Mohon Doa Utk Bayi Pramatang Kami

Siapa yang sangka dan kami pun tidak menduga tapi kuasa Allah melebihi segala-galanya termasuk pengetahuan dan pengalaman kita. Pada usia kandungan yang masih lagi dalam trimester ke-2, aku tiba-tiba rasa sakit macam nak bersalin. So kat sini nak share story dan kronologi kelahiran ‘miracle’ serta pahit getir melahirkan anak ke-3 yang istimewa ini.


14 Feb 2011 

–  2.40 AM

   Selepas nyusukan Rania, aku rasa sakit di bawah ari-ari tapi tak lama. Tapi lepas buang air sakit datang balik. Aku ignore je tak ambil port sangat. Bukak pc jap dan browse ape yang patut.

–  2.55 AM

   Rasa sakit makin kuat dan bila bila tengok jam lepas tu it happens in sequence of 5 minutes. Dah cuak , dalam hati dah fikir macam. Suami pula tiada di rumah and he has been hospitalized also for the past 1 week (sedih waktu ni :( ) Sambil- sambil tu kemas baju sket masuk beg. Barang baby yang aku amik hanya baju-baju kecik Rania dan selimut.

–  3.40 AM

   Kebetulan mak ada di rumah. Kejut dia dan tanya “Mak, ade ke orang bersalin 6 bulan ? “. Dengan muka ngantuk, mak jawab ” tak ada”. Aku tak puas ati sebab perut makin sakit. Nasib baik abang kandung tinggal dekat so call dia dan mintak dia tolong hantar ke hospital. Mak pun dah risau masa ni.

–  4.00 AM

   Abang datang dan terus kitorang ke hospital. Anak-anak mak jaga di rumah. Abang aku pecut sampai lampu merah pun dia langgar huhu. Aku dalam kereta dah sakit gila. Memang rasa nak bersalin sangat2. Dalam kereta aku call husband, dia pun terkejut dan hanya mampu berdoa dan harap-harap tak ada apa-apa. Nasib juga awal pagi kete pun tak banyak. 20 minit lepas tu aku sampai hospital.

–  4.30 AM

   “Puan, bukaan dah full, puan akan bersalin pada bila-bila masa saja” Ya Allah bergegar aku dengar kata-kata doktor. Bayangkan dengan tak ada apa pun persiapan baik dari segi peralatan bayi dan emosi sebb kandungan aku baru saja mencecah 25 minggu!  (dlm hati.. biar betol ). Hanya Allah sahaja yang tau perasaan aku masa ni.
    Suasana jadik kelam kabut bila doktor scan baby dan dapati ia masih songsang. Need to call another doctor to decide whether to proceed dengan ceasarian. But finally they have to cancel it sebab doctor cakap kalau berat kurang dari 600 gram dan mata tak bukak bila lahir nanti, so chances untuk dia hidup is almost zero. So kalau buat ceasarian dan baby tak survive, it’s kind of waste. Walaupun pada skrin scan menunjukkan berat baby is 700 gram tapi the actual weight belum pasti. Akhirnya aku dibiarkan dalam kesakitan untuk bersalin cara normal. Oh ya, air ketuban pun doctor tak akan pecahkan sebab bayi masih belum matang lagi. They want it to happen naturally.

–  6.00 AM

   Sakit makin menjadi-jadi. Aku insist doctor untuk proceed dengan operation but they declined atas sebab di atas. Peadeatrician datang dan dia terangkan risiko kelahiran bayi pramatang ini. Secara ringkasnya, anak-anak premature ni terdedah kepada komplikasi kerana organ dalaman belum dapat berfungsi dengan sempurna. Senang dapat penyakit dan ada risiko meninggal. Semakin premature semakin berisiko. Dan lagi kalau baby di bawah usia 24 minggu dengan berat bawah 600 gram, takkan mungkin akan survive. Aku speechless.. Apa yang aku boleh buat hanya mampu berdoa yang terbaik kepadaNya.
   Dalam kesakitan yang aku dah tau nak describe macam mana tu, aku gagahkan untuk telefon hubby dan bagitau condition aku sekarang. Suara aku pun dah jadi tersekat-sekat sambil tahan sakit dan juga sebak sebab kelahiran kali ni suami takde disisi (sedih woo sob sob)… Sempat aku minta maaf dan minta doakan semoga di permudahkan. Telefon mak jugak untuk inform kan keadaan aku sekang takut dia tertanya-tanya.
   Sebab dah tak tertahan sakit, nurse bagi aku ubat tahan sakit tapi still juga sakit cuma kurang sikit la dan ubat ni buat aku lali.

