Projek Hujung Minggu


Assalamualaikum semua,
Apa macam hari Isnin ni ? Ada yang kerja tapi ramai yang masih bercutikan sempena cuti ganti Hari Keputeraan Baginda Yang Dipertuan Agong.

Ha, hari sabtu, maka berjalanlah projek hujung minggu yang memang dah lama teringin nak buat. Dok usha usha gambar je sebelum ni, so hari sabtu tu saya teruskan niat membuat projek yang satu ini. Nak tau buat ape.. hehehe.. Cinnamon Roll.. yeah.. ok tak nak cakap banyak. Sila jamu mata dengan gambar-gambar kat bawah

sebelum di masukkan kedalam oven. susun atas dulang

dah siap dengan frosting cream cheese.

Buat sendiri puas hati. Rasa pun not bad (puji sendrik pulak hehe). Nasib suami suka, cuma anak-anak nampak pelik sikit benda ni sebab dorang tak pernah makan hahah.. Tak pe, mama buat roti yang lain pulak ye .. hehe

Resepi ni saya dapat daripada blog Kak NorMasri, otai bab masak memasak dalam forum cari. TQ kak Noor. Selamat mencuba. .. :)

Cinnamon Rolls

Bahan:

Doh

100 ml air
200 ml susu segar
55 g mentega
48 g tepung superfine
1 biji telur
10 g gula
3 g garam
550 g tepung high protein
7 g yis segera
1 sudu kecil esen vanilla

Inti

55 g mentega
125 g gula perang
9 g serbuk kulit kayu manis (cinnamon)

Topping

112 g cream cheese – dibiar pada suhu bilik
55 g mentega
80 g gula icing
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar susu segar

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan doh, uli sehingga licin.

Perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda

Tumbuk dan canai menjadi segiempat berukuran 17×10 in. Sapu mentega atasnya kemudian tabur dgn campuran gula perang dan cinnamon. Kemudian gulung memanjang dan potong menjadi 16 ketul berukuran 1 in setiap satunya.

Susun dlm loyang dan biarkan naik sekali ganda atau selama 45 min. Sementara itu buat topping dgn mencampurkan semua nya dan kacau sebati.

Bakar roti pd suhu 170C selama 15-20 min. Apabila masak, dan ketika masih suam sapukan topping atasnya.Sedia utk dimakan.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*