Pelbagaikan Teknik Flash Card ~ Bukan Sekadar Imbas.

As salam semua,

Post hari ini tentang Mempelbagaikan Teknik Flashcard atau kad imbas. Sekarang ini sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.

Namun begitu, sebenarnya semakin bertambah usia seseorang bayi atau kanak-kanak, semakin sukar untuk kita melakukan sesi flash card ini. Ini kerana mereka lebih mobile atau mereka sudah mula ingin bergerak ke sana ke mari. Tak kiralah, sama ada mereka ingin meniarap, merangkak atau berdiri tetapi apa yang pasti daya tumpuan mereka sudah semakin berkurangan disebabkan ada tarikan yang lain untuk mereka terokai. Dan seringkali juga kita akan berasa kecewa bila mana kita tidak dapat menghabiskan kad-kad imbas tersebut disebabkan oleh keadaan ini. Tetapi jangan give-up dulu. Saya akan kongsikan teknik dibawah untuk kita aplikasikan sama-sama dalam Pelbagaikan Teknik Flash Card.

Hanya ada 2 bahan saja yang diperlukan. Magnet dan kad imbas. Caranya, hanya lekatkan magnet tadi dibelakang kad imbas dan viola ! dah siap. Kad imbas ini kita boleh lekatkan dimana-mana di sekitar dalam rumah kita. Sebagai contoh, kita boleh lekatkan flash card pada peti ais. Pada bila-bila masa kita masak, ambil satu kad imbas yang kita lekatkan, dan tunjukkan mereka kad imbas tersebut dengan cara yang santai sambil menyebutnya. Ulang untuk kad-kad imbas yang seterusnya. Tapi ingat,  pastikan lakukannya dengan santai dan fun. Tak perlu tergopoh gapah nak menghabiskan ke semua flash card tadi. Masa yang diambil pun tak sampai seminit untuk satu-satu flash card jadi anak-anak kita boleh sambung melakukan aktivitinya sendiri tanpa merasa tertekan untuk menghabiskannya.

Jadi mulai hati ini, buang semua fridge magnet pada peti ais kat rumah tu (jangan ikut tapi kalau nak ikut magnetnya jangan dibuang 😀 ) dan gantikan dengan flashcard bermagnet kita. Lebih jimat dan lebih bermanfaat !

Flash card Bermagnet

Gambar di atas adalah flashcard bermagnet yang saya lekatkan di katil anak-anak. Sebelum tidur atau waktu nap di petang hari, saya akan bermain flash card ini bersama-sama mereka.

Kongsikan dengan saya jika anda ada cara kreatif yang lain  untuk tools pembelajaran di rumah anak anda… :)

Salam Sayang :)

Post untuk Pelbagaikan Teknik Flash Card.

4 Responses to Pelbagaikan Teknik Flash Card ~ Bukan Sekadar Imbas.

  1. Salam,
    Thank you for your generous share. Cuma nak tahu lah, mana nak dptkan magnet tu.. ada ke jual kat bookshop? ada jgk some of homeschooling tips at my blog :)

    • Salam,
      magnet tu saya beli kat online. Banyak blogger2 craft yang jual. kalau kedai boleh cuba cari kat bookshoop atau kedai2 yang jual peralatan craft.

  2. Salam. Perkongsian yang menarik. Menggunakan magnet. Selalunya kita tampal je kat dinding kan. Kalau guna magnet, boleh ubah2 posisi flash card tu. idea yang menarik. Harap puan dapat meneruskan berblogging supaya idea dapat dikongsi bersama.
    Happy blogwalking here. Feel free visit and follow me at http://diariemil.blogspot.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*