Petua dan Cara Nak Sembuhkan Sakit Mata Merah

Baru-baru ini, masa minggu kedua cuti sekolah pertengahan tahun untuk 2014, tak semena mena si kecil tu, Azeem kena sakit mata. Mulanya ada anak saudara yang datang bercuti, almaklumlah cuti sekolah. Jadi masa nilah nak berjalan-jalan. Duduk dallm 2-3 hari mata kiri mula merah dan gatal-gatal. Ingatkan kena batu, masuk habuk atau digigit serangga, tapi makin lama makin merah. Bawa dia pergi klinik dan ambil ubat. Tapi tak berapa nak surut. 

Selepas beberapa hari, Azeem pula kena. Tapi saya tak perasan sangat sebab matanya tak merah pun. Putih bersih je, cuma yang saya nampak banyak tahi mata. Sangkaan saya, panas je kut. Terfikir juga mungkin sebab menyusu sebab dia masih menyusu badan, tapi tiada apa yang berubah dalam diet seharian. Tapi memang nampak banyak tahi mata. Ada pernah sampai bangun pagi tak boleh  buka mata. Kesian sangat. Azeem pun start merengek. Sah ! Ini sakit mata !

Azeem Sakit Mata

Minggu terakhir kami pula balik ke kampung. Saja pulang bawa anak-anak untuk rasa pula suasana kampung. Dah lama juga tak balik.Boleh lah dorang tengok lembu, ayam, angsa di sana. Balik saja ke sini, mata Rania dan Caca dah start nampak sepet sebelah. Alamak ! Dah berjangkit pulak. Ilham , papa dan saya masih steady. Jumaat tu juga bawah mereka pergi klinik dan ambil ubat. Dapat antibiotik dan ubat saline untuk mata. Merah habis mata keduanya. 

Rania Sakit Mata

Minggu depannya dah start sekolah balik. Tapi Rania saya rehatkan. Dari sebelah jadi kedua-dua belah. Hari Selasa, Ilham pulak dah nampak tanda nak sakit mata. Last-last kedua-duanya saya cutikan selama seminggu. Kalau pergi pun cikgu suruh balik takut berjangkit pada yang lain.

Ilham Sakit Mata - Petua Nak Hilangkan

Jeng, jeng, jeng, kali ni turn saya pulak. saya kena lepas sehari Ilham kena, hari Rabu. Aduhhh panas, pedih, berair, sangat tak selesa. Dan saya rasa saya yang paling lama. Hinggakan saat entry ini ditulis pun saya masih sakit mata, tapi Alhamdulillah dalam proses penyembuhan. Suami pun kena tapi 3 hari dah ok. Cepat pula kuman sakit mata dia tu  lari huhuu. 

Sayalah yang paling lama, hampir 2 minggu. Bangun pagi, mata melekat je, nak bukak pun susah. Bengkak jangan cakaplah, warna purple je kelopak mata tu, macam pakai eyeshadow, mata pulak merah menyala. Memang saya kurangkan tengok skrin, mengadap laptop tu, tapi dah namanya duduk dalam era Internet ni, susah lah sikit nak “puasa” betul-betul. Blog vitamin saya pun paksa juga update walaupun pendek. Jemput baca entry terbaru saya tentang pengalaman dan tips menyusukan anak di bulan puasa. 

Petua dan Tips Cara nak Hilangkan Sakit Mata Merah

 Namun saya anggap sakit mata ni dugaan. Kali terakhir saya kena zaman sekolah rendah. Punya la lama. Takpe Alhamdulillah. Barulah kita rasa nikmatnya ada penglihatan yang baik sebelum ini. Itulah hikmah bila diberi sakit, supaya kita bersyukur. Kalau tak bersyukur lagi tak tahu lah.

Oh ya, bercakap pasal tips dan cara nak sembuhkan sakit mata yang merah, tu saya ada cuba petua orang tua-tua kita. Titiskan susu badan pada mata. Saya buat pada anak-anak, ALhamdulillah lepas beberapa hari nampak kurang dan akhirnya hilang. Buat juga untuk diri sendiri tapi nampaknya tak berapa menjadi. Mungkin sebab sendiri yang punya heheh, perlu cari susu ibu yang lain kut :-p. 

Pada sesiapa yang sakit mata tu, nak cuba petua ni boleh lah, disamping ubat titis yang doktor bekalkan. Sekarang ini, seisi keluarga dah sihat sepenuhnya, tinggal saya sajalah, biasalah hero memang lambat sikit nak menang. Lagi pun kasik can mak berehat lama sikit. Allah nak bagi pahala lebih, InsyaAllah. 

Doakan saya sembuh segera ya! Aminnn… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*