Monthly Archives: April 2012

Pelbagaikan Teknik Flash Card ~ Bukan Sekadar Imbas.

As salam semua,

Post hari ini tentang Mempelbagaikan Teknik Flashcard atau kad imbas. Sekarang ini sudah ramai ibu bapa yang menggunakan kad imbas sebagai salah satu cara pengajaran untuk anak-anak mereka. Dan pelbagai jenis kad imbas pun ada di jual dipasaran. Tinggal pilih aje lagi.

Namun begitu, sebenarnya semakin bertambah usia seseorang bayi atau kanak-kanak, semakin sukar untuk kita melakukan sesi flash card ini. Ini kerana mereka lebih mobile atau mereka sudah mula ingin bergerak ke sana ke mari. Tak kiralah, sama ada mereka ingin meniarap, merangkak atau berdiri tetapi apa yang pasti daya tumpuan mereka sudah semakin berkurangan disebabkan ada tarikan yang lain untuk mereka terokai. Dan seringkali juga kita akan berasa kecewa bila mana kita tidak dapat menghabiskan kad-kad imbas tersebut disebabkan oleh keadaan ini. Tetapi jangan give-up dulu. Saya akan kongsikan teknik dibawah untuk kita aplikasikan sama-sama dalam Pelbagaikan Teknik Flash Card.

Hanya ada 2 bahan saja yang diperlukan. Magnet dan kad imbas. Caranya, hanya lekatkan magnet tadi dibelakang kad imbas dan viola ! dah siap. Kad imbas ini kita boleh lekatkan dimana-mana di sekitar dalam rumah kita. Sebagai contoh, kita boleh lekatkan flash card pada peti ais. Pada bila-bila masa kita masak, ambil satu kad imbas yang kita lekatkan, dan tunjukkan mereka kad imbas tersebut dengan cara yang santai sambil menyebutnya. Ulang untuk kad-kad imbas yang seterusnya. Tapi ingat,  pastikan lakukannya dengan santai dan fun. Tak perlu tergopoh gapah nak menghabiskan ke semua flash card tadi. Masa yang diambil pun tak sampai seminit untuk satu-satu flash card jadi anak-anak kita boleh sambung melakukan aktivitinya sendiri tanpa merasa tertekan untuk menghabiskannya.

Jadi mulai hati ini, buang semua fridge magnet pada peti ais kat rumah tu (jangan ikut tapi kalau nak ikut magnetnya jangan dibuang ūüėÄ ) dan gantikan dengan flashcard bermagnet kita. Lebih jimat dan lebih bermanfaat !

Flash card Bermagnet

Gambar di atas adalah flashcard bermagnet yang saya lekatkan di katil anak-anak. Sebelum tidur atau waktu nap di petang hari, saya akan bermain flash card ini bersama-sama mereka.

Kongsikan dengan saya jika anda ada cara kreatif yang lain¬† untuk tools pembelajaran di rumah anak anda… :)

Salam Sayang :)

Post untuk Pelbagaikan Teknik Flash Card.

Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tajuk di atas nampak gempakkan, Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah. Selain itu, pernah tak anda dengar tentang berita yang keluar di tv atau suratkhabar tentang bayi berusia sekian-sekian bulan atau kanak-kanak kecil mampu untuk membaca, menyelesaikan masalah matematik atau yang seumpamanya dengannya. Apa yang kita terfikir ? Wah, geniusnya budak ni ! Kita pun berharap-harap yang anak kita sendiripun akan jadi genius macam tu tapi ….

Sebenarnya semua anak-anak kecil malah bayi yang baru saja dilahirkan sebenarnya sudah GENIUS. Betul ke? Bercakap pun belum pandai, poo-poo pun masih dalam lampin, genius macam mana pulak? Ok mari kita lihat fakta.

Mengikut kajian sains ke atas umur kanak-kanak 0-3 tahun  :-

  • semasa bayi dilahirkan, mereka telah mempunyai 100 billion sel otak
  • otak mereka adalah 250% lebih aktif berbanding dengan otak orang dewasa.
  • otak mereka membentuk 1000 trillion sinaps (hubungan) menjelang usianya 3 tahun iaitu 2 kali ganda lebih banyak berbanding orang dewasa
  • mampu menghasilkan sinaps (hubungan) lebih pantas pada tahun pertama berbanding tahun-tahun yang lain.

