Cooking Time with Kids: Karipap Ayam

Salam Semua,

Dah lama tak tulis cerita pasal makankan. Maklumlah, masak yang biasa-biasa saja, jadi tak banyak yang dapat diceritakan.

Kebelakangan ini, banyak juga aktiviti ‘memasak bersama anak’. Memasak bersama mereka ni tersangatlah menuntut kesabaran yang tinggi tahap dewa. Semua benda nak dibuat, nak dipegang, nak dirasa. Silap-silap memang hancuslah resepi mak, nak. Sekali pandang, memanglah nampak rimas dan melambatkan kerja tapi di ruangan inilah juga mereka akan banyak belajar, mengutip pengalaman dan mengasah bakat terendam.

Disebabkan sudah agak lama tak makan karipap buatan sendiri, maka pada minggu lepas, bermulalah acara membuat karipap. Intinya saya siap-siap sediakan. Cuma tinggal proses membuat kulitnya saja. Masuk saja bab menggelek doh dengan roling pin, anak-anak dah mulalah excited.

Paling mereka suka ialah aktiviti menggelek dan kemudian menekap dengan acuan binatang kesukaan. Acuan tersebut memang saya beli untuk tujuan mereka membuat biskut mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Jom layan gambar-gambar mereka dibawah.

Menekap Acuan untuk Homeschool

Excited sangat dengan rolling pin tu

 

Menekap Acuan Pada Doh Karipap

Acuan biskut animal shape

Cooking Time : Menekap Acuan untuk Homeschool

Ilham sedang mencuba skillnya…

Cooking Time for Homeschool Sayang diSayang

Dah jadi pun!

Ini pula resepinya.

Karipap Ros Sedap
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 – 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit

garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.  Sementara itu boleh buat inti karipap.

Resepi Kredit to : http://sue-hasue.blogspot.com

Cooking Time for Homeschool Sayang diSayang

Hasil tangan anak-anak dan mak anak :)

Selamat mencuba bersama anak-anak tercinta ! Jangan lupa kongsikan hasilnya ya :)

 

2 Responses to Cooking Time with Kids: Karipap Ayam

  1. Wah…kelihatan sangat seronok anak2 dapat beraktiviti sebegitu. Untungnya!

    Salam ziarah dari kami. Blog ini kelihatan amat menarik. ALLAH berkati penulis blog ini sekeluarga. amin.

  2. Terima kasih kerana sudi singgah dan doa tulus Ummu ABbudey.

    Sama-sama kita berusaha untuk melahirkan generasi yang kreatif, hebat dan soleh.

    Salam perkenalan :) .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*