Monthly Archives: February 2013

Jom Buat Kraf Kincir Angin Tangan !

Minggu lepas, kami berpeluang pergi ke kedai buku dekat dengan rumah. Tujuannya untuk membeli beberapa peralatan untuk projek homeschool. Maklumlah budget kecil aje jadi kena beli sikit-sikit. Rancang dulu apa yang nak dibuat baru beli alat. :)

Sampai di kedai, Ilham pun apalagi, habis meronda satu kedai buku. Terus dia tangkap buku kartun kegemarannya, BoBoiBoy ! Aduhh.. mulanya tak nak beli pun sebab  rasa-rasa macam tak ada faedah. Tapi sebenarnya bila anak dah minat buku, itu satu petanda baik, dari situ kita boleh galakkan mereka belajar membaca. Mana yang dah pandai baca tu dapat tingkatkan lagi skill kan. Daripada layan kartun di televisyen, baik baca buku. Otak pun berkembang. So bolehlah !

Balik rumah, mak dia pun belek-belek , ok juga. Ada sudut kraf, buat kincir angin tangan. Jadinya beberapa hari lepas tu, kitorang sama-sama mulakan projeknya. Bahan-bahannya mudah.

Bahan-bahan :

1. 1 helai kertas tebal
2. Pensel yang ada pemadam di atasnya
3. Paku tekan (kalau yang berwarna warni lagi cantik)
4. Pembaris
5. Gunting

Cara-caranya macam dalam gambar di bawah. :-Kraf Kincir Angin Tangan Homeschool

Sayang Disayang Homeschool

1. Potong kertas tebal menjadi empat segi sama.

 

Sayang Disayang Homeschool

2. Lipat kertas secara perpenjuru. Ulang balik di penjuru yang lain

3. Tandakan pertengahan kertas. Tandakan gaisan lipat sehingga 1 inci dari titik tengah

4. Potong garisan yang telah ditandakan.

5. Lipatkan pepenjuru  ditengah secara berselang seli.  Setelah itu lekatkan kincir angin di pemadam pensel dengan paku tekan.

Kraf Kincir Angin Tangan

Dah siap !

Selamat Mencuba Kawan-kawan.

 

Kami Sambut 14hb Februari !

Ada sebilangan kita yang menyambut 14hb sebagai hari Valentine kan, hari berkasih sayang untuk pasangan kekasih, hari keluar berdating dan berkongsi hadiah disamping meluah  rasa isi hati jiwa raga dan lain-lain lagi yang mushy-mushy.

Kami pun sambut juga, tapi bukan sebagai hari Valentine, tapi hari memperingati sejarah ulangtahun kelahiran puteri yang ke-2 tahun! Kelahiran yang penuh detik cemas, dramatik, dan air mata. Bayi ini yang dijangkakan hanya 50-50 peratus sahaja peluang untuk hidup kerana kelahirannya yang terlalu kecil dengan pelbagai komplikasi akibat pramatang yang ekstrem.

Kisahnya meruntun jiwa ramai yang membaca dan tak putus-putus doa dikirimkan untuknya. Semuanya kami rakamkan di sini dan di sini

Segala puji dan syukur kami kembalikan hanya padaNya, Alhamdulillah untuk segala-galanya !

Owh, kami sekalikan sambutan hari lahir Papanya juga yang kebetulan jatuh pada keesokan harinya 15hb Februari. It’s double joy! Semoga keduanya dirahmati selalu, panjang umur dan dikayakan dengan rezekinya yang halal. Aminnn…

Happy 2nd Birthday

Happy B’day ke-2 Tahun Caca !

Sayang Disayang Homeschool

sedang menikmati makanan, tak sempat posing !

Birthday Girl

Dah pandai suap sendiri (walaupun bersepah huhuh)

Homemade Lasagna

Happy Birthday Papa Sayang !

Little Reader: Bayi Anda Boleh Membaca!

Salam Hormat,

Seperti yang dijanjikan, kali ini saya ingin berkongsi lebih lanjut tentang salah satu alat pengajaran yang banyak membantu untuk memaksimakan potensi otak  anak kecil kita seawal bayi. Ia bukan sahaja fun, interaktif dan memudahkan kita dalam proses untuk mengajar anak membaca, malah apa yang lebih penting ia menggabungkan kesemua elemen yang diperlukan untuk merangsang perkembangan minda anak untuk pembelajaran bahasa yang lebih efektif.