Untuk lebih memahami mari lihat pula diagram dibawah :-

Synaps Dalam Otak Kanak-kanak 0-3 TahunDiagram di atas menunjukkan kepadatan synaps (jaringan atau hubungan) yang terhasil dalam otak kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding seorang dewasa.

Apa pula synaps ni ?  Synaps adalah jaringan yang terbentuk apabila sel-sel otak yang dikenali sebagai neuron di hubungkan dengan neuron yang lain dalam otak. Synaps inilah yang berperanan penting untuk perkembangan otak kanak-kanak yang membawa kepada perkembangan mental dan fizikal mereka. Jika neuron-neuron ini tidak dihubungkaitkan atau jarang digunakan lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja. Sebaliknya,jaringan synaps yang digunakan berulang kali akan menjadi kekal. Bagaimana untuk mencetuskan synaps dan menjadikannya kekal ? Jawapan adalah melalui stimulasi yang konsisten.

Jadi pada umur ini 0-3 tahun, lakukan apasaja aktiviti bersama mereka. Rangsangkan otak mereka untuk mencipta lebih banyak jaringan. Kerapkan bercakap-cakap dengan mereka, bermain, bercerita atau apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk anda dan sicomel. Ajarlah mereka apa saja yang anda inginkan, anda pasti surprise dengan kehebatan mereka. Percayalah anak kita pun boleh jadi genius macam mereka diluar sana.

Dan ini buktinya! Raisya@Bree sudah mengenal kebanyakan huruf hijaiyah seawal usia 9 bulan lagi. Bayi ini,mula diperkenalkan dengan huruf hijaiyah semasa berusia 7 bulan secara konsisten.

Jadi jangan terkejut jika Bayi 9 Bulan “Membaca” dan Mengenal Huruf Hijaiyah malah mereka sebenarnya mampu untuk¬† melakukan lebih dari itu.

Salam Sayang :)

Sumber : The Urban Child Institute

KFZFUGUNGH8T

Tips Menyusun Permainan Anak

Tips Menyusun Permainan  Anak

Tips Menyusun Permainan Anak

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar ? Harapnya semua berada dalam keadaan yang baik belakalah ye.

Hari ini saya nak berkongsi Tips Menyusun Permainan Anak. Betul tak, jika saya katakan, kebanyakan ibu-ibu memasukkan semua barang perminan dalam satu kotak khas atau container plastik yang besar tu, termasuklah saya. Segala macam jenis kereta, anak patung, puzzle, blok dan entah apa-apa lagi bercampur baur. Bila anak nak main, dia akan tuang semua di atas lantai untuk cari permainan yang diinginkan, aduii penat kan. Pening juga tengok rumah bersepah.

Tapi apa yang saya praktikkan sekarang adalah memasukkan barang-barang permainan tersebut dalam zip lock plastik mengikut jenis. Ziplock bag ni kiranya bahan terpenting dalam Tips Menyusun Permainan Anak. Contoh, kalau kereta yang kecil-kecil  saya masukkan sekali dalam 1 beg plastik, set permainan keretapi yang ada track dan coachnya dalam plastik yang lain, blok yang sama jenis dalam plastik satu dan begitulah seterusya. Jadi kalau anak-anak nak bermain, dia boleh ambil beg plastik yang berkaitan saja dan bila dah habis main boleh simpan semula. Begitulah seterusnya. Jadi barang permainan mereka pun tak bercampur aduk sekaligus memudahkan mereka dan kita.

Plastik zip lock ni rupa bentuknya seperti plastik ubat yang kita dapat di farmasi atau di hospital dimana diatasnya ada lock jadi barang didalam tu tak akan keluar.  Plastik ini boleh didapati di kedai-kedai buku, atau pasaraya Hypermarket dengan pelbagai saiz. Untuk memudahkan urusan saya beli satu saiz yang besar untuk mengasingkan semua permainan seperti diatas. Gambar diambil khas untuk enty kali ini, Tips Menyusun Permainan Anak dengan tuan punya permainan :)

Jadi kepada ibu-ibu, bolehlah cuba guna plastik ini. Bukan setakat permainan anak-anak, tapi boleh juga digunakan untuk tujuan lain seperti mengasingkan barang basah dalam peti ais (ayam, ikan, daging)¬† ataupun menyimpan handphone, jam sewaktu pergi berkelah¬† (jadi tak basah). Semoga lepas ini, barang permainan mereka lebih tersusun dan kita pun tak lagi pening-pening kepala ūüėČ

Selamat Mencuba  Tips Menyusun Permainan Anak !