Ibu Bapa, Mari Jadi Tamak

doa anak

Assalamualaikum wbt,

Salam hari Jumaat kepada semua sahabat-sahabat alam maya. Moga hari ini dilimpahi berkat dan rahmatNya kepada kita semua, amin.

Kenapa ek, saya ajak ibu bapa semua jadi tamak ? huh kontroversi nih. Kita selalu ajar anak-anak kita jangan jadi tamakkan, tapi kali ini, saya pulak nak menyeru parents semua agar jadi tamak.Okay, mari saya kongsi.

Anatara sebab utama saya meng”homeschool”kan anak-anak saya kerana saya tamak pahala. Ya betul, saya tamak pahala. Semua pasti tahu yang antara 3 perkara yang bakal kita bawa di alam barzakh adalah ilmu yang bermanfaat yang diamalkan. Jadi apabila kita menjadi orang pertama yang mengajar anak-anak kita baik 1,2,3…, membaca, mengira, doa-doa, amalan-amalan yang baik seharian, adab, dan lain-lain lagi, maka seluruhnya amalannya dari kecil sehinggalah mereka dewasa, kita yang dapat saham pahalanya.

Contoh, jika kita mengajarnya membaca surah Al-Fatihah, bayangkan pahala yang mengalir pada kita ‘disana’ sepanjang amalan solatnya yang berterusan selama hayatnya. Itu baru Surah Al-Fatihah, belum termasuk ilmu-ilmu lain yang kita beri. Dan jika anak-anak kita pula mencurahkan ilmu itu pada cucu-cucu kita nanti, bertambah-tambah la aliran pahala kita, Subhanallah, Alhamdulillah.

Dalam hal ini, saya mengambil inisiatif untuk “merebut” saham amalan anak-anak daripada bakal guru-guru tadika mereka… maaf ya cikgu :D. Saya mahu saya yang mendapat manfaatnya.. bunyinya macam “jual ikan”kan, a.k.a selfish la tu. Tetapi biarlah… kerana sememangnya itulah harapan semua ibu bapa. Biarlah kita tinggalkan generasi yang dapat memberi manfaat pada kita bila kita sudah tiada lagi.

Jadi ibu bapa sekalian, walau sesibuk mana pun kita, ambil sedikit masa untuk untuk mereka. Berikan perhatian, luangkan waktu duduk bersama “mengasuh” mereka. Amatlah rugi jika kita menyerahkan mereka sepenuhnya kepada guru-guru disekolah untuk ditarbiyah sedangkan kitalah yang sepatutnya menjadi menjadi guru pertama mereka.

Bak kata Ustaz Don, anak kita, asset kita. InsyaAllah. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua. Panjang-panjangkan.

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*