Sedikit sejarah mengenai Little Reader. Produk ini dicipta oleh KL Wong, bapa kepada Felicity, bayi genius yang boleh membaca seawal usia 11 bulan lagi. Setelah mengetahui fakta yang mengkagumkan mengenai kemampuan otak bayi, KL Wong telah mencuba pelbagai teknik seperti kad imbas, DVD, buku, power point slide dalam proses pengajaran.

Namun ia bukannya tugas mudah. Hasil daripada gabungan kesemua medium itu tadi, beliau berjaya mencipta satu sistem pengajaran yang ringkas tetapi menarik dan berkesan. Felicity akhirnya dapat membaca seawal usia 11 bulan. Lihat video dibawah. Demi untuk menambah nilai dan kesedaran untuk membantu ibu bapa diluar sana, Little Reader telah dikembangkan sistemnya dan perluaskan penggunaan keseluruh dunia.

Little Reader adalah satu perisian yang direkacipta untuk menjadikan sessi belajar membaca adalah satu momen yang menyeronokan untuk kanak-kanak. Kita dapat membuat kad imbas sendiri mengikut tema yang kita mahu, merekod suara dan mengeditnya sendiri, memainkan mana-mana pilihan cara pembelajaran dan banyak lagi. Malah kita dapat mencetak kad imbas terus daripada sistem ini tanpa perlu memikirkan tentang settingnya, kerana semuanya telah disediakan (anda cuma perlu ada printer sahaja :) )

Tapi apa yang membuatkan Little Reader ini berkali ganda lebih bagus dan berbaloi berbanding medium lain dipasaran ? Ok, mari sini kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, pakcik makcik semua saya nak ceritakan. Kali ini saya persembahkan terus dalam bentuk jadual yang lebih mudah difahami di bawah :-

Apa yang Little Reader boleh buat, tetapi DVD/FlashCard TIDAK mampu buat :-

LITTLE READER

DVD

Variasi dalam huruf, warna, gambar setiap kali dimain semula Perkataan di ulang tayang sama sahaja, tiada variasi.
Bahan pembelajaran boleh diubahsuai mengikut citarasa (customize and personalize) Tidak boleh diubahsuai
Menggunakan kedua-dua kaedah imbasan DAN multisensory Sama ada hanya menggunakan kaedah imbasan ATAU multisensory.
Living product – boleh memuat turun beribu fail termasuk daripada bahasa yang berlainan. Boleh digunapakai dari kecil sehingga anak-anak masuk ke tadika. Produk kekal begitu dan biasanya hanya untuk usia tertentu.
Didatangkan dengan kurikulum selama 12 bulan dengan pengajaran yang berlainan dari hari ke hari Kurikulum yang terhad.
Anak-anak akan didedahkan dengan 3,000 patah perkataan dalam 180 kategori, dengan 3,000 gambar, 6,000 fail bunyi, dan 460 video. Tidak sebanyak Little Reader
Sistem Pattern Phonics™ membolehkan anak-anak belajar phonics dengan kaedah semulajadi. Pengajaran phonics terhad.
Menyokong pembelajaran bahasa asing Tidak
Mengandungi buku cerita yang direka khusus untuk mengajar anak-anak membaca Tiada buku cerita
Community support – adanya sokongan daripada online komuniti jika ada sebarang masalah. Sangat terhad atau tiada sokongan komuniti

Perisian Little Reader sememangnya lengkap dan ianya dicipta untuk memudahkan kita terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja di luar tetapi masih mahu memperuntukkan waktu yang berkualiti dengan anak-anak. Lengkap, bukan sahaja dari sudut pembelajaran tetapi juga alat bantu mengajar yang sudah siap dibina didalamnya :-

  • Stail persembahan yang boleh ditukar – kita bebas mengubah warna huruf, saiz dan jenisnya atau menukar daripada teknik kad imbas kepada mode multisensory
  • Mengandungi Penunjuk – ia berfungsi untuk menunjukkan arah perkataan itu mula. Ia boleh di setkan sama ada dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri begitu juga dengan kelajuannya.
  • Perbezaan warna untuk setiap suku patah perkataan- bertujuan untuk memudahkan pembelajaran
  • Pengedit Kurikulum – membolehkan kita membuat perkataan sendiri, memasukkan suara, menukar warna dan lain-lain lagi
  • Perpustakaan Muat turun secara online – mengandungi ratusan kategori, fail yang dicipta dan dikongsi secara online oleh ibu bapa lain. Ia juga membenarkan kita memuat turun fail tersebut dan mengimport ke dalam Little Reader
  • Progress Diary – kita boleh membuat diari disini berkaitan dengan perkembangan pembelajaran anak-anak
  • Lesson Exporter – fungsi yang membolehkan kita membuat kategori sendiri dan memuat naik di laman komuniti  Little Reader untuk berkongsi dengan ibu bapa  lain. Dengan cara ini, kita akan mendapat loyalty point yang melayakkan kita untuk mendapat kupon menaik taraf sistem Little Reader kelak.
  • Fungsi Print – fungsi pencetak yang telah disediakan untuk memudahkan anda mencetak kad imbas, gambar dimana-mana saja
  • Picture Editor – dengan fungsi ini kita dapat mengedit gambar, menambah bentuk atau membuat garisan/penunjuk.
  • Easy Voice Recorder – cipta audio fail anda dengan fungsi ini. Ubahlah tempo, kelajuan malah membuang noise dengan  hanya satu klik.

