. Paling lama sampai pukul 1.30 petang. OK lah tu, esok boleh cuba lagi.

Ilham pun belum lagi seharian penuh. Balik sekolah agama pagi, dah melepek. Tadi nak mandi nak segarkan badan, tapi bila keluar bilik air lain macam je segarnya. Ermm memang dah “selamat” lah tu. Tak apa lah, mereka masih dalam tempoh membiasakan diri. Kita galakkan terus.

Selain daripada galakan berpuasa ni, saya nak kongsikan beberapa aktiviti yang saya buat dengan anak-anak untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini. 

Antaranya ialah BERCERITA. Ye bercerita tentang kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Saya gabungkan cerita-cerita dari sejarah Islam, dari Al-Quran dan juga tentang keluarga kami. Setiap hari saya akan bercerita, jadinya saya sediakan 30 cerita untuk sebulan ini.

Tujuan saya buat begini, supaya anak-anak rasa seronok dengan bulan puasa. Supaya mereka boleh ingat tentang istimewanya Ramadhan, banyak kisah rupanya yang berlaku dalam bulan yang dimuliakan Allah ini. Supaya mereka rasa teruja sekaligus mengenalkan mereka dengan sejarah Islam, tentang kehidupan  mereka yang dikaitan bersama dalam bulan Ramadhan. Contoh  peristiwa penting adalah seperti dibawah ini.

Peristiwa Penting Bulan Ramadhan

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Bercerita?

Terpulang pada kesesuaian masa. Biasanya saya bercerita sebelum tidur setiap malam, atau sambil duduk-duduk selepas isya dengan anak-anak. Masa ini mereka dan tenang dan selesa. Jadi apa yang kita cerita tu, mereka senang nak dengar dan fokus.

Untuk panduan ibu bapa sekalian , dibawah ini list yang saya dah siapkan untuk saya bercerita dengan anak-anak. Ayah bonda bolehlah guna tambah, adjust apa yang patut. Satukan dengan cerita berkaitan anak-anak yang berlaku, pasti mereka sangat seronok. 

1. Apakah Ramadhan, apa hikmahnya berpuasa, niat

2. Bestnya Sahur

 3. Terawih

4. Nuzul Al-Quran 

4. Malam Lailatul Qadar

5. Kisah Rania ( saya alah teruk semasa mengandungkan dia dalam bulan puasa 2008) 

6.  Pahala dalam bulan Ramadhan

7. Perang Badar

8. Pembukaan Kota Mekah

9. Perang Ain Jalut

10. Perang Khandak

Seterusnya adalah cerita berkaitan keluarga yang berlaku dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah , diharapkan anak-anak kita akan merasa seronoknya berpuasa. Ramadhan akan menjadi bulan yang ditunggu-tunggu. Dan InsyaAllah roh Ramadhan tu akan terserap dalam jiwa sanubarii mereka.

Moga anak-anak kita menjadi anak-anak dapat membantu kita di sana, Amin.

Selamat Berpuasa

4 Responses to Tarik Minat Anak Untuk Cinta Ramadhan

  1. Jalan-jalan singgah sini. Seronok baca pengalaman ibu-ibu yang homeschooling. Mencari idea &ilham untuk anak dara 3 tahun. Mulut bising nak sekolah. Nanti boleh singgah lagi. Jemput ke blog kita ye.
    Salam Ukhwah.

  2. Alhamdulillah
    sharing bermanfaat
    insyaAllah saya cuba untukdipratikkan
    http://www.bintunzainuddin.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*