–  6.45 AM

   Tiba-tiba aku rasa “pop”. Air ketuban dah pecah. Aku jerit panggil “misi, misi”. Berlari lari dorang dapatkan aku. Doctor pun datang skali. Aku dapat rasa ada satu kaki kecil yang tergedik-gedik terjuntai keluar dari bawah. Sempat juga aku dengar doctor tu cakap “eh kaki baby dah kuar dah, so cute” . Tapi masa ni aku dah tak rasa sakit. Doctor suruh jugak teran untuk kuarkan baby.

  6.47 AM

   Dengan 2 kali teran je Alhamdulillah baby pun keluar. “Uwa.. uwa… ” aku dengar suara baby. Gembira aku dengar dia nangis. Sekurang kurangnya dia ok masa tu. Doctor letak atas dada sekejap kemudian terus bawak dia “lari”.
    Lepas je baby keluar aku jadi lemah dan exhausted. Nak bagitau kat korang, nurse-nurse kat sini baik-baik belaka. Cakap pun lembut dan menenangkan hati. Masa tengah-tengah sakit, ada yang urut belakang dan ada yang amik kan air. Lepas bersalin pun ada yang offer milo panas. Terharu sangat. Terima kasih misi. 

–  7.15

   Dalam keadaan aku yang di awang awangan tu, aku call lagi sekali hubby, mak dan abang aku untuk bagitau yang semuanya sudah selamat. Masing-masing memanjatkan syukur. Aku pun tidak terkecuali. Alhamdulillah Ya Allah. tapi hati tertanya-tanya bagaimana keadaan si kecil ? dia boleh survive ke ? cukup ke kakitangan dia ? sihat ke dia ? ada komplikasi ke ? Ish macam-macam aku fikir.
   Tengah-tengah fikir tu, nurse datang antakan breakfast. Dari baring aku bangun nak duduk dan “uwek…” abis aku muntahkan milo panas tadi. Rasa melayang dan pening-pening lalat. Ini semua kesan ubat tahan sakit tadi rupanya. Terus aku jadi tak lalu nak makan. Dan terima kasih sekali lagi misi sebab bantu aku bersihkan kesan-kesan muntah tadi.

Macam tu lah serba sedikit cerita kelahiran bayi ‘miracle’ kami. Pada aku dia ‘miracle’ kerana dilahirkan secara normal walaupun songsang. Dia ‘miracle kerana dilahirkan pada usia hanya 25 minggu dengan berat 800 gram. Dia ‘miracle’ kerana dapat survive, dapat buka mata dan dapat menangis. Dan dia ‘miracle’ kerana dilahirkan sehari sebelum hari lahir suami. Sesungguh dia hadiah yang teristimewa untuk suami.

Buat masa sekarang dia masih ditempatkan di NICU kerana premature sampai beratnya mencecah 1.8kg baru dibenarkan keluar. Biasanya  mengambil masa 2-3 bulan. Semalam, dia sudah boleh bernafas sendiri hanya di bantu dengan oksigen. Ini menunjukkan petanda baik yang paru paru nya semakin berkembang pesat. Alhamdulillah..

Nak, ibu akan sentiasa datang melawat, meyentuh dan mendoakanmu. Tak apalah kalau ibu tak begitu berpantang macam orang dulu-dulu dengan jamu-jamu asalkan dapat memberi susu ibu yang tidak memudaratkan mu. Ibu tahu kamu mampu dan kamu kuat untuk terus bertahan. InsyaAllah kita sama-sama berdoa ya. Amin…

Buat teman-teman, doakan untuk kami juga ya. Semoga segalanya selamat..

