Bertambah Lagi Ahli Keluarga Kami !

Alhamdulillah! Pada 3 Mei 2013 yang lalu, saya telah pun selamat melahirkan zuriat kami yang ke-4. Anakanda putera, yang menjenguk dunia tepat jam 7.13 pagi di Hospital Sg. Buloh itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.67kg. Bertambahlah lagi bilangan ahli keluarga kami, dari 5 ke 6 orang.  Bertambah riuhlah rumah kami selepas ini. Dan syukur sekali lagi, seperti 2 kelahiran sebelumnya, Rania dan Raisya(Bree) tiada prosedur episiotomi dilakukan. Jadi senanglah nak menjaga luka nanti :)

Saya catatkan kronologi detik-detik kemuncak sebelum kelahiran sebagai kenangan kami:-

5.00 pagi: Memang sejak di akhir-akhir fasa kehamilan, sering terjaga awal pagi kerana rasa kurang selesa. Terus bersiap-siap untuk solat Subuh

5.30 pagi: Tiba-tiba rasa sakit yang lain macam. Bila tengok jam, sah 5 minit sekali. Hati dah mula berdebar-debar. Takut pun ada. Terus kejutkan suami. Kuatkan diri untuk bertahan sehingga masuk waktu Subuh. Dalam pada itu, siap-siapkan barang untuk last minute preparation.

6.00 pagi : Selesai solat Subuh, kami terus bertolak ke hospital. Ambil masa hampir setengah jam juga untuk sampai disana. Kenderaan sudah mulai banyak di atas jalan. Owh ya, pagi itu, hujan turun dengan lebat. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 30 minit, terpaksa drag hingga 40 minit. Dalam perjalanan, sakit kuat mula terasa, memang dah tak tertahan waktu ini, rasanya macam mahu terus terbang ke hospital.

6.40 pagi : Sampai dihospital, terus masuk ke bilik khas untuk diperiksa dahulu sementara menunggu suami untuk mendaftar. Bukaan sudah 6 cm. Terus ditolak masuk ke labor room. Sakitnya sudah memuncak namun ketuban masih belum pecah.

7.00 pagi : Bukaan kini sudah 8-9 cm, kelihatan suami masuk ke labor room. Setia dia menemani saya disisi dengan tangan digenggam kemas sambil mulutnya tak henti-henti memberi kata-kata semangat supaya terus bertahan. Memandangkan ketuban masih belum pecah, nurses decide untuk pecahkan secara manual.

7.13 Pagi : Setelah berhempas pulas menahan sakit dan meneran sekuatnya, akhirnya lahirlah putera kami melihat dunia. Dapat dengar dia menangis dengan kuat selepas ianya dikeluarkan. Fuhh..rasa lega sangat bila semuanya selesai.

Sejurus selesai memotong tali pusat, anak kecil itu, diletakkan diatas dada saya, untuk skin  to skin contact. Tujuannya adalah untuk initiate bonding dengan anak. Baby pun senyap je, diam tak bergerak macam tidur. Beberapa minit selepas itu, saya terus menyusukannya untuk stimulasi penyusuan pertama.

Alhamdulillah, segala-galanya telah dipermudahkan. Tiada koyakan, tiada episiotomy dan tiada jahitan, Kedua kami sihat dan dibenarkan pulang pada petang itu juga. Syukur kami sekeluarga padaNya dan terima kasih pada suami tercinta yang sangat setia menemani sehingga semuanya selesai.

Newborn- SayangDisayang Homeschool10 minit selepas kelahiran

 Breastfeeding- SayangDisayang HomeschoolPenyusuan Kali Pertama

Newborn - SayangDisayang HomeschoolA Gift From Heaven – Semoga jadi anak yang soleh ya :)

SayangDisayang HomeschoolPapa dengan Puteranya, Fateh Al-Azeem (Penakluk Yang Hebat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*