Salam Ramadhan: Tips Mendidik Anak Berpuasa

Tips Melatih Anak Berpuasa

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan untuk semua sahabat-sahabat di alam maya ini. Pada saat post ini ditulis, sudah masuk hari ke-2 kita menunaikan ibadah Rukun Islam yang ke-3 ini. InsyaAllah masih ramai lagi yang bersemangatkan !.

Bagaimana dengan anak-anak comel kita ? Buat yang pertama kali cuba berpuasa pastinya pelbagai ragam dan “drama” yang boleh kita lihat. Ada yang susah nak bangun sahur, ada tidur masa sahur, merengek-rengek kelaparan nak berbuka dan pelbagai lagilah kan.. :) Layankan aja dengan kesabaran sebagaimana ibu bapa kita dulu pun layan kita.

Baik, saya nak kongsikan beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk menggalakkan anak-anak kita berpuasa. Semoga ianya berguna untuk sahabat pembaca sekalian.

  • Ajak anak-anak untuk menghias rumah dan membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung agar anak-anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.
  • Bercerita kepada anak-anak tentang sejarah wajib puasa, syarat-syaratnya, rukun dan sunah di samping hikmah berpuasa supaya anak-anak melakukan ibadah ini dengan penuh kefahaman dan penghayatan.
  • Melatih anak berpuasa secara beransuransur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Berikan ganjaran serta pujian di samping hadiah untuk menggalakkan mereka terus berpuasa.
  • Bagi anak kecil yang berpuasa raikan mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga. Libatkan mereka dalam persiapan menyediakan juadah berbuka puasa.
  • ┬áBerikan motivasi dan penghargaan kepada anak-anak kerana mereka telah berusaha untuk berpuasa walaupun bukan sehari penuh. Penghargaan tidak semestinya dengan wang tetapi juga dengan bersahur dan berbuka dengan menu kesukaan mereka.
  • Semasa anak hampir lelap bisikkan kata-kata seperti, “esok kita nak bersahur lagi, mama kejutkan Ilham pukul 5 pagi ya”. Jadi ayat terakhir yang didengar adalah “kejut pukul 5 pagi”. Ini akan tertanam dalam otaknya. Mudah-mudahan dia mudah untuk bangun sahur bersama.
  • Jangan sesekali memperlekehkan anak jika dia tidak dapat menyempurnakan puasanya penuh sehari. Berikan galakan dan pujian. Apa yang penting adalah pengalaman, pengetahuan dan kesungguhannya untuk berlatih berpuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*