Rania ~ 2 years now!

Salam to all,
Pejam celik, pejam celik, puteri kami yang kedua, Rania, telah pun mencecah usianya yang ke-2 tahun. Kami sambut ala kadar sahaja kerana kali ini agak sibuk menguruskan rutin seharian dan hal-hal yang berkaitan. Tambahan pula 2 hari sebelumnya, saya ada kursus di Bangi dan pulang tepat pada tarikh  hari lahirnya. Jadi, kami sambut pada malam keesokkan hari nya.
Saya hanya buat kek coklat kesukaan anak-anak dan hiaskan dengan glitter dan lilin yang besar gedabak di sekeliling. Itu pun abangnya dah tak sabar-sabar nak  tiup lilin. Adiknya terkuis-kuis nak makan love glitter atas kek tu. Biarlah sederhana asalkan anak-anak gembira. Hadiah pun tak ada tahun (alahai sedihnya Rania).. tapi kami janji akan bawa Rania dan abangnya bergembira di acara SaraKids ahad ini.
Doa kami semoga Rania membesar menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Dan semoga apa yang di cita-citakan nya tercapai. Amin..

Selamat Ulang tahun Rania ~~~

p/s : papanya takde dalam gambar sebab jadik jurugambar .. heheh

3 Responses to Rania ~ 2 years now!

  1. happy birthday Rania…
    moga membesar menjadi anak kebanggan ibu ayah ya… :)

    Su, pg ke event sarakids ahad ni?
    bestnya tu, mirah mcm tak dpt je nak join ni..

  2. bonda dadif aka akish

    hepi besday yg ke2 rania…

    =)

  3. hepi besday to rania, lbh kurang sebaya yer anak2 kita, my 1st qaisara 2 yr + 3 month, baby qaid corrected age 4 months..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*