Tips Menyusun Permainan Anak

Tips Menyusun Permainan  Anak

Tips Menyusun Permainan Anak

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar ? Harapnya semua berada dalam keadaan yang baik belakalah ye.

Hari ini saya nak berkongsi Tips Menyusun Permainan Anak. Betul tak, jika saya katakan, kebanyakan ibu-ibu memasukkan semua barang perminan dalam satu kotak khas atau container plastik yang besar tu, termasuklah saya. Segala macam jenis kereta, anak patung, puzzle, blok dan entah apa-apa lagi bercampur baur. Bila anak nak main, dia akan tuang semua di atas lantai untuk cari permainan yang diinginkan, aduii penat kan. Pening juga tengok rumah bersepah.

Tapi apa yang saya praktikkan sekarang adalah memasukkan barang-barang permainan tersebut dalam zip lock plastik mengikut jenis. Ziplock bag ni kiranya bahan terpenting dalam Tips Menyusun Permainan Anak. Contoh, kalau kereta yang kecil-kecil  saya masukkan sekali dalam 1 beg plastik, set permainan keretapi yang ada track dan coachnya dalam plastik yang lain, blok yang sama jenis dalam plastik satu dan begitulah seterusya. Jadi kalau anak-anak nak bermain, dia boleh ambil beg plastik yang berkaitan saja dan bila dah habis main boleh simpan semula. Begitulah seterusnya. Jadi barang permainan mereka pun tak bercampur aduk sekaligus memudahkan mereka dan kita.

Plastik zip lock ni rupa bentuknya seperti plastik ubat yang kita dapat di farmasi atau di hospital dimana diatasnya ada lock jadi barang didalam tu tak akan keluar.  Plastik ini boleh didapati di kedai-kedai buku, atau pasaraya Hypermarket dengan pelbagai saiz. Untuk memudahkan urusan saya beli satu saiz yang besar untuk mengasingkan semua permainan seperti diatas. Gambar diambil khas untuk enty kali ini, Tips Menyusun Permainan Anak dengan tuan punya permainan :)

Jadi kepada ibu-ibu, bolehlah cuba guna plastik ini. Bukan setakat permainan anak-anak, tapi boleh juga digunakan untuk tujuan lain seperti mengasingkan barang basah dalam peti ais (ayam, ikan, daging)  ataupun menyimpan handphone, jam sewaktu pergi berkelah  (jadi tak basah). Semoga lepas ini, barang permainan mereka lebih tersusun dan kita pun tak lagi pening-pening kepala ;)

Selamat Mencuba  Tips Menyusun Permainan Anak !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>