Sudah 2 minggu rupanya

   Hari ini maka genaplah usia anak kami, Bree,  2 minggu. Alhamdulillah, dia masih kuat. Syukur padaMu dengan nikmat dan rezeki ini.
   Masih segar dalam ingatan aku, pada waktu ini, aku menanggung kesakitan yang amat sangat di katil Dewan Bersalin Hospital Selayang. Dengan tidak di temani sesiapa pun, aku bertarung untuk melahirkan zuriat kami yang tercinta. Walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya tidak dapat di ungkapkan, tetapi aku tetap berjuang dan bertahan kerana aku yakin akan ada satu kelahiran anak Adam yang kudus sedang menanti kami. Dan akhirnya penantian dan kesakitan aku tidak sia-sia. Bayi perempuan kami telah selamat di lahirkan pada 6.47 AM pada hari manusia melahirkan Hari Kekasih, 14 Februari.
    Semalam aku pegi melawat Bree seperti kebiasaanya. Oh ya, 2 hari lepas dia kena jaundice tapi semalam dah ok semula. Tekanan darahnya yang tinggi dari 186 juga telah turun kepada 146. Paras oksigen yang diberikan juga telah di kurang kan kepada 21% daripada 25 %. Cumanya yang tinggal adalah kahak dalam dadanya.  Nurse terpaksa membersihkan lendir itu setiap 2 jam sekali. Feeding pula masih lagi 1ml setiap sesi. Sebelum ni Bree kena berpuasa untuk keringkan cecair yang ada dalam perutnya. Kesian Bree, kecik-kecik lagi dah berpuasa. Tak apa lah nak, Bree kan kuat seperti mama..
    Kulitnya sedikit menggelupas. Mungkin disebabkan haba yang memang disetkan dalam inkubator tersebut menjadikannya kering. Nanti next aku nak bawak baby lotion untuk disapukan pada Bree. Selain tu, tak ada major issue. Alhamdulillah. Seronok dengar penjelasan doktor yang memberangsangkan ini.

Bree, mama akan sentiasa datang menziarahimu, mendodoikan mu dan berbual dgn mu. Mama akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu siang dan malam. Kamu mesti kuat melawan segala jenis jangkitan yang ada disekitarmu. Mama tahu kamu kuat dan kamu mampu. Kamu kuat seperti mamakan. InsyaAllah suatu hari nanti, kita akan bersatu semula sebagai sebuah keluarga. Mama tak sabar untuk mendakapmu. Mudah mudahan Allah makbulkan doa mama. Sayang Bree.. 

One Response to Sudah 2 minggu rupanya

  1. salam…
    sabar ye!bree sekuat dan setabah mamanya!
    semoga Allah melindungi bree dan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*