MBfPC ~ Malaysian Breasfeeding Peer Counselor

Salam penuh keberkatan di pagi Rabu ini,
Cerita tentang MBfPC ni dah hampir 3 minggu lepas tapi tak apalah, nak update juga.

Setelah permohonan berjaya untuk menyertai kursus ini, maka kami beramai-ramai telah berangkat ke Rumah Jannatul Ilmu Firdaus yang bertempat di Bangi. Kursus ini mengambil masa selama empat hari 9, 10, 16 dan 17. Berpusing-pusing juga mencari lokasinya kerana saya tak biasa dengan area ini, Alhamdulillah akhirnya berjumpa juga. Di sana, memang dapat kenal ramai kenalan baru dari pelbagai latar belakang dan sudah tentunya pengasas susuibu.com turut bersama, Pn Kamariah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Kam. Mudah mesra orangnya.

Banyak yang kami belajar di situ dan satu perkara yang paling saya tak lupa, kebaikan hati Kak Lina@Rashliana yang membenarkan saya menumpang tidur di rumahnya disebabkan jarak rumah saya memang jauh. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Hanya Allah saja yang boleh membalas kebaikan akak. Sempat juga bertemu dengan mirah@Nor Sumirah yang pernah komen di blog ini, tak sangka kan mirah .. 😀 .. Peramah dan manis orangnya .. :) dan ramai lagi kawan-kawan yang tak tersebut di sini.

Tujuan MBfPC ini diadakan adalah untuk melatih ibu-ibu yang berpengalaman menyusui bayi mereka untuk mempromosi dan memberi galakan serta sokongan kepada ibu-ibu lain di komuniti mereka. Jadi sekiranya terdapat kemusykilan, sudi-sudilah berkongsi dengan saya, kalau boleh saya tolong, saya akan bantu semampu boleh dan jika ada persoalan yang tak terjawab, akan saya ajukan kepada yang lebih arif.

Akhir sekali, saya amat berharap semoga ilmu ini dapat sama-sama kita manfaatkan untuk kebaikan generasi kita. Martabatkan sus ibu !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*