Pedoman Untuk Ibu Bapa ~ Cerita Yang Menakutkan

Keluarga Islam - Blog Homeschooll

Ehsan Google

Kisah yang bakal saya ceritakan pada entry kali ini,  memang agak mengejutkan dan menakutkan tapi sangat bagus untuk dijadikan pengajaran buat kita sebagai ibu bapa dalam membentuk fikiran anak-anak dan generasi akan datang. 

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar beriadah ke satu kawasan air terjun berhampiran. Disebabkan saya masih dalam pantang, (orang dalam pantang pun nak ikut sebab dah 30 hari duduk dirumah, boring katanya ngee) , jadi saya hanya duduk berehat-rehat sahaja sambil melihatkan telatah anak-anak dan suami bermain air. Sesudah hampir 2 jam mereka bermandi manda, kami pun mula beransur untuk makan tengahari dan mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah restoran makanan segera memandangkan menu disitu ada disediakan nasi. 

Sengaja kami pilih tempat itu disebabkan adanya sudut taman permainan kecil untuk anak-anak, jadi dapatlah mereka ber”happy-happy”. Ilham dan Rania memang awal-awal lagi meluru ke sana sementara kami memilih meja yang berhampiran. Di sudut permainan itu juga ada seorang kanak-kanak perempuan yang dalam lingkungan 8-9 tahun sedang bermain. 

Saya perasan di tangan kanak-kanak perempuan tersebut ada sebuah Ipad. Okeylah itu sudah jadi pemandangan biasa. Dan saya nampak dia memasang suatu applikasi  video dan mengajak Ilham dan Rania menonton bersama. Pada hemat kami, ianya mungkin sekadar game budak-budak, jadi kami biarkan saja. 

Sedang kami berdua leka menjamah hidangan, tiba-tiba bahu suami dicuit seorang wanita berbangsa Cina.

” Eh yang rambut pendek tu anak you ka “? sambil menunjuk ke arah Rania

“Ya” kata suami

” Itu diaorang tengah tengok cerita orang make love ooo “

“Haaa… ” terkejut kami .

Suami lantas pergi memeriksa dan  kami benar-benar terkejut ! Astaghfirullahalazim, mengucap panjang suami..  memang cerita “tersebut” yang dipasang oleh kanak-kanak perempuan itu. Suami menarik Ilham dan Rania dan mengarahkan budak perempuan tersebut menutup applikasi itu. Kami cari-cari juga jika nampak ada pasangan melayu disitu tapi tidak ternampak pun kelibat yang seakan ibu bapanya. Kami cepat-cepat menghabiskan makanan dan beredar. 

Sepanjang perjalanan pulang, kami bersembang tentang hal yang baru berlaku tadi. Tak tercapai dek akal kami, bagaimana kanak-kanak yang sementah itu boleh menjadi “sangat bijak” memainkan video sedemikian. Pastinya Ipad tersebut kepunyaan ibu atau bapanya yang memuat turun applikasi tersebut dan menyimpannya disitu.

Cuba bayangkan apa yang bakal terjadi pada kanak-kanak ini bila ia menjadi biasa pada pemandangannya ? Bagaimanakah perkembangan emosi dan mentalnya ? Lama-lama kelamaan bila sudah terlalu banyak didedahkan dengan anasir yang tidak bermoral seperti itu, tidak mustahil untuk dia pula mencuba. Nauzubillah, jauhikan kita dan anak-anak kita dari perkara tersebut.

Persoalannya, dimana pengawasan ibu bapa itu sendiri ? Dimana ibu bapanya ? Dan mengapa perlu menyimpan video yang sudah pastinya memberi kesan negatif kepada perkembangan minda dan sahsiah anak ?  Dan perlukah ibu bapa menonton cerita-cerita sebegini ?

Tolonglah para ibu bapa sekalian, kitalah sebenarnyalah yang mencorakkan masa depan anak-anak. Kita mempunyai kuasa dalam mendidik dan menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dilihat, dibuat. Berilah teladan yang baik supaya mereka bakal menjadi insan yang berkualiti pada diri sendiri, negara dan agama kita. Bukan menjadi remaja yang rendah moralnya. Semoga cerita ini menjadi pedoman buat kita semua. Sila ambil tahu tentang anak-anak kita, kerana mereka ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapanyalah yang mencorakkannya. 

Selamat Mendidik Anak-anak Syurga

p/s : Kasihan saya dengan budak perempuan tadi, sehingga balik kerumah pun saya asyik memikirkannya. Apa akan jadi padanya ? Kita doakan yang terbaik buatnya

2 Responses to Pedoman Untuk Ibu Bapa ~ Cerita Yang Menakutkan

  1. Astagfirullah…memang amat menakutkan cerita ini.
    Mesti berhati2 lepas ni kalau anak dok tengok Ipad kawan2..kadang2 benda2 yg x senonoh tu boleh naik sendiri bila budak2 tgh main games…
    Astagfirullah… Mesti lebih berhati2!

    • Betul tu Ummu Abbudey,
      Kita sebagai parents kena sentiasa pantau aktiviti anak-anak.. kadang-kadang anak-anak tak pandai pun, kawan-kawan yang ajar.. kenalah kita beringat selalu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*