Raya yang berbeza

Salam pagi Khamis,
Amacam kerja korang hari ini ? ok ? Kalau tak ok pun, ok ok kan la ye, sebab ni sumber rezeki kita.. kalau ngelat nanti rezeki pun tak berkat .. kalau nak beraya boleh sambung hujung minggu nanti.. kita serbu rumah terbuka pulak..

Aidilfitri kali ini banyak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya… sebabnya yang pertama, inilah kali pertama aku beraya sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dengan sikit-sikit buat bisness dari rumah atau bahasa sekarang WAHM. Kalau tak tahu ape ke makhluknya WAHM tu, boleh tanya makcik gugel. Dia sedia membantu anda heheh. Rupanya bukan senang menguruskan rumahtangga sepenuh masa 24/7 ini sebenarnya. Dengan anak-anak kecil 3 orang dibawah usia 5 tahun sangat-sangat la menuntut kesabaran dan kecekalan hati yang tinggi. Mana nak kemas rumah, nak masak, nak menguruskan setiap seorang dan lain-lain me.. lagi. Di tambah pula bulan puasa bebaru ini. Wah..  bertambah selim shady la den .. tak percaya ? sila jangan percaya.. :D..

Ini juga kali pertama aku beraya sampai habis cuti (cuti hubby la, aku kan keje sendiri ) di kampung ku yang tercinta di Batu Kurau, sebab ibu dan ayah  mertua berpuasa dan berhari raya di tanah suci Mekah, buat umrah.. Jadi kami sekeluarga belum lagi berpeluang pulang ke kampung belah suami.. Dah lama tak beraya lama-lama di kampung sendirik .. last sekali masa bertunang 5 tahun lepas…beraya sampai pengsan … lepas tu takde dah la ..

Juga Raya paling banyak aku pergi makan-makan rumah adik beradik. 3 rumah je pun tak la banyak .. tapi tetap best. Borak-borak dengan anak-anak sedara, cucu sedara dan lain-lain sedara mara lah..

Pecah rekod bila kali ini juga aku dengan jayanya buat 2 kek. Kek coklat dan kek carrot cheese. Psst ..  nasib bek sedap heheh (perasan sket boleh)..

Last but not least, akhirnya dapat juga kami merasa beraya bersama 5 sekeluarga. Beraya bersama Bree, bayi miracle kami. Dia pun dah pandai bergaya dengan baju kurung bunga-bunga, thanks to her Pandak Wan yang belikan .. dan berjumpa dengan ibunda tercinta dan sanak saudara yang lainnya.. Alhamdulilah dengan semua nikmat dan kurniaan daripada ALLAH SWT.

4 Responses to Raya yang berbeza

  1. alaaaa…comelnyer nyer bree pkai baju kurung dah yer… nnt bleh ajak ibu beraya ker langkawi plak :)

  2. rumah sapa makanan paling sedap??heheheh

  3. ???????? tinie???????? ??•???

    COMELNYA BREE pakai hairband

    ingat plak baby najwa umur baru 8 hari ai dh pakaikan hairband, berbekas smpi skerang huhuhu
    kepala baby masih lembut

  4. saya dok rumah dengan 3 hero umur 1 – 5 tahun, sekembali dari opis, just waktu petang sementara tunggu ayahnya balik pun rasa nak nanges.. hehe..

    jemput ke blog http://hebatkan.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*