Home made flash card 2

Okeh, seperti yang di janjikan di bawah ini di sertakan langkah-langkah berserta gambar macam mana cara mudah untuk buat kad imbas yang tahan lasak walaupun puas di gigit-gigit oleh hero dan heroin kita hehe ..


 1. Sediakan barang-barang keperluan seperti, pisau pemotong, pembaris, ring, paper punch, plastik laminate dan bahan untuk paparan.

 2. Buat 2*3 atau 2*4 column dan row di Microsoft Word dan isikan dengan meterial yang ingin paparkan. Macam saya buat huruf-huruf jawi. Dan boleh printkan. 

3. Lepas print, potong sikit bahagian tepi tepi kotak huruf tersebut supaya dapat di letakkan dalam kertas laminate seperti diatas.

 4. Lepas tu ni part yang best . Kita seterika paper laminate tadi. Caranya. biarkan kepanasan pada “cotton”. Alaskan dengan kain atas paper dan kemudian ironkan dia perlahan-lahan. Dan hasilnya nampak seperti laminate di kedai heheh ..

5. Bila dah selesai, potong huruf-huruf tadi dan punch kan kat atas. Dan bindkan dengan ring tadi. Dah siap!

Selamat mencuba…



8 Responses to Home made flash card 2

  1. good idea…bagus2…

  2. Mahani@mama homeschool

    assalamualaikum,
    kreatif betul :) suka tengok. Bila dah siap bahan macam ni tambah semangat nak mengajar kan! ^0^

  3. :|: TinTa Kibod :|:

    assalamualaikum…

    blogwalking..
    jumpa idea kreatif!
    TQ yeee…sukaaa….

  4. tq ! :) idea yg sgt kreatif :) semoga ank puan menjadi ank yg cemerlang dunia and akhirat :)

  5. Salam…Saya tiru idea ni utk buat flip card anak saya….dah tunjuk kat blog….Tq for the idea ya…!

  6. Creative.. tak pyh beli laminator kan…thanx for the tip… 2 thumbs up for you!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*