Gambar-gambar My Little Preemie

Assalamualaikum semua,
   Hampir 10 hari blog ni tak ber update. Agak sibuk kebelakangan ni menguruskan keluarga dan berulang alik ke hospital menjenguk permata hati kami serta dalam proses menyiapkan shopping cart yang terbaru :) .. Nanti bila dah siap, akan di update kat sini ye..
   Semalam kami berdua pergi melawat Bree di hospital. Dia nampaknya aktif bergerak. Sukatan susu juga telah di naikkan ke 8 ml pada awalnya tapi terpaksa di turunkan ke 6 ml sebab dia muntah. Mungkin perutnya belum mampu untuk menampung jumlah itu.
   Sebelum ini, doktor ada memberitahu yang mereka jumpa satu lagi jenis micro organisma dalam darahnya, Tapi nama benda tu aku tak sempat nak suruh doktor tu tulis 😀 macam sebelum ini. Apa yang mereka buat sekarang hanya teruskan pemantauan dulu sebelum buat keputusan sama ada nak letak antibiotik tidak. Kalau nampak serius mereka akan update kami. Itu janji doktor tu.
   Pada hari yang sama juga, doktor ada maklumkan beberapa perkara yang buat aku tak dapat nak tidur malam. Antaranya :-

  • ada satu bahagian dalam jantung yang sepatutnya akan tutup bila bayi lahir tapi ini tidak berlaku pada Bree. Bahasa saintifiknya Patent Ductus Arteriosus (PDA). Ini mungkin di sebabkan dia bayi pramatang jadi bahagian dalaman organnya tidak begitu sempurna. Lama-kelamaan, Insyaallah ia akan tutup. Aku positifkan diri,
  • ada ketulan darah beku atau IVH dalam otak (doktor cakap memang kadang-kadang pramatang baby ada)
  • yang paling menakutkan, ada cyst atau ketumbuhan dalam otak juga yang masih belum dikenalpasti jenis dan tahap keseriusannya . Doktor masih monitor perkembangan.

Apa pun keadaannya aku tetap yakin dia akan sembuh seperti bayi-bayi sihat yang lain. Aku pasti akan membawa dia pulang ke rumah kami suatu hari nanti. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Bree. Setiap kali aku melawatnya, pastu aku akan berbual-bual, berzikir dan mengaji bersamanya. Aku mahu dia tahu bahawa aku sentiasa ada bersamanya memberi semangat dan kekuatan. Aku ingin dia kenal suara ibunya yang sering berkata-kata padanya ketika dia masih di dalam alam rahim sana. Aku yakin dia juga cekal dan mampu mengatasi segala ujian ini dan sampai masanya kami semua akan bersatu semula.. Amin

Hari Pertama , 14 Februari 2011 ~ 10 PM
Hari Ke-14, 28 Februari 2011 ~ 5.43 PM
Hari Ke-22, 8 Mac 2011 ~ 6.35 PM

9 Responses to Gambar-gambar My Little Preemie

  1. harap ko betul2 tabah..sedih aku dgr coretan ko ni..aku ari tu anak letak bawa lampu sbb jaundis tinggi pun aku dah melelehkan air mata..semoga baby bree cepat membesar dan sihat…aminnnnnn

  2. ???????? tinie???????? ??•???

    sabar dan doa banyak2 yer
    semoga bree akan sihat sepenuhnya dan akan balik rumah tak lama lagi :)

  3. Sue, Nephew Mas ada problem PDA ni. He's down syndrome. Dah nearly 4 yrs old now ni :D. later on kalau Sue nak cari org nak refer, share or nak dapat kata2 semangat.. Sue bgtau Mas. I can introduce you to my Biras. Sebab selalu sangat masuk hospital baby dia ni… Dia pun dah blh jadi doktor. InsyaAllah dengan izin Allah baby Bree sure akan ok.

  4. Assalamaualaikum. Lama akak tak jenguk blog sebenarnya. Tergerak hati ari ni, dpt juga tgk baby su. Baby prem ni mmg mirip sgt rupanyanya. Teringat masa khalisha kluar dulu.
    Insyallah, Su doakan yang terbaik. Mmg akan ada byk benda tak pasti sampailah dia setahun dua nanti. Tp percaya semua tu Allah dah rancang dia tau mana yang terbaik.
    Susu ibu tu dah penguatnya. Insyallah.

  5. Akak doakan baby Bree cepat sihat dan keluar cepat dari spital.. adik sabaq naa..

  6. MERAH:InsyaAllah akan sentiasa berdoa dan bersabar

    ima-life: terima kasih atas kata2 semangat .. memang tersentuh naluri keibuan bila lihat anak sakit .. InsyaAllah doa ibu2 akan membantu. selamat berkenalan..

    tinie:time kasih tinie.. sangat terharu dengan ingatan dan doa tinie..

    mas:tima kasih baca blog aku mas.. nnt aku gtau .. mmg banyak kena dapat info..

    kak wah: akhirnya sampai gak akak kat blog saya.. betul tu kak.. budak2 premature ni muka nak sama.. nnt boleh tunjuk ajar saya ek.. kis utk sabrina dan qalesha

    kak Rozy: tima kasih na datang jenguk kami.. nnt saya visit akak pulak.. anak2 sihat ?

  7. masyaAllah, teringat khadijah masa kecik dulu. samalah begitu lebih kurang. Alhamdulillah juga dgn perkembangan positif sabrina. moga dia cepat weight gain dan tiada komplikasi..

  8. salam..yup..it is a MIRACLE..be strong and my pray goes to your family..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*