Bead Lacing

Assalamualaikum wbt,

Dua minggu yang lepas, kami cuba satu aktiviti baru. Bahasa Melayunya saya kurang pasti (bila diterjemah bunyinya agak pelik D ) tetapi Bahasa Inggerisnya dipanggil ‘bead lacing‘.

(Peringatan: Permainan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun kerana mereka memang tersangatlah berminat dengan warna sampai akan memakannya.)

Benang Bermanik

Bahan-bahan yang diperlukan, ringkas sahaja:-
1. Benang sulaman/ tali yang potong mengikut panjang yang diperlukan
2. Manik yang berwarna-warni

Langkah-langkah:-
1. Buat beberapa simpulan mati pada hujung benang untuk mengelak daripada manik terkeluar
Tips: Celupkan hujung benang satu lagi ke dalam lilin yang dicairkan supaya ianya keras dan senang untuk memasukkan manik

2. Mulakan proses memasukkan manik satu persatu membentuk satu rantaian.

3. Panjangnya, biar anak yang tentukan. Bila sudah siap, bolehlah mengikat kemas hujungnya. Ia boleh dijadikan gelang tangan, rantai atau dibuat perhiasaan di bilik anak-anak.

Bead Lacing

Rania dengan tekunnya cuba memasukkan manik ke dalam benang

Nampak sempoi je kan, tapi sebenarnya banyak kebaikan yang boleh didapati daripada aktiviti sebegini . Antaranya adalah seperti dibawah:-

1.  Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Ini penting untuk menyediakan mereka dengan kemahiran seperti menulis, menggosok gigi dan membutang baju.

2. Menajamkan koordinasi mata dan tangan serentak.

3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka

4. Mengenal warna dan bentuk.

Bead Lacing

Tadaaa, Rania dan Ilham berjaya menyiapkannya !

Rantaian yang sudah siap tadi ada yang panjang dan ada yang pendek, ada yang diikat pada katil oleh Ilham dan ada yang dijadikan rantai oleh Rania. Tapi akhirnya berjaya juga  ditarik dan “dimusnahkan” oleh Raisya. Arghhhh…. Tak apa, lepas ni kita cuba lagi ya. Rania ..  😉

Bead Lacing

Eh, saya tak bersalahlah …

2 Responses to Bead Lacing

  1. Salam…
    Saya suka idea ni…leh gi beli nanti, tp beads mcm tu nak beli kat mana senang dapat yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*