Ramadhan Datang Lagi – Tips Menggalakkan Anak Berpuasa

Dah lebih sebulan saya tidak mengupdate blog. Sedar tak sedar, hari ini sudah hari ke-11 kita umat Islam didalam bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadhan yang mulia.

Bila sebut bulan puasa, tentu macam-macam ragam anak-anak kita yang berpuasakan. Ada yang susah nak bangun sahur, ada yang tertidur di meja makan dan ada yang mengigau (bagaimana la rupa kita zaman kecil-kecil dulu ya :p)

2-3 hari sebelum puasa, saya kena selsema yang agak teruk. Hari pertama berpuasa, kepala memang berat habis. Ilham sudah nampak tanda-tandanya. Dan hari ke-2 puasa, nahhh memang dia pula yang kena. Tak sampai hati nak “paksa” dia berpuasa. Memang kami kejutkannya bersahur setiap pagi, tapi tidaklah terlalu menekan dia untuk berpuasa penuh sepanjang hari. Umurnya pun baru menceah 6 tahun. Masih dalam proses untuk belajar.

Hari 1-3 merupakan hari-hari terawal untuk dia membiasakan diri. Sebelah pagi semasa kesekolah tadika memang dia berpuasa, tapi tiba balik sekolah dia hanya dapat bertahan hingga ke pukul 2 petang sahaja. Lepas tu melepek dan minta izin berkali-kali untuk berbuka. Kasihan pula… Tambahan pula, adiknya Raisya makan didepannya. lagilah… 😀

Namun hari-4 dia sudah mula  berpuasa sepanjang hari sampailah hari ke -10 semalam. Alhamdulillah, walaupun memang nampak dia keletihan, namun kami beri dia semangat untuk teruskan …

Ada beberapa tips yang nak saya kongsikan bagaimana kita nak menarik minat atau memberi galakan pada anak-anak agar mereka rasa excited nak berpuasa. Ini cara saya dan suami yang mungkin lain sedikit berbanding ibu-bapa lain. Namun, jika rasa sesuai, silakan untuk digunapakai .. :)

1. Bercerita Mengapa Kita Disuruh Berpuasa
Bercerita dengan anak apa hikmahnya berpuasa dan mengapa kita disuruh berpuasa. Selitkan yang Allah suka pada orang yang berpuasa.

2. Keseronokan Menyambut Hari Raya
Setelah sebulan berpuasa, nyatakan yang kita akan menyambut Aidilfitri sebagai tanda kemenangan kita menahan diri dari lapar dahaga

3. Cerita Upin Ipin
Anak-anak saya memang gemar cerita upin ipin. Dari yang kecil sampailah yang besar, tak jemu-jemu mereka menonton. Boleh dikatakan banyak pengajaran yang baik yang boleh diambil dari siri-siri cerita animasi ini. Salah satunya episod “Puasa”. Dari situ, anak-anak saya mendapat sedikit pemahaman dan gambaran istilah puasa. Sampaikan dah pandai sebut nak puasa penuh :)

4. Masakkan Makanan Kegemaran
Seboleh-bolehnya saya cuba masakkan makanan kegemarannya waktu berbuka supaya dia rasa termotivasi untuk berpuasa lagi esoknya.

5. Beri Pujian
Beri pujian padanya kerana mampu bertahan walaupun beberapa jam sebagai tanda kita menghargai usaha mereka

6. Berikan Ganjaran
Ada sesekali dua kami berikan ganjaran berupa mainan yang sangat diigininya. Tidak salah untuk kita menarik minat mereka dengan cara ini, kerana anak-anak mudah terdorong jika ada ganjaran yang bakal diterima

7. Kejut Sahur Awal
Sepatutnya memang sahur dilewatkan. Awal disini bukan bermakna pukul 3-4 pagi. Tapi awal mungkin setengah jam. Ini kerana, anak-anak mungkin sukar untuk dikejutkan. Ataupun kalau duduk dimeja makan, mesti akan terlelap-lelap. Jadinya waktu makan akan jadi panjang. Jadi lebih baik di awalkan sedikit

8. Sediakan Carta Puasa khas untuk anak.
Saya belikan mereka “My Fasting Chart” yang eksklusif ini supaya mereka rasa seronok untuk berpuasa >> http://on.fb.me/17qIEPh

9. Bersahur Dengan Set Energy Puasa
Sesuai dengan namanya, saya beri Ilham minum Meal Shakes yang dicampur dengan milo, supaya memberi tenaga tambahan ketika berpuasa. Ia juga memberi rasa kenyang yang lebih lama. Set Energy Puasa boleh dilihat disini >> http://bit.ly/18p7Pmp

Begitulah serba sedikit perkongsian tips puasa keluarga saya.

Ingat ya, jangan terlalu memaksa anak-anak kecil untuk berpuasa, kerana ini masa mereka untuk belajar…

Jom hayati apa kata Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz

Tips Menggalakkan Anak Berpuasa

Selamat Berpuasa :)

One Response to Ramadhan Datang Lagi – Tips Menggalakkan Anak Berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*