Sedekahlah Al-Fatihah

Assalamualaikum wbt.
4 tahun yang lepas, semasa menghadiri majlis perkahwinan kawan baik saya (suami suka usik dengan panggil “kawan sebuaian” saya sebab dah berkawan dengan kawan ni sejak dalam buaian lagi .. :)  ), saya, suami dan seorang makcik duduk makan semeja. Sambil borak-borak kosong tu, dia ada bertanya tentang anak memandangkan, masa tu, saya pun baru saja hamil anak sulung 3 bulan kalau tak silap.

Makcik tu very nice and humble person. Sempat dia bercerita pada saya satu perkara yang sampai kini saya ingat. Semasa anaknya bersekolah dulu, ada seorang murid yang tahap kecerdasannya biasa-biasa sahaja, tidaklah begitu genius atau lemah sangat, tetapi apa yang menarik tentang anak ini ialah, dia begitu menghormati orang tua, mendengar cakap dan sangat sopan. Bak kata usop wilcha, “well behaved” hhehe (english edukesyen gitu ) . Semua guru suka dan sayang pada budak ni. Apabila guru kelasnya menanyakan kepada ibunya bagaimanakah didikan di rumah ? Ibunya menjawab bahawa semasa dalam kandungan lagi dan sehingga sekarang, setiap hari pasti ibunya akan menyedekahkan surah Al-Fatihah pada anaknya.. MasyaAllah. Hebat kan ?

Lalu, makcik tu pun berpesan pada saya, nanti lepas solat amalkan bacaan Al-Fatihah dan sedekahkan pada orang-orang yang kita kasihi. Berikan pada yang sudah tiada mahupun yang masih hidup. Ini supaya roh mereka sentiasa tenang dan mendapat keberkatan hidup dari Allah. Caranya :-

1. Pertama sekali hendaklah menyedekahkan surah Al-Fatihah kepada langit dan bumi dan di ikuti bacaan surah.
2. Seterusnya bolehlah sedekahkan kepada sesiapa saja yang kita mahu dengan niat

“Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya (sebut nama dan bin/binti)”

cth : “Aku sedekahkan surah Al-fatihah ini kepada rohnya bapaku Abu Hassan bin Ali” dan teruskan dengan bacaan.

3. Dan jangan lupa sedekahkan untuk diri sendiri juga .. :)

Harapnya perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallahualam.

Owh kawan saya tadi tu dah pun ada anak 2, gegirl hehe.. comel-comel dan bijak belaka.. semoga mereka kekal bahagia hingga ke syurga. Amin

2 Responses to Sedekahlah Al-Fatihah

  1. Lagi satu saya pernah dgr ustaz ckp, pagi2 sblm anak gi sek atau kita gi keje, letak tgn kanan atas ubun anak dan baca alfatihah…

  2. ye betul tu mama2Q .. boleh amalkan juga.. tapi anak2 saya belum bersekolah lagi.. nnt pasti akan amalkan juga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*