Monthly Archives: October 2011

Home made flash card 2

Okeh, seperti yang di janjikan di bawah ini di sertakan langkah-langkah berserta gambar macam mana cara mudah untuk buat kad imbas yang tahan lasak walaupun puas di gigit-gigit oleh hero dan heroin kita hehe ..


 1. Sediakan barang-barang keperluan seperti, pisau pemotong, pembaris, ring, paper punch, plastik laminate dan bahan untuk paparan.

 2. Buat 2*3 atau 2*4 column dan row di Microsoft Word dan isikan dengan meterial yang ingin paparkan. Macam saya buat huruf-huruf jawi. Dan boleh printkan. 

3. Lepas print, potong sikit bahagian tepi tepi kotak huruf tersebut supaya dapat di letakkan dalam kertas laminate seperti diatas.

 4. Lepas tu ni part yang best . Kita seterika paper laminate tadi. Caranya. biarkan kepanasan pada “cotton”. Alaskan dengan kain atas paper dan kemudian ironkan dia perlahan-lahan. Dan hasilnya nampak seperti laminate di kedai heheh ..

5. Bila dah selesai, potong huruf-huruf tadi dan punch kan kat atas. Dan bindkan dengan ring tadi. Dah siap!

Selamat mencuba…



Solat Sunat Hadiah

Salam dan selamat di pagi hari yang berkat.
Hari ni nak kongsi tentang solat sunat hadiah. Solat ini di lakukan dengan harapan dan niat supaya pahala  solat ini akan sampai kepada si mati. Di bawah ini adalah tatacaranya :-

Solat Sunat Hadiah

Dilakukan sebanyak dua rakaat setelah jenazah dikuburkan pada siangnya, maka pada malamnya sesudah solat Maghrib atau Isyak dilakukan solat sunat hadiah bagi si mati

Niatnya:
“Sahaja aku solat sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala”

Surah-surah:
Rakaat pertama:
Al-fatihah (1x) dan Ayat Kursi (1x) AL-ha kumuttasur (1x) Surah Al-Ikhlas (10x)

Rakaat kedua:
Al-fatihah (1x) Ayat Kursi (1x) Al-ha kumttakasur (1x) dan Surah Al-Ikhlas (10x)

Doa selepas solat sunat hadiah:
“Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendirikan solat sunat ini dan Engkau mengetahui apa yang aku inginkan. Ya Allah, hantarkanlah pahalanya kepada kubur si fulan bin / binti si fulan (nama si mati) dengan kelebihan dan kemuliaanMu, wahai yang paling Pengasih”

Sumber : HIMPUNAN 100 SOLAT-SOLAT SUNAT, QIAMULAIL, DOA-DOA, MUNAJAT DAN ISTIGHFAR…
Penulis : AL-FADHIL AL USTAZ HAJI AHMAD BIN HAJI IBRAHIM.
Terbitan : Al-Hidayah

Moga-moga ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Amin

p/s: Jangan lupa hadiahkan pada orang yang tersayang walaupun setelah mereka ‘pergi’

Home made flash card

Salam semua,
Kabare ? Waras ?  hehe sesekali cakap jawa pulak (2, 3 butir je yg paham pun 😀 , kalo org jawa betul tanya balik mau melpong di bueknyo.. )

Sekarang ni, tengah struggle nak siapkan kad imbas jawi untuk anak. Selalu jumpa Alphabet Roman je kan. Jawi macam tak jumpa pulak. Mungkin ada cuma belum berjumpa. Ada ternampak hari tu tapi tak boleh nak buka tengok,  jadinya tak puas hati lah.. so dapat idea buat sendiri. Ilham sekarang dah pandai Aa, Ba, Ta sampai Ya. Kiranya kad imbas ni untuk adik-adiknya lah pulak. Caranya senang je. Tapi tak dapat nak upload gambar lagi sebab belum betul-betul siap. Tinggal proses terakhir je lagi iaitu untuk laminate paper bagi dia tahan lama. Nanti dah siap saya cuba uploadkan sekali dengan printable jawi tu ye, so senang korang nak download. Tu aje lah buat masa ni, nanti saya kongsi cerita tentang kad imbas lagi ye..

Jaga Diri..