Mendidik Diri Sendiri Agar Tidak Lupa~Tips Khas Untuk Ibu Bapa

Tips Keibubapaan Homeschool

Ibu bapa dewasa ini sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Dan dengan sebab itulah, banyak buku-buku dan artikel diterbitkan berkaitan dengan keibubapaan. Itu belum dikira lagi dengan pelbagai seminar “parenting” yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kesedaran tentang ilmu parenting.

Maka, berduyun-duyunlah ibu bapa yang pergi untuk menyertainya, demi menambah ilmu menjadi ibu bapa yang hebat. Tapi berapa ramaikan antara kita yang balik ke rumah dan mempraktikkan ilmu tersebut ? Berapa ramaikah yang ingat apa yang di sampaikan dalam seminar/ceramah yang dihadiri ?

Ramai di antara kita yang umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bukan bermakna kita tidak mahu dengar, tetapi tuntutan tugas-tugas lain sering membuat kita lupa dan alpa (termasuk saya juga 😀 ) dengan apa yang dipelajari sebaik sahaja ceramah selesai.

Saya kongsikan cara bagaimana untuk kita bantu diri agar ilmu yang di sampaikan dapat diingati, di applikasi dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada anak-anak kita sekeluarga

1. Catat point penting semasa sesi seminar. Jangan hanya mendengar sahaja. Nanti balik lupa

2. Apabila dah balik ke rumah, ulangkaji nota dalam masa 24 jam

3. Ambil point penting tadi dan salinkan dalam di atas kertas lain. Kalau boleh satu point satu kertas. Buat besar-besar dan tampal dalam bilik kita. Boleh juga di lekatkan dinding kubikel kerja atau meja. Lekatkan ditempat yang selalu kita lihat.

Nah, bila dah selalu nampak, otak kita pun akan belajar untuk mengingat. Maka dengan itu, kita akan sentiasa dapat menambah ilmu dan mempraktikkannya.

Selamat Mencuba !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*