Bagaimana Mendisiplinkan Anak (Kerja Rumah)

Salam Pagi Khamis,
Hari ini saya nak berkongsi tips bagaimana mendisiplinkan anak melakukan kerja rumah. Bukan kerja rumah dari sekolah, tapi kerja-kerja rutin di rumah. Pada usia berapa ? Apakah kerja-kerja yang patut kita minta mereka lakukan ?

Mendisiplinkan anak ada pelbagai cara. Ada yang menggunakan rotan dan ada juga menggunakan cara lembut. Bagi saya, saya guna kedua-duanya mengikut keadaan tertentu dan bergantung pada usia. Sebenarnya kanak-kanak seawal usia 2 tahun sudah boleh kita latih melakukan kerja rutin harian.

Pada waktu begini, mereka sangat berminat dengan apa yang kita buat. Tentu anda ingat, bagaimana mereka beriya-iya nak menolong memotong bawang di dapur, mengelap lantai, menumbuk cili dengan lesung dan macam-macam lagi. Jadi kita ambil kesempatan ini melatih mereka membuat rutin yang sesuai dengan usia mereka. Mereka lebih mudah menerima apa yang kita ajarkan  kerana otak mereka adalah seperti span yang mampu menyerap apa sahaja pembelajaran yang ada di persekitaran.

Secara peribadi, antara kerja rumah yang biasa saya latih mereka lakukan adalah :-

  • mengelap lantai dengan kain/mop
  • membasuh kain (menggunakan mesin basuh, of course ! :D) 
  • meletakkan pakaian kotor mereka di dalam baldi
  • mengemas tempat tidur/bilik mereka
  • membasuh cawan sendiri. 

Untuk kerja-kerja yang lebih berat pastikan ada pemantauan dari orang dewasa untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Proses melatih sememangnya memakan masa dan anda akan selalu berhadapan dengan kerja yang  tidak sempurna. Tetapi ini adalah proses untuk mereka belajar. Bersabar dan teruskan usaha murni anda untuk mendidik anak-anak. Ini adalah masanya untuk kita menerapkan nilai-nilai disiplin dalam diri mereka. Biarkan mereka melaluinya secara semulajadi. Ingat, kita pun tidak pandai melakukannya suatu ketika dahulu. Bukan kah practise makes perfect ? Semoga Membantu.

2 Responses to Bagaimana Mendisiplinkan Anak (Kerja Rumah)

  1. saya amat sokong sekali tu, anak saya berumur 2 thn pun mmg suka menolong dari asal suka memerhati dan terus buat, tak payah suruh.. dia akan buat apa yg mamanya buat.. :)

  2. bagus tu kak.. mmg kena latih.. kalau tak bila dah besar payah nak suruh kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*