Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor

Salam Sejahtera semua.

Hampir seminggu bercuti dari menulis di blog. Ada masalah dengan connectivity internet. Alhamdulillah hari ini, semuanya sudah pulih, jadi mari teruskan misi menambah ilmu :)

Pasti semua tahu tentang playdoughkan. Saya percaya kita semua suka dengan plastisin ni.  Sememangnya bermain playdough atau bahasa biasanya plastisin, adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bukan kanak-kanak saja yang suka, kita yang dah terlebih usia ni pun teruja. Betul tak , betul tak ? hehehe.  Boleh buat bermacam-macam benda dengan playdough ni, tambahan pula dengan variasi warna yang pelbagai. Siapa yang tak tertawan  ;). Jadi tajuk entry kali ini ialah Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor

Salah satu aktiviti yang saya sediakan untuk anak-anak adalah dengan membuat bentuk huruf dengan menggunakan bahan ini. Saya biarkan mereka melakukan aktiviti ini dengan kreativiti mereka sendiri. Mahu dibengkokkan dengan cara bagaimana, warna apa yang ingin digunakan, serta susunan huruf itu sendiri mereka yang tentukan. Ternyata mereka memang suka! Selain daripada mengenal huruf, permainan ini sebenarnya meningkatkan kemahiran motor halus mereka atau fine motor. Sesuailah dengan tajuk kita,  Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor. Tanpa kita sedari, mereka sedang berusaha meningkatkan penguasaan dan pergerakan terhadap jari jemari mereka. Otak, mata dan tangan mereka berkoordinasi antara satu sama lain untuk membentuk “arca” yang diinginkan.

Jangan sesekali kita memaksa mereka mengikut idea kita, kerana apa yang mereka hasilkan adalah daripada daya kreativiti dan idea mereka tersendiri. Hormati, dan berikan galakan untuk mereka teruskan. Dengan cara ini juga akan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam membuat sebarang keputusan kelak.

Selain daripada membentuk huruf atau nombor, kita juga boleh sarankan mereka untuk membuat model binatang, pokok dan lain-lain lagi. Tapi awas, playdough ini tidak sesuai untuk kanak-kanak dibawah usia 2 tahun. Dikhuatiri dek kerana terlalu colorful, ditambah pula dengan teksturnya yang lembut, akhirnya playdough ini menjadi santapan lazat mereka. Pastikan ada pengawasan penjaga atau ibu bapa jika kanak-kanak dibawah usia ini bermain plastisin.

Playdough: Meningkat Fine Motor Skill

Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor Skill

Jadi itu saja untuk entry kali ini, Selamat Berkreatif dengan anak-anak tersayang :) !

 p/s: Playdough ini boleh didapati dalam warna yang pelbagai dengan harga yang murah dipasaraya besar. Cepat-cepat dapatkannya.

Post untuk entry Playdough: Meningkatkan Kreativiti dan Fine Motor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*