Setiap sesi pembelajaran hanya mengambil masa yang minimum iaitu antara 5-10 minit sahaja dan ia boleh dilakukan 2 kali sehari. Apalah sangatkan masa yang diperuntukkan itu buat anak-anak jika hendak dibandingkan dengan waktu seharian kita bekerja di luar. Biasanya terdapat 5 jenis teknik pengajaran dalam setiap sesi.  iaitu Word Flash, Multisensory, Picture Flash, Pattern Phonics dan Story. *Untuk versi terbaru, ada penambahan kategori seperti Sight Word dan Word Split.

Teknik Pengajaran Dalam Setiap Pembelajaran:-

Word Flash Lesson – Menggunakan teknik imbas perkataan dengan cepat. Kajian                        menunjukkan maklumat yang dipersembahkan dengan laju, mudah diserap oleh otak kanan kanak-kanak. Ia membolehkan mereka mengingat tanpa perlu usaha yang keras. Ia biasa diapplikasi kepada anak-anak kecil kerana otak kanan mereka lebih dominan berbanding orang dewasa.

Multisensory Lesson – Teknik pengajaran yang membolehkan kita berinteraksi dengan anak-anak dalam menambah pemahaman mereka tentang sesuatu perkataan. Ia mengandungi animasi yang menarik perhatian kanak-kanak, bunyi binatang ataupun perbuatan seperti “kick”.

 

Picture Flash Lesson -Sama sepeti teknik imbasan. Ia bertujuan mengukuhkan lagi pemahaman mereka dengan mengaitkan perkataan dengan gambar

 

Pattern Phonics – Menggunakan kaedah fonik dengan mengkelaskan bunyi suku kata yang sama dengan warna yang sama supaya anak-anak lebih cekap dan cepat membezakan bunyi suku kata mengikut warna.

 

Story Time – Masa untuk bercerita! Dipersembahkan dengan teks yang ringkas tetapi berwarna dengan gambar atau animasi yang menarik, menjadikan sesi ini lebih menyeronokkan buat mereka.

Personalize dan Customize Lesson – Kita boleh mencipta slide pembelajaran sendiri seperti tema “Keluarga Saya” yang boleh kita masukkan gambar ibu, bapa serta ahli keluarga yang lain dengan merekodkan suara kita digabungkan dengan pilihan warna huruf, bunyi ataupun video yang bermakna untuk anak.

 Dengan pelbagai kelebihan, fleksibiliti dan kecanggihan sistem ini, maka tidak hairanlah ramai ibu bapa di luar sana hingga diperingkat antarabangsa memilih untuk menggunakan Little Reader. Tidak perlu pening-pening kepala bersusah payah untuk membeli bahan pembelajaran yang berlainan,  sedangkan sistem ini sudah siap sedia merangkumi segala aspek yang diperlukan untuk pembelajaran bahasa daripada umur 3 bulan sehinggalah ke peringkat tadika, all-in-one.

Ia bukan hanya boleh diguna oleh seorang anak, malah boleh digunakan semua, untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya, jimatkan :) . Produk ini sememangnya mantap sehingga mendapat banyak pengiktirafan badan antarabangsa sebagai produk yang berkualiti dan terbukti. Jadikan ia satu hadiah untuk mereka demi pelaburan yang sangat berbaloi untuk permata hati kita.

Percuma ! 3 ebook seperti dibawah akan diberikan kepada anda secara percuma. Cuma perlu emailkan ke sayangds@gmail.com dengan tajuk “Mahu E-book Little Reader Percuma”.

