Pejam celik pejam celik dah sebulan..

Itulah… pejam celik, pejam celik esok genap la sebulan usia Bree. Sebulan juga aku berulang alik ke hospital tanpa jemu menemani anak kami yang masih dalam incubator. Bree dah banyak menunjukkan kemajuan.
   Feeding untuk satu session dah naik ke 10ml. Berat pun dah meningkat ke 840 gram. Kadang-kadang semasa kami bercakap-cakap dengannya tentang keletah abang dan kakaknya di rumah atau bercerita tentang aktivti yang bakal kami lakukan bersama bila dia kembali nanti, Bree akan tersenyum. Seolah-olah faham dan mengerti yang kami ada di sisi. Wayar-wayar sudah banyak di tanggalkan. Yang tinggal hanya tiub susu yang masuk terus ke ususnya serta ventilator pernafas yang dilekatkan ke hidungnya. Misi pun ada beritahu kami yang najisnya nampak elok dan sihat. Tak ada tanda dia sakit perut seperti sebelumnya. Alhamdulillah .. kami bersyukur sangat.
   Tentang komplikasinya, aku tak dapat berjumpa lagi dengan doktor yang merawat untuk mendapatkan penerangan lanjut. Cuma info terbaru aku dapat daripada kad anak yang di lekatkan di incubatornya. Ada sedikit catitan di atasnya yang ingin aku kongsi :-

  • gred II of IVH
  • left periventracular cyst, same size
  • PVH

Daripada pembacaan sebelum ni, IVH ada 4 peringkat. Peringkat I dan II , peringkat biasa tetapi kalau III dan IV di anggap serius. So, Alhamdulillah Bree hanya gred II. Cyst pun nampak gayanya tak membesar.. Doa aku semoga dia akan terus sihat dan membesar bagai johan (errk.. tersedak bapak mentua ku yang bernama Johan hehe)
   Terima kasih yang tak terhingga untuk saudara mara, sahabat handai alam nyata dan alam maya, kawan-kawan sekolah, satu course dan lain-lain yang aku tak sempat nak tulis nak sini. Doa tulus kalian yang memberi semangat dan dorongan untuk kami sekeluarga terus tabah. Dan tak lupa juga untuk ibu, ibu-bapa mertua dan teristimewa untuk suami tersayang yang sentiasa memberi perangsang dan galakan. Sayang semuanya *hug.

4 Responses to Pejam celik pejam celik dah sebulan..

  1. ???????? tinie???????? ??•???

    alhamdulillah Bree dah menunjukkan kemajuan :)

  2. Salam dear, just want to share. My 2nd boy was also premature. He was only 24 weeks at birth! And weighing only 725gm (few days later become 600gm). Was admitted to nicu for 101 days. And alhamdulillah survived without any complications! Now at 26 weeks of age (corrected age is 12 weeks) he is smiling, laughing, and talking (in his language)…Allah is great!! Subhanallah. Kata pakar O&G yang menyambut kelahirannya this boy is miracle! Dan itulah baby terkecil pernah disambutnya sepanjang dia bekerja sebagai pakar. Sesungguhnya Allah itu tak akan menguji kita melainkan kita memang mampu menghadapinya. So be strong. Let's pray for your little one, may she survived in a good condition, and no complications..InsyaAllah

  3. Cik Ina minat Do do Cheng

    Salam perkenalan,

    Syukur pada Allah SWT, anak awak dah menunjukkan kemajuan. jangan lupa update selalu perkembangan anak awak, makcik tunggu.

  4. Deena Sulaiman

    A'salam pensil magik, hari ni dah 5 hari yasmin di wad PICU, hari ni dpt berita dr babah yasmin ada prob di jantung dan paru2 pula.. harap deena mampu hadapi seperti pensil magik.. hanya air mata peneman deena setiap hari.. :(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*