18 Responses to Mohon Doa Utk Bayi Pramatang Kami

  1. Alhamdulillah…Tahniah 4 ur "miracle" baby… semoga naitmu untuk menyusukanny akan dipermudahkan…

  2. Sue,

    baby tu kuat sebab ibu dia pun kuat..insyaAllah ada sesuatu terbaik yg Allah janjikan…
    Little miracle, jd lah anak yg solehah..ingat jasa ibu dan ayah…

  3. 1st time fiq baca citer cmni. tersentuh hati… semoga si comel dpt membesar dgn sihat =)

  4. salam kenalan ,
    first time ever dgr org bersalin 6 bulan…patutlah doc tu marah kat saya aritu coz tak buat checkup baby bulanan punye tu..sbb dia kata apa pun boleh terjadi,kuasa Allah…
    ank sy pun penah masuk NICU , tp badannye yg plg semangat kat situ..bukan sbb xcukup bulan,tp sebab terminum air ketuban..so paru2nye dijangkiti kuman…sedih tgk wayar2 brselirat..cucuk sana cucuk sini…
    semoga anak puan cepat sihat ye…ada hikmah di sebaliknya..kdg2 ank yg pramatang ni dah besar nnti dia yg lebih perform brbanding yg lain 😉

  5. salam,

    tahniah dengan kelahiran baru.. semoga baby dan emak sihat2 ya..

  6. semoga dia membesar dengan sihat..insya Allah..bagi dia menyusu badan tak?

  7. Subhanallah…Sis, banyak bersabar yer. kami doakan semoga baby bertuah tuh cepat2 sihat, mudah utk menyusu dgn susu ibu & bleh kuar dr NICU dgn sihat… Make sure sis susukan baby dgn susu ibu sbb ia akan membantu pembesarananya… InsyaAllah. Go girl!! Semoga segala urusan dipermudahkan… Amin!!

  8. alhamdulillah..take care ya sue. moga baby cepat sihat. moga dipermudahkan semua urusan.

  9. salam Sue

    ada FB tak? nak invite ke grup JEWEL (prem babies) 😉

    semoga dapat support di sana…

  10. salam kak..

    saya doakan semoga akak n baby sihat dan selamat.amin

  11. mamaSSf :
    mudah mudahan .. doakan yang terbaik ya..

    Ros:
    aku ingat tu. jasamu ku kenang

    fikqkbe:
    ini ujian untuk kita.. harap2 kita sentiasa tabah. terima kasih kerana berkongsi rasa..

    Ummie hanie:
    yes, better pegi cehck up jangan miss. saya buat 1st check up bila baby dah masuk 5 bulan sebb before tu alahan teruk. sekali je pegi check up terus beranakk.. buku merah tu pun baru lagi hehehe

    kak Rozy:
    mudah mudahan amin..

    Yaati Nor :
    yes.. memamng sedang bagi..terima kasih sebab ingatkan

    Momma Mia :
    kuasa Allah momma mia . siapa yang boleh tahan.. benda yang kita tak sangka pun boleh berlaku. terima kasih atas doa mu..

    Fad :
    tq fad.. bila pulak fad nak dapat baby ni

    Mommy Lynna:
    kita dah jadik kawan kat JEWEL.. :)

    Ayun:
    thanks ayun.. comey nama dia se comey orang nya.. take care dik

  12. semoga baby akan cepat sihat… banyak bersabar..
    ct linkkan blog akak di entry ct yer..

  13. ???????? tinie???????? ??•???

    FIRST TIME BACA MACAM NI. semoga semuanya selamat. saya akan doakan awak juga :)

    follow u

  14. YaQuut @ Firdaus

    Salam perkenalan Puan. Mengalir airmata saya pada parts yang Puan boldkan dengan biru itu. Semoga si kecil 'miracle' akan membesar dengan sihat berkat susu ibunya. Semoga Allah memelihara kalian. Mohon izin unutk share kisah ini di blog saya.

  15. Tahniah kerana melahirkan bayi yg miracle!

    Semoga kedua2 cepat sembuh dan si kecil membesar bagai juara! (sebenarnya speechlss..gulp)

  16. Tahniah…terharui bace entry awk..sy doakan baby awk sehat ye… Dia musti kuat sekuat ibunya:-)

  17. Pingback: Kami Sambut 14hb Februari ! | Sayang diSayang

  18. Pingback: 3 Years of Survivor Raisya - si Pramatang Yang Aktif | Sayang diSayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*