Biarkan Mereka Beremosi

“Eh janganlah nangis, abang dah besar.. malulah orang tengok”

“Mana sakit, sikit je tu, jangan mengada-ngadalah”!

Biasa tak anda dengar ayat-ayat di atas di lontarkan pada kanak-kanak ? Biasakan. Atau mungkin kita sendiri pun pernah brkata begitu pada anak-anak. Pada kita, benda tu biasa saja, tapi pada mereka ? pernah tak kita terfikir kesan baik buruknya. Benda nilah yang saya nak berkongsi dengan semua hari ini.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Pagi Jumaat yang berkah ini.

Alkisahnya bermula begini, beberapa minggu yang lalu, saya terpaksa meninggalkan anak-anak seketika di kampung kerana mengikuti satu kursus. Semasa nak naik bas meninggalkan mereka, anak yang sulong mula menangis. Hai, saya pun jadi sebak. Tapi kuatkan jugalah semangat. Terdengar ibu dan adik saya memujuknya. Dan salah satu kata-katanya adalah seperti ungkapan pertama di atas. Saya faham tujuan mereka hanyalah untuk meredakan hati anak. Bila bas mulai bergerak memang nampak lah anak mula menangis. Dan saya yang masih di dalam bas ini terfikir-fikir akan ungkapan tadi,. Sejujurnya saya jarang praktikkan ungkapan begitu, yang biasanya saya akan bagi kata-kata semangat pada anak. Jangan salah faham, saya tidak menyalahkan ibu atau adik , mereka sudah terbiasa dengan keadaan begitu dan saya dulu pn sudah biasa begitu. Tapi saya ingin menyeru ibu bapa muda masa kini supaya mengubah benda yang kita anggap biasa ini. Benda yang kita anggap biasa inilah inilah sebenarnya lama-lama membentuk sahsiah dan menyerap masuk dalam emosi mereka. Jadi post entry kali ini adalah Biarkan Mereka Beremosi.

Emosi Anak

Anak-anak kecil , mereka sangat jujur. Apabila mereka kata mereka happy, mereka memang happy, bila mereka sedih bermakna mereka sedang bersedih. Mereka dalam fasa “membangunkan” diri, perasan dan emosi mereka. Jika saat mereka menangis dan kita berkata:

“Ish apa ni menangis, dah besar,malu orang tengok.”

Apa sebenarnya yang berlaku ? Kita sedang MENAFIKAN perasaan anak. Kita menidakkan apa yang mereka rasa dari segi emosi . Jika benda-benda BIASA ini kita sering lakukan, ia akan memberi kesan negatif pada emosi dan perkembangan diri mereka. Apa impaknya selepas ini adalah :-

1. Malu untuk meluahkan perasaan
Mereka rasa adalah sesuatu yang memalukan untuk menangis, kerena menangis itu kononnya tanda lemah atau kebudakkan-budakan. Akibatnya, lama- kelamaan mereka tak mahu untuk meluahkan perasaan. Sebabnya malu. Terbawa-bawa sampai dewasa, di alam pengajian tinggi malu untuk bertanya kerana bimbang orang lain kata kita bodoh. Sampai lah di alam pekerjaan, malu untuk bersuara atau memberi pendapat. Seterusnya di alam rumahtangga. Malu untuk meluahkan perasaan pada pasangan, semuanyanya malu sajalah ! Macam mana nak bahagia.Kemungkinan besar lelaki takut nak meluahkan perasaan pada isteri adalah disebabkan ini. Kerana telah dibiasakan untuk malu. Malu yang tidak bertempat! Jadilah orang yang tiada emosi.

2. Menunjukkan perasaan sebenar itu salah.
Akibat sering dinafikan perasaan mereka, anak-anak akan beranggapan menunjukkan perasaan sebenar itu salah. Lebih baik pendamkan saja. Semuanya di simpan dalam hati. Tidak mahu berterus terang. Dan akhirnya boleh membawa kepada jurang komunikasi

3. Tiada keyakinan diri
Anak-anak jadi tak yakin dengan diri sendiri, dengan pendapat sendiri dan emosi sendiri dek kerana sering di”kritik” sebegitu rupa. Biarkan Mereka Beremosi, tapi kita sebagai penjaga haruslah pandai mengawal keadaan.

Jadi sahabat-sahabat dan ibu-bapa sekalian, mulai hari ini mari kita ubah situasi ini. Jika anak-anak takut, kita comfortkan mereka, tanya apa yang mereka takutkan. Jika mereka sedih berikan kata-kata perangsang. Jika mereka gembira, kita join sekali meraikannnya. Tolong jangan sesekali menafikan emosi mereka. Selami hati dan minda mereka. Mudah-mudahan bonding dengan mereka semakin kuat, ikatan kekeluargaan semakin erat seterusnya membentuk masyarakat yang berkeyakinan tinggi dan generasi yang hebat. InsyaAllah.

Salam Sayang

Post untuk Biarkan Mereka Beremosi.

3 Responses to Biarkan Mereka Beremosi

  1. Salam, article yang sangat best dan berguna! Baru tersedar itu rupanya kenapa sesetengah lelaki terutamanya sangat berahsia ttg perasaannya terutama pada mak dan ayah bila mereka membesar, dan lebih sedih lagi hilang keyakinan diri! taboo kononnya anak lelaki tidak boleh menangis memang patut diketahui kesan buruknya!

  2. Pingback: Homepage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*