Sudahkah Anda Ucap "Terima Kasih" hari ini ?

Dalam kita menjalankan tugas seharian baik di rumah, di tempat kerja mahupun di mana-mana, kita sebenarnya tidak keseorangan. Ramai orang-orang di sekeliling kita yang secara kita sedar atau tidak telah banyak membantu kita melicinkan tugas-tugas atau menjadikan kehidupan kita lebih baik tanpa kita duga. Kadang-kadang kita terlepas pandang atau pun  buat-buat tak tahu.

Ucapan terima kasih bukan hanya di tujukan kepada teman-teman di tempat kerja saja, bos-bos atau pun orang-orang yang kita kenal malah lebih daripada itu. Ada tak kita ucap terima kasih pada :-

  • tukang sapu di pejabat kita kerana membuang sampah-sarap yang penuh dalam bakul sampah serta memastikan keadaan persekitaran kita bersih 
  • tukang cuci  yang tanpa jemu mengelap lantai atau meja untuk menjadikan kita lebih selesa di tandas mahupun di tempat awam
  • abang-abang posmen yang sentiasa amanah memastikan surat-surat penting kita sampai ke tangan kita tanpa mengira hujan atau panas (mereka ni naik motor aje tau). Ini termasuklah abang-abang penghantar bungkusan/surat dengan kurier
  • pemandu-pemandu bas atau kenderaan awam yang lain yang menghantar kita ke tempat kerja atau kemana-mana destinasi yang kita mahu pergi walaupun dah beratus kali mereka pergi ke tempat yang sama
  • abang-abang Alam Flora yang sentiasa tabah mengangkut sampah -sampah yang busuk dari  rumah kita tanpa merungut.
  • dan ramai lagi yang saya tak sempat nak sebut disini.

Ucaplah “terima kasih” pada mereka dengan senyuman kerana tanpa mereka hidup kita pun tidak sempurna. Janganlah memandang rendah kerana walaupun kita ini bos, tapi apalah gunanya bos tanpa pekerja-pekerja bawahan. Hargailah mereka ini kerana mereka memang layak untuk di hargai.

Akhir sekali jangan lupa ucap terima kasih pada Allah yang memberikan kita kasih sayang dan nikmat tanpa sempadan. Alhamdulillah

Sudahkah Anda Ucap “Terima Kasih” hari ini ?

2 Responses to Sudahkah Anda Ucap "Terima Kasih" hari ini ?

  1. terima kasih mengingatkan saya…

  2. kak su,

    nora pun lately ni try untuk ucap terima kasih kat semua org. sebelum tak kisah pun nak cakap kat org jaga tol, waiter, atau siapa2 saja yg nora rasa nora bayar for their services. tapi sejak nora kawan dgn sorang ni, nora tgk dia cakap kat semua org, and nora tanya dia. jawapan dia buat nora berfikir. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*