Finally kena Room In

Assalamualaikum semua,
OK, last update tentang Bree 27 April lepas kan.. hari ini nak kongsi update terbaru.

2 hari lepas semasa kami melawat Bree, berat dia dah pun 1.65kg. Memang dah sepatutnya pun kena masuk hospital untuk tinggal bersama-sama dengan baby atau pun bahasa singkatnya Room In, tetapi disebabkan tak ada katil kosong, jadi kena lah balik dulu.

Tapi tadi, nurse dari hospital dah telefon menyatakan sekarang dah ada katil kosong. Jadinya sekarang ni , tunggu suami pulang lepas tu bermula lah episodku berumah di hospital pulak. Dengar-dengar dari cerita kawan-kawan terdahulu, kena duduk dalam sana sampai la beratnya cecah satu tahap yang dibenarkan keluar, mau makan 1-2 minggu jugak.. Hai tak ber online la selama tu.. Tak apa lah.. yang bestnya nanti dapat balik dengan Bree. Dapat kumpul balik semua..

So kawan-kawan.. nanti saya update lagi yek, ape cerita sepanjang duduk di hospital nanti, best ke tak ke, boring ke , seram sejuk ke, heheh .. nak  bersiap-siap ni.. jumpa lagi …. tata ~

One Response to Finally kena Room In

  1. bonda dadif aka akish

    selamat…takpe..yg penting kite dpt pantau bby depan mate sendiri..

    =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*