Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 2)

Assalam dan Selamat Pagi.

Amacam pagi ini ? Dah sarapan ? Kalau dah sudah, Alhamdulillah :)

Hari ini, kita sambung bahagian 2, post Menanam Sikap Tanggungjawab Anak. Tapi kali ini, saya nak buat dalam bentuk point supaya mata kita senang untuk membacanya. Terus shoot ke point dan terus masuk dalam kepala, senangkan.  Boleh terus applikasi. Tak payang pening-pening.

Apa yang saya nak kongsikan dalam bahagian ke-2 ni adalah teknik bagaimana untuk Menanam Sikap Tanggungjawab Anak. Apakah yang perlu kita ambil kira dan langkah yang perlu  dalam usaha menyemai rasa tanggungjawab dalam diri mereka. Mari kita lihat satu persatu :-

1. Kesesuaian Mengikut Umur.
Pastikan tanggungjawab yang diberikan kepada anak-anak adalah bersesuaian dengan umur mereka. Ini adalah untuk mengelakkan mereka berasa terbeban dengan tugas yang berlebihan dan sekaligus mematikan keinginan mereka untuk terus membantu.
Contoh :
1.Usia  2 tahun – memasukkan baju kotor ke dalam bekas pakaian kotor
2.Usia 3-4 tahun- mengemas katil sendiri

2. Biarkan Mereka Memilih Tugas Mana Dahulu
Duduk bersama anak-anak dan senaraikan tugas yang perlukan dilakukan bersama-sama. Biarkan mereka memilih tugas mana yang ingin mereka selesaikan dahulu. Jangan paksa mereka untuk mengikut apa yang telah kita tetapkan. Tidak kira yang mana dahulu atau dikemudiankan yang apenting adalah mereka ingin turut sama membantu. Objective meet !

Menanam Sikap Tanggungjawab Anak

3. Gunakan Kelebihan/Kekuatan Anak
Seperti point di atas, jangan paksa mereka untuk melakukan tugas yang mungkin mereka kurang minat atau kurang arif tentangnya. Beri tanggungjawab akan sesuatu kerja itu berdasarkan kekuatan mereka. Lebih mudah untuk kita Menanam Sikap Tanggungjawab Anak apabila mereka berkeyakinan
Contoh :
Seorang anak yang sukakan aktiviti di luar rumah boleh membantu untuk menyapu daun-daun kering, manakala anak yang sukakan aktiviti di dalam rumah boleh menolong kerja-kerja seperti melipat dan menyusun kain.

4. Reward
Reward atau dalam Bahasa Melayunya ganjaran. Berikan ganjaran pada anak-anak apabila mereka selesai melakukan tugas yang diberikan. Tidak perlu ganjaran yang mewah. Mungkin sekadar sebatang ais krim. Atau boleh juga  ganjaran itu dikumpulkan sebagai token dan apabila jumlah token mencapai bilangan tertentu, mereka boleh tukarkannya dengan membelikan buku yang mereka suka atau barang mainan yang mereka idamkan. Secara tak langsung kita mengajar mereka untuk “bekerja” bagi mendapatkan sesuatu.

5. Make it fun !
Yes, make it fun. Jadikan aktiviti ini sesuatu yang menyeronokkkan. Jangan terkejut jika anda lihat anak-anak anda melakukan kerja dengan super pantas bila televisyen terpasang. Atau menari-nari mengikut rentak lagu sambil menyidai kain, menyeronokkan bukan ?

Macam mana pula caranya dengan ibu-ibu diluar sana Menanam Sikap Tanggungjawab Anak ? Kongsikan dengan saya ya.

Post untuk Menanam Sikap Tanggungjawab Anak (Part 2)


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*