  1. E-book Teaching With Little Reader
  2. E-book Teaching Your Baby Math
  3. E-book Teaching Your Baby to Read

Jika anda berminat untuk mendapat konsultasi lebih lanjut mengenai produk ini, boleh hubungi saya di talian 010-5450225 atau email sayangds@gmail.com

 

Cooking Time with Kids: Karipap Ayam

Salam Semua,

Dah lama tak tulis cerita pasal makankan. Maklumlah, masak yang biasa-biasa saja, jadi tak banyak yang dapat diceritakan.

Kebelakangan ini, banyak juga aktiviti ‘memasak bersama anak’. Memasak bersama mereka ni tersangatlah menuntut kesabaran yang tinggi tahap dewa. Semua benda nak dibuat, nak dipegang, nak dirasa. Silap-silap memang hancuslah resepi mak, nak. Sekali pandang, memanglah nampak rimas dan melambatkan kerja tapi di ruangan inilah juga mereka akan banyak belajar, mengutip pengalaman dan mengasah bakat terendam.

Disebabkan sudah agak lama tak makan karipap buatan sendiri, maka pada minggu lepas, bermulalah acara membuat karipap. Intinya saya siap-siap sediakan. Cuma tinggal proses membuat kulitnya saja. Masuk saja bab menggelek doh dengan roling pin, anak-anak dah mulalah excited.

Paling mereka suka ialah aktiviti menggelek dan kemudian menekap dengan acuan binatang kesukaan. Acuan tersebut memang saya beli untuk tujuan mereka membuat biskut mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Jom layan gambar-gambar mereka dibawah.

Menekap Acuan untuk Homeschool

Excited sangat dengan rolling pin tu

 

Menekap Acuan Pada Doh Karipap

Acuan biskut animal shape

Cooking Time : Menekap Acuan untuk Homeschool

Ilham sedang mencuba skillnya…

Cooking Time for Homeschool Sayang diSayang

Dah jadi pun!

Ini pula resepinya.

Karipap Ros Sedap
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 – 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit

garam

Cara :
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.  Sementara itu boleh buat inti karipap.

Resepi Kredit to : http://sue-hasue.blogspot.com

Cooking Time for Homeschool Sayang diSayang

Hasil tangan anak-anak dan mak anak :)

Selamat mencuba bersama anak-anak tercinta ! Jangan lupa kongsikan hasilnya ya :)

 

Bead Lacing

Assalamualaikum wbt,

Dua minggu yang lepas, kami cuba satu aktiviti baru. Bahasa Melayunya saya kurang pasti (bila diterjemah bunyinya agak pelik D ) tetapi Bahasa Inggerisnya dipanggil ‘bead lacing‘.

(Peringatan: Permainan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun kerana mereka memang tersangatlah berminat dengan warna sampai akan memakannya.)

Benang Bermanik

Bahan-bahan yang diperlukan, ringkas sahaja:-
1. Benang sulaman/ tali yang potong mengikut panjang yang diperlukan
2. Manik yang berwarna-warni

Langkah-langkah:-
1. Buat beberapa simpulan mati pada hujung benang untuk mengelak daripada manik terkeluar
Tips: Celupkan hujung benang satu lagi ke dalam lilin yang dicairkan supaya ianya keras dan senang untuk memasukkan manik

2. Mulakan proses memasukkan manik satu persatu membentuk satu rantaian.

3. Panjangnya, biar anak yang tentukan. Bila sudah siap, bolehlah mengikat kemas hujungnya. Ia boleh dijadikan gelang tangan, rantai atau dibuat perhiasaan di bilik anak-anak.

Bead Lacing

Rania dengan tekunnya cuba memasukkan manik ke dalam benang

Nampak sempoi je kan, tapi sebenarnya banyak kebaikan yang boleh didapati daripada aktiviti sebegini . Antaranya adalah seperti dibawah:-

1.  Meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Ini penting untuk menyediakan mereka dengan kemahiran seperti menulis, menggosok gigi dan membutang baju.

2. Menajamkan koordinasi mata dan tangan serentak.

3. Meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti mereka

4. Mengenal warna dan bentuk.

Bead Lacing

Tadaaa, Rania dan Ilham berjaya menyiapkannya !

Rantaian yang sudah siap tadi ada yang panjang dan ada yang pendek, ada yang diikat pada katil oleh Ilham dan ada yang dijadikan rantai oleh Rania. Tapi akhirnya berjaya juga  ditarik dan “dimusnahkan” oleh Raisya. Arghhhh…. Tak apa, lepas ni kita cuba lagi ya. Rania ..  😉

Bead Lacing

Eh, saya tak bersalahlah …