Tajamkan Minda Anak Dengan Puzzle

Assalamualaikum wbt semua,

Apa khabar selepas Ramadan dan Syawal ini baru-baru ini ? Tentu gembira dapat meraikannya bersama keluarga tercinta.

Agak lama tidak berupdate di blog ini, apatah lagi bila masuk bulan puasa, aktiviti dengan anak-anak menjadi semakin padat tambah-tambah pula Ilham dan Rania sedang belajar berpuasa buat pertama kalinya jadi masa sentiasa terisi. Bagaimana prestasi anak-anak kita semasa Ramadan lalu ? pasti banyak kenangan yang lucu kan ūüėÄ . Alhamdulillah Ilham dapat berpuasa 5 hari dan Rania dapat bertahan setengah hari. ¬†Mudah mudahan tahun hadapan akan bertambah bilangannya.

Ok, entry kali ini adalah entry tentang puzzle. ¬†Saya sangat-sangat mengesyorkan agar satu rumah wajib ada puzzle untuk anak-anak kita. Kerana kebaikan permainan ini sangat-sangat membantu dalam perkembangan otak anak. Bukan sahaja untuk anak-anak, malah kita sendiri pun dapat mengasah minda kita yang mungkin dah berkarat ūüėČ

Puzzle Tajamkan Minda anak

Puzzle bukan sahaja satu permainan yang menyeronokkan malah ¬†ia dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak. Selain daripada dapat belajar mengenal bentuk dan warna, usaha mereka dalam memadankan puzzle ini sebenarnya telah “memaksa”¬†otak mereka untuk bekerja mencetuskan sinaps baru dan sekaligus dapat menajamkan kemahiran mereka dalam penyelesaian masalah.

Dengan mengajak anak-anak bermain bersama, minda anak bukan sahaja akan menjadi lebih kreatif dalam melihat sesuatu perkara dalam persepsi yang berbeza malah, ia juga dapat memupuk semangat kekitaan dan bekerjasama dalam pasukan. Masa mereka juga dapat diisi dengan perkara yang berfaedah selain dari permainan video atau menonton tv.  Ingin saya tekankan bahawa, puzzle disini tidak semestinya yang mahal, malahan saya banyak terjumpa dengan puzzle berharga dibawah RM5 di pasaraya. Ianya lebih berbaloi dari permainan yang mahal dan berjenama tetapi akhirnya  rosak dihempas anak.

Puzzle boleh dimainkan seawal usia anak sudah boleh memegang objek, seawal 1 tahun. Untuk peringkat permulaan, mulakan dengan puzzle dengan warna yang terang dan besar dalam potongan yang minima. Contohnya untuk usia setahun, gunakan 2 keping cantuman. Apabila usia dan kemahiran mereka semakin bertambah, tingkatkan darjah kesusahan puzzle. Anak-anak pastinya gembira jika  dapat menyelesaikan puzzle mengikut kemahiran mereka. Jangan lupa berikan pujian dan galakan.

Untuk para ibu bapa yang rasa susah nak ke kedai, kami juga turut menjual puzzle bertema sesuai untuk peringkat toddler, usia 1-2 tahun. Puzzle ini didatangkan dalam kotak yang comel seperti beg. Di dalamnya terdapat 6 set puzzle  dengan cantuman 2 keping setiap set. Terdapat 5 jenis tema berbeza iaitu Burung, Kenderaan, Binatang, Warna dan Bentuk serta Binatang Ternakan. Harganya cuma RM15 satu tema. Untuk lebih gambar boleh view di fanpage http://www.facebook.com/sayangds  atau http://www.facebook.com/mybabysbucket. Jumpa lagi di entry seterusnya.

Selamat Beraktiviti !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*