Jom Buat Kraf Kincir Angin Tangan !

Minggu lepas, kami berpeluang pergi ke kedai buku dekat dengan rumah. Tujuannya untuk membeli beberapa peralatan untuk projek homeschool. Maklumlah budget kecil aje jadi kena beli sikit-sikit. Rancang dulu apa yang nak dibuat baru beli alat. :)

Sampai di kedai, Ilham pun apalagi, habis meronda satu kedai buku. Terus dia tangkap buku kartun kegemarannya, BoBoiBoy ! Aduhh.. mulanya tak nak beli pun sebab  rasa-rasa macam tak ada faedah. Tapi sebenarnya bila anak dah minat buku, itu satu petanda baik, dari situ kita boleh galakkan mereka belajar membaca. Mana yang dah pandai baca tu dapat tingkatkan lagi skill kan. Daripada layan kartun di televisyen, baik baca buku. Otak pun berkembang. So bolehlah !

Balik rumah, mak dia pun belek-belek , ok juga. Ada sudut kraf, buat kincir angin tangan. Jadinya beberapa hari lepas tu, kitorang sama-sama mulakan projeknya. Bahan-bahannya mudah.

Bahan-bahan :

1. 1 helai kertas tebal
2. Pensel yang ada pemadam di atasnya
3. Paku tekan (kalau yang berwarna warni lagi cantik)
4. Pembaris
5. Gunting

Cara-caranya macam dalam gambar di bawah. :-Kraf Kincir Angin Tangan Homeschool

Sayang Disayang Homeschool

1. Potong kertas tebal menjadi empat segi sama.

 

Sayang Disayang Homeschool

2. Lipat kertas secara perpenjuru. Ulang balik di penjuru yang lain

3. Tandakan pertengahan kertas. Tandakan gaisan lipat sehingga 1 inci dari titik tengah

4. Potong garisan yang telah ditandakan.

5. Lipatkan pepenjuru  ditengah secara berselang seli.  Setelah itu lekatkan kincir angin di pemadam pensel dengan paku tekan.

Kraf Kincir Angin Tangan

Dah siap !

Selamat Mencuba Kawan-kawan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*